Tips Pembelian dalam Talian (Online Shopping)
Tips pembelian Dalam Talian
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai tip-tips yang perlu anda tahu sebelum anda membuat pembelian dalam talian.
Saya yakin zaman sekarang sudah ramai yang mula membuat pembelian dalam talian. Dari baju, kasut, seluar, makanan, gadget, perfume dan seluar dalam sekalipun! Saya juga merupakan salah seorang yang memang suka sangat membuat pembelian dalam talian ini. Setiap minggu mesti ada je yang akan saya beli dalam talian.
Sebab utama pembelian dalam talian ialah mudah dan biasanya harga diskaun yang tinggi. Lagipun saya jenis yang malas jalan-jalan cari barang ni. lagi senang duduk depan komputer dan klik sahaja. namun perlu dipatuhi segala tatasusila dalam membuat sebarang transaksi pembelian agar anda tidak ditipu. Antaranya:
1. Pastikan laman web yang dipercayai kesahihannya.
2. Baca testimoni rambang dalam internet berkenaan laman web berkenaan. tanya je Encik Google. Kalau tak ok mesti dah ramai yang merapu meraban memaki laman web tersebut di internet ini.
3. Periksa alamat dan nombor untuk hubungi. Kalau alamat pun tak tahu kat mana, memang susah la nak refund jika berlaku apa-apa.
4. Kalau harga murah sangat tu, pastikan tanya orang lain dulu. Terutama gadget, mana tahu kot-kot yang klon sahaja ke.
5. Beli je kat tempat yang memang dipercayai kesahihannya. Aku selalu shopping kat Groupon, Lazada, Zalora. kan senang kalau yang memang dah dipercayai ni
Itu sahaja sedikit tips dari shopaholic macam aku nih. Pastikan anda tidak tertipu ya. Jadilah pengguna bijak. Kalau ada kupon untuk lebih murah tu gunakan jer. Macam aku beli kamera nih. Harga boleh dapat RM67 jer. Setakat ni tak pernah lagi la aku tertipu dalam membuat pembelian online nih.
Apapun selamat mencuba.
AM: Dah pernah beli pakaian, kasut, makanan dan gadget melalui internet. 🙂
Terima kasih di atas perkongsian info. .. setakat ni Alhamdulillah… pembelian barang yang pernah saya lakukan secara online semuanya berjaya diterima. . Tinggal lagi samada barang yang diterima lambat atau cepat sahaja…
Saya sudah beberapa kali membeli diatas talian diantaran Lazada. Mudah, Leong dan Facebook. Setakat ini semua urusan atas talian tidak ada masalah.
shopping online seney wehhhh…
okeh. nak pi tanya encik google la jap.
Terima kasih atas perkongsian tips pembelian online.
Semoga ia bermanfaat untuk semua pembaca 🙂
http://ikhwanfahmi.com/2014/06/pegawai-tadbir-dan-diplomatik-gred-m41/