Makanan ‘Poke’ Sihat dan Menyelerakan di Kubis & Kale

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Kubis & Kale, iaitu restoran yang menyajikan makanan poke bowl.

Untuk makluman semua, poke bowl adalah sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidangkan dalam mangkuk. Ianya merupakan makanan hijau, ringan lazat dan sihat! Saya juga tidak menyangka yang makanan sebegini sedap! Apa yang saya fikir sebelum ini adalah makanan sebegini pasti rasanya hambar dan biasa-biasa sahaja. Namun apa yang saya fikirkan meleset dari fakta sebenar. Ianya cukup sedap dan enak untuk dinikmati.

Restoran Kubis & Kale ini telah diasaskan oleh Chef Aaron Lim. Chef Aaron membawa trend ini ke mercu lebih tinggi dengan hidangan sihat “Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl.” . Menurut Aaron, Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan biasa, bermusim, dan sihat. “

Chef Aaron Lim

“Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau mendamaikan yang selesa. “Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada makanan yang sihat,”

-Chef Aaron Lim

JENIS MAKANAN

Di Kubis & Kale, Aaron telah mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa ‘poke bowl’ ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan 3 jenis makanan baharu untuk vegetarian / vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat:
-‘Poke Bowl’ (mentah & masak)
-Makanan masak
-Menu makanan untuk vegetarian

Saya sendiri telah merasai sendiri beberapa menu yang mereka sajikan di restoran ini. Wah! Mula-mula memang terasa macam, ermm boleh ke aku makan ni. Lepas makan semangkuk, eh sedap pula benda ni. Habis 6 mangkuk saya makan pada hari tersebut!

 Green Chutney Chicken Thigh
Grilled Molasses Chicken Breast
Mango Habanero Salmon
Orange Passion Fruit Salmon
Falafele
Maple Taufu

FAKTA MENARIK MAKANAN ‘POKE’

Kubis & Kale membawa faktor “makanan sihat” ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa faktar menarik tentang ‘Poke’ (mentah/segar) dan makanan vegetarian/vegan:
– Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar/sejuk/diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya
– Lebih banyak makanan segar/dimasak
– Menawarkan menu bermusim
– Pilihan sos vegan
– Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian/vegan
– Pelbagai sos yang dibuat sendiri

Pakar diet Indra Balatratnam menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden. Menurutnya, apa yang kita makan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan kita. “Makanan secara langsung boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan melenyapkkan rasa kembung dan senak perut kita.

“Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan mendapati sukar untuk mengambil makanan yang sihat, poke bowl menawarkan peluang kepada mereka untuk mencampur padan pelbagai bahan seperti protein pejal, kacang, sayuran warna-warni, kekacang, bijian dan bijirin untuk membentuk kombinasi bahan masakan untuk sajian makanan mereka. Sajian yang begitu menyenangkan, mengandungi kebanyakan nutrien yang anda perlukan dan bersahaja untuk dimakan, kesemuanya dalam satu mangkuk dengan sukatan yang betul untuk keperluan makanan anda,”

Indra Balatratnam, Pakar diet

Jadi buat anda yang ingin untuk merasai sendiri keenakan sajian yang terdapat di Kubis & Kale ini bolehlah berbuat demikian. Selain rasanya yang sedap dan bahan yang berkhasiat, ianya juga boleh didapati pada harga yang berpatutan. Memang wajib untuk anda yang pentingkan kesihatan.

So guys, what are we waiting for? Jom ke Kubis & Kale

Untuk maklumat lanjut, bolehlah anda melayari mana-mana medium seperti di bawah:

Facebook : https://www.facebook.com/KubisKale-117118533013416
Instagram : https://www.instagram.com/kubis_kale

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge