December 9, 2024
Travel

Cara Memohon Visa ke China

Cara Memohon Visa ke China | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk mendapatkan visa ke negara China.

Semua sudah sedia maklum bahawasanya kita memerlukan visa bagi memasuki negara China. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat semasa memohon mendapatkan visa ke negara China ini. Ianya tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan China untuk sesiapa yang ingin memasuki negara tersebut.

Saya juga pertama kali berkunjung ke sana dan bersedirian!

Ya! Tanpa agen ataupun kawan-kawan. Jadi segalanya saya kena uruskan sendiri. Dari memohon visa dan segala perancangan untuk ke sana. Memang memerlukan perancangan yang teliti dan rapi.

Ok pada kali ini saya ingin kongsikan cara untuk anda memhon visa. Caranya cukup mudah tapi sedikit leceh bagi saya. Ye lah nak kena ke kedutaan tu yang leceh.

Baiklah berikut antara pekara yang anda perlu lakukan,

Isi borang permohonan dalam talian.

Pertama sekali anda boleh isi borang secara dalam talian di sini . Pastikan segala maklumat yang diperlukan di sini di isi sebaiknya. Maklumat anda akan disimpan selama 30 hari. Jadi boleh edit dan edit sehingga puas hati.

Contoh borang permohonan visa ke China

Pastikan Maklumat/Dokumen Sokongan Ini dibawa Bersama

Ya, sebelum ke pejabat permohonan visa, pastikan anda membawa segala dokumen sokongan yang diperlukan. Selain itu, pastikan anda membawa 2 keping gambar berukuran pasport dengan latar berwarna putih. Jangan lupa! Saya terlupa bawa tapi nasib baik kat pejabat tersebut ada khidmat ambil gambar pasport ini. Tapi leceh kena tunggu dan bayarannya agak mahal sedikit la.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu di bawa:

  1. Tiket kapal terbang pergi balik.
  2. Salinan tempahan penginapan
  3. Salinan muka depan pasport
  4. Pasport asal! Pasport anda akan dipegang oleh pihak mereka. Please take note.

Bawa borang ke Pejabat Permohonan Visa China.

Cetak dan bawalah borang tadi dan dokumen sokongan ke pejabat permohonan visa China. Sesampai di sana ambilah nombor giliran anda dan ikutlah arahan seterusnya di sana.

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis permohonan visa ke China ini. Bergantung kepada kemahuan dan keperluan anda. Nak masuk China berapa kali? Hah itu yang penting. Sebab kalau pilih yang single entry, sekali sahajalah boleh masuk China. Kalau yang nak pergi banyak kali, bolehlah mohon multiple entry.

Makluman tambahan: Hong Kong, Macau, dan Taiwan. Wilayah tersebut walaupun jajahan takluk China, untuk keluar masuk dari wilayah tersebut ke negara Tanah Besar China juga memerlukan visa. Contohnya anda dari Beijing ke Macau (kita tidak memerlukan permohonan visa ke Macau, hanya visa on arrival sahaja), nak masuk ke Beijing kembali memerlukan kita mohon visa baru. Jadi, kalau yang mohon visa single entry tu agak leceh la. Kecualilah anda nak melancong dalam tanah besar China sahaja.

Berikut adalah alamat pejabat permohonan visa ke China ini:

Chinese Visa Application Service Centre Kuala Lumpur
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection)
157, Jalan Mayang Sari,
Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
No tel: +60 3-2176 0888
Waktu Operasi: 9am – 4pm

Bayaran Visa China

Seperti saya maklumkan di atas, terdapat beberapa jenis permohonan visa ke China iaitu single entry, double entry dan juga mutiple entry. Jadi harga untuk kesemua visa ini adalah berlainan.

Bayaran harga visa ke China untuk warga Malaysia

Selain itu juga, tempoh untuk anda mohon visa anda disiapkan juga berbeza. Contohnya jika anda nak visa anda siap 2 hari, harganya lebih mahal lah dari siap 4 hari bekerja. Jadi rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Jangan last minute, nanti mahal pula anda kena bayar.

Memandangkan harganya berubah-ubah, anda boleh lihat dilaman web ini.

Contoh visa saya tempohari. Single entry sahaja.

Semoga bermanfaat!

AM: First trip solo ke China aku macamana? Best weh! Tapi ye lah kan, bila bahasa yang kita gunakan itu tidak sama, ada la beberapa masalah aku di sana. Namun ianya dapat di atasi dengan jayanya. Rasa macam nak pergi lagi je. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

16 thoughts on “Cara Memohon Visa ke China

  • nice info..wow, gi China sesorang tu..fuh..kalau pandai bahasa cina kan ke best kan..haha

    Reply
  • Pingback: Tips Pertama Kali Ke China Secara Solo - AMIRNAWAWI

  • terima kasih untuk info… cuma nak tanya… tuk buat visa ni kalau hantar salah sorg ahli group yang buatkan boleh ke… ke kena semua pergi buat visa di sana?

    Reply
    • Wakil pun boleh. Tetapi pastikan dokuman ahli lain tu lengkap la.

      Reply
  • Saya nak bt visa tp hotel mmg xbooking lg.. smpi sn bru nk cri hotel.. hotel booking mmg wajib dsertakan skli ke?

    Reply
      • alhmdulillah dpt gk buat visa tnpa booking hotel. saya nak tnya saya buat double entry tp sy just guna single entry ja.. valid lg x kalo saya nak pi pulak.atau kena buat visa lain.

        Reply
        • RAJA MOHAMMAD AZIMUDDIN

          Maaf nak tanya, staff tu tak mintak dokument salinan tempahan hotel ke?

          Reply
  • Salam, kalau ambil visa single entry, visa tu valid untuk brapa lama? Seeloknya kena buat visa tu brapa bulan sebelum pergi? Tq

    Reply
    • Berapa lama?

      Sekali masuk Cik. Sekali masuk 30 hari boleh berada di negara tersebut.

      Baik buat beberapa minggu sebelum.

      Reply
  • onie

    hello..tumpang tanya..bolehkah apply visa tu 3 bulan sebelum terbang?sebab takut reject dan sebagainya.

    Reply
  • Nak tanya.kalau kita cuma transit d mana2 airport china.perlu mohon visa juga ke?

    Reply
  • Pingback: Syarat Untuk Memohon Pas Sempadan (Border Pass) - AMIRNAWAWI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *