May 2, 2024
Food

Raikan Hari Natal dan Tahun Baru di Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai bufet sempena sambutan Hari Natal dan Tahun Baru yang bakal tiba di Sunway Putra Hotel.

Sunway Putra Hotel seperti mana yang kita tahu, takkan pernah terlepas dalam meraikan hari-hari perayaan besar di Malaysia ini. Ini kerana hotel mereka yang sentiasa berusaha untuk memenuhi segala kehendak pelanggan bagi memeberikan kepuasan bagi mereka yang menginap di sini.

Ok berbalik kepada bufet bagi sambutan hari Natal dan Tahun Baru nanti, pihak mereka menyajikan pelbagai jenis masakan yang enak untuk dinikmati oleh sesiapa yang berkunjung ke sini. Pada malam 24 Disember, mereka bakal menyajikan hidangan ambang hari natal dengan pelbagai seleksi makan menarik yang bermula daripada hanya RM128 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Jom kita saksikan apa hidangan makanan istimewa sempena Hari Natal ini.

Roasted Whole Turkey
Beef Wellington
Deep Fried Tiger Prawn with Butter, Garlic and Black Pepper
Oriental BBQ Lamb Ribs
Medallion Beef Steak with Sarawak Black Pepper sauce
Spaghetti with Peppery Chicken and Pesto Sauce
Roasted Turkey

Christmast log cake

Hidangan Ambang Tahun Baru 2018

Baiklah sempena sambutan Tahun Baru 2018 pula adalah hidangan berkonsep Asia dan Barat. Bagi yang gemar makanan laut, jangan lepaskan peluang menikmati Seafood On Iceseperti Scallops, Udang Segar, Kupang New Zealand, Oyster Korea, Crab Sticks, Slipper Lobster, dan juga sos istimewa Spicy Chili Dip.

Selain itu terdapat juga Smoked Salmon with Sweet Dill Mustard, Prawn Cocktails, Ceviche Snapper with Coconut Cream and Spring Onions, Greek Salad, Russian Salad dan Mixed Mushrooms Salad.

Bagi hidangan utama pula adalah Claypot Lamb Briyani, Assorted Dim Sums, Pan Fried Turjey with Bananas and Fruity Curry Sauce, Texas Braised Ribs, Lamb Goulash and Tomato Rice.

bagi pencuci mulut pula Tangy Lime Cake, Mango Tiramisu, Red Dragon Mousse Cake dan Yam Dark Chocolate Truffle Cake.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi 03-4040 9888 atau emel ke spkl.dine@sunwayhotels.com

Untuk mengetahui update terkini dari Sunway Putra Hotel, anda boleh layari:

Laman Web
putra.sunwayhotels.com

Facebook
www.facebook.com/sunwayputrahotelkl

Instagram
www.instgram.com/sunwayputrahotel

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Raikan Hari Natal dan Tahun Baru di Sunway Putra Hotel

  • Aneh kan ayam turki ni

    Orang putih kata Turkey

    Orang melayu pula panggil ayam belanda

    Kasihan, tak ada kerakyatan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *