Nikmati Rasa Enak Makanan Di Luckin Kopi
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai keenakkan makanan yang disajikan di Luckin Kopi.
Untuk makluman anda semua, Restoran Luckin Kopi ini telah mula beroperasi pada bulan September tahun ini. Walalupun baru sahja memulakan operasi, Luckin telah dikenali ramai kerana enakkan sajian mereka.
Berada di Petaling Street, dan hanya beberapa meter dari stesen MRT Pasar Seni menjadikan Luckin ini mudah untuk dikunjungi. Berada pada bangunan yang berusia lebih 150 tahun menjadikan restoran ini bersuasana seperti kopitiam. Dengan dekorasi dalamannya menjadikan Luckin satu tempat yang selesa untuk dikunjungi.
Dekorasi
Tidak hanya dengan itu, restoran ini dihiasi dengan tema ikan emas dan juga bunga-bungaan liar. Memang terbaiklah bila berkunjung ke sini. Terasa tenang dan juga mendamaikan je.
Tidak hanya hiasan yang cantik, tetapi Luckin Kopi juga menyajikan hidangan yang enak untuk para pelanggan. Apalah kalau hiasan yang cantik tanpa hidangan yang enak bukan.

Makanan
Terdapat pelbagai sajian menarik yang disajikan di sini termasuklah sajian tempatan dan juga luar negara. Modern meet fusion. Memang terbaik. Saya sendiri telah merasai beberapa menu yang disajikan di sini.

































Jadi buat anda yang teringin untuk mengunjungi restoran ini bolehlah berbuat demikian di alamat berikut:
Luckin Kopi
Alamat: 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 016-397 6898