December 11, 2024
Lain-Lain

Tipikal Iklan Pemaju Perumahan Dirangkumkan Di Dalam Video Terbaru SkyWorld

Selamat Hari Raya! 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bagaimaan cuti raya anda? Saya berharap agar anda semua berada dalam keadaan yang terbaik disamping keluarga tersayang.

Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu video hari raya? Mungkin la kot sebab ada sedikit berkenaan hari raya di dalamnya. Alaa, semua kita sedia maklum bahawasanya semua syarikat besar berebut rebut mengeluarkan video sempena musim perayaan ini.

Syarikat besar dalam pelbagai sektor contohnya, pasti ada yang menjadi kegemaran ataupun feveret kita bukan? Saya juga ada. Tipu la kan kalau tiada yang ternanti-nanti. Namun kali ini saya ingin kongsikan video dari SkyWorld.

Skyworld merupakan syarikat pemaju perumahan. Jadi dalam video mereka kali ini, mereka tapau semua tipikal iklan yang dilakukan oleh pihak pemaju perumahan yang lain. Agak tipikal juga la iklan syarikat yang lain. Dan ya, jika kita tengok video ini membuatkan kita tersenyum sendiri.

 

Apa macam? Dapat ideakan macamana syarikat pemaju yang lain lakukan kaedah promoting mereka? Ada yang gunakan flyer, ada yang buka booth di pasaraya, event besar besaran, dan yang paling tipikal saya lihat adalah yang guna awek cun! Hah, ini saya pasti anda pun pernah terserempak kan?

Apapun yang paling utama dalam video ini adalah kemunculan khas saya! hahaha. Itu lah yang nak saya highlightkan di sini.

Salah satu babak saya di dalam video ini

Semoga terhibur!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Tipikal Iklan Pemaju Perumahan Dirangkumkan Di Dalam Video Terbaru SkyWorld

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *