RizQ Islamic School – Nama Sahaja Sekolah Berteraskan Agama Islam, Tapi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai RizQ Islamic School.

Untuk makluman semua, RizQ Islamic School  ini terletak di Sungai Ramal Kajang. Ianya tidak jauh dari jalan utama dan senang untuk dilalui untuk sampai ke sini. Saya juga telah datang ke sini pada awal pembukaannya dahulu. Ternyata kini lebih banyak yang berubah.

Sampai sahaja di depan pintu pagar, memang saya tercengang sebentar, adakah betul ini alamat yang diberikan kepada saya? Nampak moden sangat. Sekali imbas macam sekolah antarabangsa.

Selepas tanya kepada pengawal, maka betullah itu adalah RizQ Islamic School . Saya melangkah masuk dengan keterujaan yang tinggi. Mana tidaknya, kalau dari luar dah nampak megahnya, apatah lagi di dalam bukan. Memang teruja betul. CCTV memenuhi segenap ruang untuk keselamatan kepada pelajar di sini.

Sungguh, sangkaan saya tidak meleset. Ianya memang canggih dan dilengkapi dengan segala kelengkapan untuk pembelajaran yang kondusif. Setiap pelajar dididik rapi dengan pembelajaran yang sesuai dengan zaman. Diterapkan elemen teknologi agar pelajar seiring dengan arus zaman.

Apa yang saya teruja adalah pelajar dibekalkan dengan iPad untuk pembelajaran tertentu agar mereka lebih mudah faham dengan subjek yang diajar. Dengan konsep play based learning pastinya lebih menyeronokkan untuk anak-anak.

Nama sahaja sekolah berasaskan Islam, tapi..

Ya, ianya sekolah berasaskan Islam bilamana silibus yang digunakan mereka adalah untuk melahirkan pelajar tahfiz yang hafaz al-Quran. Namun tidak hanya dengan itu, terdapat juga pembelajaran lain yang diajar kepada pelajar mereka agar dapat melahirkan modal insan yang well-rounded.

Ada 3 peringkat pembelajaran di RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) ini iaitu Pre School dan juga Primary School. Antara subjek-subjek yang diajar di pra sekolah (pre school) adalah :

STANDARD CURRICULUM NATIONAL PRE-SCHOOL (KSPK)

  • Communications (English & Bahasa Malaysia)
  • Islamic Studies (Moral Value, Spiritual & Manners)
  • Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a
  • Storytelling and Conversations
  • Music and movement
  • Socio-Emotion
  • Physical & Aesthetic
  • Science & Technology, Mathematics

RizQ Additional Module

  • Arabic (Discovery Through Meaningful Words in Islamic Adaab, Surahs & Solah)
  • Huffaz (Surah Lazim & Juz Amma)
  • Osmo (Educational Game System for Apple)
  • Edu Play (Water play, Role play, Creative play)

RizQ Special Module

  • RizQ The Junior Explorer (Practical Skills & Hands On)
  • RizQ Sports

Manakala subjek yang diajar untuk pelajar-pelajar sekolah rendah (primary school) adalah :

LOWER GRADE (1, 2, 3)

👉 Bahasa Melayu
👉 English Language
👉 Mathematics
👉 Science
👉 Pendidikan Islam
👉 Pendidikan Jasmani
👉 Pendidikan Kesenian

UPPER GRADE (4, 5, 6)

👉 Bahasa Melayu
👉 English Language
👉 Mathematics
👉 Science
👉 Pendidikan Islam
👉 Pendidikan Jasmani
👉 Pendidikan Kesenian
👉 Sejarah
👉 Bahasa Arab

Bagi ibu bapa yang bimbang akan pembelajaran anak-anak, adakah silibus di sini mengikuti standard yang ditetapkan kementerian, jangan bimbang kerana pelajaran sekolah rendah mengikut sukatan pelajaran daripada KSSR dan tetap akan mengikuti peperiksaan UPSR.

Pelajar-pelajar juga akan mengambil bahagian dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Peperiksaan UPKK ini diiktiraf di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bagi kelas tahfiz pula, pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

🌼 Beginner (7 juz)

🌼 Intermediate (15 juz)

🌼 Advance (30 juz)

Jadi, terbaik bukan sekolah ini? Bukan hanya subjek agama sahaja yang diajar, tetapi merangkumi semua subjek yang telah ditetapkan pleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembelajaran juga kondusif dan diterapkan elemen teknologi dalam pembelajaran agar anak-anak lebih mudah memahami apa jua yang diajar.

Pembelajaran menggunakan teknologi RVS

Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai RizQ Islamic School ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah ini ya:

RIZQ ISLAMIC SCHOOL
No.2, Lot 1456,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Office : +603 8912 0447 / 018-351 7357
Website: www.rizq.edu.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “RizQ Islamic School – Nama Sahaja Sekolah Berteraskan Agama Islam, Tapi..

  • November 21, 2019 at 12:07 pm
    Permalink

    Fuhh suspens je bila baca tajuk dia tau. Haha. Wah good to know that sekolah diorang juga up-to-date dengan teknologi dan perkembangan semasa juga. Semoga dengan usaha macam ni dapat lahirkan generasi masa depan yang holistik!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge