Syarat Untuk Memohon Pas Sempadan (Border Pass)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua syarat untuk memohon pas sempadan ataupun dikenali sebagai border pass.
Cuti hujung tahun semakin hampir. Maka ramailah diantara kita yang teringin untuk melancong keluar negara. Paling tidak pun ke Singapura ataupun ke Thailand kerana inilah yang paling dekat dan boleh dikujungi menggunakan jalan darat.
Bagi yang jarang keluar negara, saya yakin destinasi pertama yang akan mereka kunjungi adalah ke Thailand. Saya juga begitu. Dahulu saya trip solo yang pertama adalah ke Thailand. Selepas itu banyak negara lagi yang telah saya kunjungi.
Namun ada di antara kita yang masih belum punya pasport. Oleh itu ada yang membataskan perancangan mereka untuk ke luar negara. Namun tahukah anda yang sesiapa yang berada di negeri bedekatan dengan sempatan boleh menggunakan border pass untuk berkunjung ke selatan Thailand?
Pas Sempadan (Border Pass)
Jom kita tahu sedikit sebanyak mengenai pas sempadan (Border Pass) ini
Siapa sahaja yang boleh buat Border Pass ni?
➡️ Semua penduduk Malaysia. Tapi ada perbezaan untuk 2 golongan.
1️⃣ Golongan pertama :
➡️ Golongan yang memegang IC 03, 08, 09 dan 02.
➡️ Golongan ni boleh buat Pas Sempadan dengan cemerlang.
2️⃣ Golongan kedua :
➡️ Golongan yang TIDAK memegang IC (selain kod di atas), kena menetap di salah sebuah negeri (baca : 4 negeri sempadan) ini minimum setahun.
➡️ Dan tukar alamat di IC terlebih dahulu.
➡️ Baru boleh mohon untuk Border Pass tersebut.
✅ Border Pass boleh dibuat di Imigresen UTC negeri-negeri yang bersempadan dengan negara Thai seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Hulu Perak.
✅ Boleh jugak dibuat di Imigresen negeri sempadan.
✅ UTC buka setiap hari sehingga 10pm. Biasa dalam pukul 9pm dorang dah cut off time. Setelkan yang mana ada.
Jadi berapa harga untuk border Pass ini?
RM10 untuk pass
RM10 untuk gambar (white background)
Valid 1 tahun
Dan untuk makluman anda semua, border pass ini hanya sah untuk perjalanan sehingga ke Hatyai sahaja. Untuk perjalanan yang lebih jauh, anda dikehendaki mempunyai pasport Malaysia yang sah iaitu pasport antarabangsa yang berwarna merah.
Jadi buat anda yang bercadang untuk melancong ke Hatyai atau sempadan Thailand bolehlah berbuat demikian ya, 🙂
p/s: Buat anda yang ingin ke China, jangan lupa baca cara memohon visa China di pautan ini.
Info: Imigresen Malaysia & Page Kelantan State
Saya duduk perak..tpi ic saya 02 dgn alamat masih di kedah..boleh ka saya nk buat border pass
boleh la gila