Cabaran Memasak Sempena AEON Taste New Zealand Food Fair
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai cabaran memasak yang telah saya jalani dan juga Pesta Makanan AEON Taste New Zealand.
Baiklah, sebelum kita berbicara lanjut, ayuh kita mengenali dahulu apa itu Taste New Zealand.
Taste New Zealand merupakan ‘food fair’ yang memperkenalkan kepada Malaysia produk-produk makanan berkualiti dari New Zealand. Pesta ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise sebagai festival yang menyediakan pelbagai produk seperti coklat, tenusu, apple dan kiwi premium termasuk kepelbagaian produk bertaraf eco-friendly yang diimport khas dari New Zealand.
Untuk makluman semua, terdapat lebih daripada 150 produk semasa Aeon Taste New Zealand Food Fair itu nanti. Antara jenama yang mengambil bahagian adalah:

- Green Lea Chilled Beef
- Talley’s Greenlipped Mussels
- Whittaker’s Chocolates
- Kiwigarden
- Viberi
- Mainland Cheese
- Griffin’s Biscuit
- Tasti
- Weet Bix
- Sanitarium
- Proper Crisp
- Only Organic
- Anlene, Anmum dan Fernleaf daripada Fonterra Brands Malaysia
- Karihome Goat Milk
- Spring Sheep Milk
- NZ Natural Zealand Ice Cream
- Kapiti Ice Cream
- Sayur-sayuran di bawah jenama Pure n Ezy Ready TO Eat
- Household dan Personal Care di bawah jenama Eco Store
- Pic’s Peanut Butter
- CHIA
- Easiyo
- Madu dan Sweet Meadow



Baiklah bersempena dengan pesta tyersebut, telah diadakan AEON Taste New Zealand cook-off . Pertandingan ini telah diadakan untuk memberi pengalaman kepada kami semua untuk memasak menggunakan produk-produk dari New Zealand ini.



Bertempat di Berjaya University College, kumpulan kami telah dikehndaki memasaka 2 jenis makanan iaitu stik dan juga mussle. Memandangkan kami ini tiada sebarang kepakaran dalam memasak dengan cara yang betul, jadi demonstrasi masakan telah dilakukan oleh Chef Krishnan. Beliau menunjukkan cara-cara memasak dengan betul mengikut kaedah yang sebenarnya.



Saya juga teruja kerana banyak benda baharu tentang masakan yang telah saya pelajari sepanjang program ini. Mana tidaknya, sebelum ini pegang pisau pun salah, tapi selepas ditunjukkan oleh Chef Krishnan barulah saya tahu memegang pisau dengan betul.



Bersama Saudari Aliza untuk satu kumpulan, saya dan Aliza berbincang dan bersepakat untuk memasak stik dengan kentang lenyek dan juga mussel berkeju. Memasak bukannya susah sangat, namun kena ikut cara yang diajarkan itu yang membuatkannya lebih mencabar. Dahla masa yang diberikan 30 minit sahaja. Memang kelam kabut. Tetapi dengan semangat dan kerjasama yang jitu, kumpulan kami telah berjaya menyiapkan hidangan yang diperlukan.
Tarraaaa, ini adalah hidangan bagi kumpulan kami. Nampak menyelerakan bukan?



Tetapi bukan hanya disitu sahaja, kami diadili oleh chef-chef yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Memang mendebarkan. Boleh dikatakan yang kami ini seperti peserta program realiti masakan. Selepas mencuba, chef terus memberikan komen berkenaan hal masakan kami.



Apa yang chef katakan adalah positif namun saranan chef agar masakan kami dikurangkan porsi ketika menghidang. Ini adalah untuk mengelakkan dari kerugian kepada pihak restoran. Apapun kami memang suka makanan yang banyak la chef..hehehe.
Shop & Win Contest
Untuk anda yang ingin menyertai event di atas pula bolehlah berkunjung ke tempat seperti di bawah ini.