December 9, 2024
Lain-Lain

Webist Solutions, Satu Fenomena Baharu Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia

Webist Solutions, Satu Fenomena Baharu Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai sebuah syarikat yang memfokuskan mengenai pemasaran digital di Malaysia.

Semua sudah sedia maklum bahawasanya dunia kini sedang menuju ke arah pemasaran digital. Pemasaran tradisional masih lagi diperlukan namun, kini semuanya lebih terarah kepada pemasaran digital. Oleh yang demikian, pihak Webist Solutions Sdn Bhd membekalkan kepakaran mereka dalam bidang pemasaran digital ini untuk digunakan  di Malaysia khususnya.

Oleh yang demikian, telah diadakan pelancaran gilang gemilang sempena kemunculan Webist Solutions Sdn Bhd ke dalam industri ini. Majlis ini telah diadakan di  Restoran New Shanghai, Holiday Inn Express Hotel, Kuala Lumpur pada 15 Jun yang lalu.

Salah seorang pengasas Webist Solution Sdn Bhd

Webist Solutions Sdn. Bhd. yang diterajui oleh tiga orang pengasasnya iaitu Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson bakal membawakan perubahan dalam industri pemasaran digital negara kita dengan menjanjikan pertumbuhan dalam industri pemasaran digital yang sedang melalui saat getir di tahun 2017 ini melalui pendekatan dan pandangan baru. ketiga-tiga pengasas ini mempunyai kepakaran masing-masing yang mampu digunapakai untuk memantapkan lagi pemasaran digital.

Otak geliga yang dimiliki oleh pengasasnya bakal menjadikan Webist Solution ini salah satu syarikat pekhususan dalam pemasaran digital yang gah di Malaysia pada masa akan datang. Lagi pula kesemua mereka adalah dalam kalangan golongan gen-Y yang sentiasa peka dengan perubahan teknologi semasa. Jadi sesuailah dengan kewujudan syarikat ini.

Majlis perasmian gilang gemilang tersebut telah oleh ramai tetamu kehormat, para selebriti tempatan, para pengamal media sosial serta tokoh masyarakat yang berwibawa. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh  Puan Sri Datin Sri Dr. Susan Cheah. Selain itu juga, terdapat teatmu lain yang turut serta dalam sesi perasmian tersebut seperti  Amber Chia, Penasihat Webist Solutions Sdn. Bhd., Dr. Zyro Wong bersama dengan tiga orang pengasasnya.

Sesi pemotongan riben simbolik perasmian Webist Solution Sdn Bhd.

Majlis ini turut mendapat perhatian Dato’ Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dato’ Razali dalam ucapan tahniah beliau yang disiarkan melalui rakaman video  merakamkan rasa bangga beliau di atas inisiatif anak-anak muda ini dalam menyumbang kepada industri pemasaran digital negara kita.

“Era digital yang merupakan trend paling popular dalam industri pemasaran Malaysia pada masa ini ternyata semakin berdaya saing dan kami berada di sini bagi membantu memastikan gelombang digital ini berterusan. Di Webist Solutions, kami bukan sahaja membantu merangka strategi baru perniagaan digital di Malaysia agar cemerlang di arena antarabangsa, malah kami turut mendidik masyarakat tentang perubahan trend dan dinamik dunia digital”- Penasihat Webist Solutions, Dr. Zyro Wong

Puan Sri Datin Sri Dr. Susan Cheah semasa majlis pelancaran Webist Solution

Puan Sri Datin Sri Dr. Susan Cheah, melahirkan harapan tinggi beliau agar usaha murni Webist Solutions ini dapat membantu pertumbuhan era pemasaran digital tempatan dan seterusnya menjemput orang ramai agar turut bersama-sama menakluki dunia pemasaran digital yang terbentang luas ini.

Semasa majlis perasmian tersebut, tiga orang pengasas Webist Solutions Sdn Bhd – Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson turut berkongsi pandangan dan ilmu mereka mengenai dunia pemasaran digital dalam forum terbuka bersama dengan para tetamu. Webist Solution Sdn Bhd mempunyai matlamat untuk mengacarakan lebih banyak acara bertaraf antarabangsa pada masa akan datang disamping perkhidmatan utamanya.

Sehubungan dengan perasmian Webist Solutions Sdn. Bhd., diberitahu kepada semua hadirin bahawa satu Seminar khas yang bakal dikendalikan oleh Juan José Delgado, bekas Ketua Pemasaran Amazon dan Pakar Pemasaran Digital terkenal dunia akan dibawakan khas oleh Webist Solutions pada bulan Ogos 2017 di Kuala Lumpur.

Juan José Delgado

Dalam majlis itu juga diadakan sesi temubual ringkas bersama Encik Juan Jose Delgado secara terus dengan beliau sendiri. Dikongsikan juga berkaitan pendedahan khas tentang intipati seminar  Master Class – ‘Design a Disruptive Marketing Plan Like a Pro’

Seminar akan diadakan pada 2 Ogos 2017 bertempat di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur. Dalam seminar tersebut Juan José Delgado akan berkongsi ilmu serta pengetahuan beliau dalam dunia pemasaran digital kepada peserta-peserta yang hadir.

Seminar eksklusif bersama Pakar Pemasaran Digital terkenal dunia ini dijangka akan mendapat perhatian dari seluruh negara baik dari mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan mahupun individu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Oleh yang demikian, rang ramai yang berminat dijemput hadir untuk menyertai Seminar eksklusif ini. Tiket-tiket telah mula dijual dengan harga Early Bird istimewa [Tiket emas berharga RM1,247 dan tiket VIP pula berharga RM2,497].

Tempat adalah terhad, jadi daftarlah segera!

Untuk maklumat lanjut mengenai Webist Solution Sdn Bhd ataupun berkenaan program di atas bolehlah melayari mana-mana medium di bawah

www.webist.com.my/jjdelgado/

603 7972 9122 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Webist Solutions, Satu Fenomena Baharu Dalam Industri Pemasaran Digital Malaysia

  • Pada zaman era digital ni, siapa yang mahir dalam IT memang mempunyai satu kelebihan…

    Reply
    • Ya, siapa yang pandai merebut peluang, dialah yang akan berjaya. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *