Tips Pertama Kali Ke China Secara Solo

Tips Pertama Kali Ke China Secara Solo | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan tips untuk yang pertama kali ke China.

Untuk makluman semua, tempohari saya telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negara China. Perjalanan saya secara solo telah membuka mata saya tentang keadaan dan suasana di negara tersebut.

Oleh yang demikian, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk anda yang ingin melancong ke negara tersebut supaya tidak terjadi apa-apa yang tidak diingini di sana.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pemahaman saya sewaktu di sana. Almaklumlah bila bergerak sendiri ni, ada sahaja benda yang berlaku. Tapi semua itu boleh dijadikan panduan pada masa akan datang.

Baiklah jom kita baca apa jua tips yang saya ingin kongsikan ini.

(Makluman: Tips ini hanya untuk newbies dan backpackers sahaja. Yang dah pro dan selalu ke China tu mesti dah biasa punya)

1. Pertama sekali, untuk ke negara China anda perlu untuk memohon visa. Untuk cara memohon visa bolehlah baca di entri saya di sini.

Contoh visa ke China saya

2. Buat kajian tentang tempat yang anda ingin menginap. pastikan tempah siap-siap di negara kita. Simpan alamat tempat tersebut dalam phone anda dalam BAHASA MANDARIN! Ya, ini untuk memudahkan kita bertanya kepada penduduk tempatan. Pengalaman saya, saya telah simpan siap-siap alamat dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris dalam telefon saya untuk rujukan jikalau saya tersesat. Tetapi apa yang lucunya, saya bertanya kepada seorang amoi ni alamat tempat tersebut, dijawabnya tidak tahu. Rupanya tempat tersebut adalah dibelakangnya sahaja. Ermmm. Penat saya berjalan..hahaha

3. Kaji cuaca sewaktu kunjungan anda. Bawa pakaian yang sesuai. Sebenarnya kunjungan saya ke China sebelum ini main taram sahaja. Semasa kemas beg, saya terdetik untuk periksa cuaca semasa di tempat saya tujui. Katanya 14 darjah celcius. Saya fikir sejenak, 14’C itu sesejuk mana ya? Saya pun teringatkan suhu aircond di office, paling rendah 16’C pun saya menggigil. Jadi membawa baju sejuk amatlah diperlukan.

4. Buat kajian mengenai tempat yang anda ingin kunjungi sewaktu di sana. Pengangkutan awam mana yang anda perlu gunakan. Ini pun berlaku satu peristiwa di mana saya ingin menggunakan subway di sana. Saya sudah tahu tempat tujuan saya dan hentian mana yang saya perlu. Saya siap save dalam phone lagi. Memandangkan rupa saya yang pan-asian ini (kah!), seorang pegawai datang kepada saya sebelum saya menaiki subway. Dia datang untuk menerangkan kepada saya cara untuk menggunakan subway tersebut. Sebenarnya apa yang diterangkan beliau lagi memeningkan saya. Dengan bahasanya lagi, memang tak faham la saya. Tapi saya tabik dengan kesungguhannya menerangkan kepada saya. Walaupun…..

Antara tempat menarik yang saya kunjungi sewaktu di sana.

5. Kaji tempat makan halal. Ini yang paling penting untuk anda yang ada masalah tentang makanan. Kalau yang jenis betul-betul strict tentang makanan, pastikan buat research siap-siap. Kalau susah sangat bawak sahaja makanan dari Malaysia. Maggi ke, ataupun makanan segera yang lain. Tapi kunjungan saya baru-baru ini merupakan tempat ramainya orang Islam, jadi makanan tidak menjadi masalah. Siap makan ayam seekor sehari lagi! Sedap kot.

Antara makanan halal yang saya cuba di Xi’an China, belt noodles

6. Sila bawak botol air sentiasa. Di China kalau nak buang air (baca: berak, kencing), tiada air disediakan. Jadi belajarlah guna tisu. Kalau yang agak tak reti nak beristinjak guna tisu tu, silalah bawa air dalam botol siap-siap. Tapi pastikan jangan berciciran air di dalam tandas awam pula, nanti kena maki dengan orang di sana. Mereka amat mementingkan kekeringan dalam tandas. Gituh! Nasib baik beberapa hari aku di sana, aku berak di hostel sahaja, Agak awkward sebenarnya nak berak di tandas awam.

7. Belajarlah beberapa perkataan Mandarin. Mudah nak mulakan perbualan. Nasib baiklah aku ada belajar beberapa perkataan Mandarin (terutamanya perkataan mencarut!) di Malaysia seperti ni hao, xie xie dan sebagainya. Yang paling penting, kalau boleh ingatlah nombor. Aku yang ni memang hafal lah., Mudah la nak membeli kat sana tu nanti. Yi, Er, San, Sir, Wu, Liu, Chi. Pak, Jiok, Shi..

Biang-biang noodles, antara makanan halal yang saya cuba di sana.

Mungkin itu sahajalah tips yang aku ingin kongsikan. Ada yang anda nak tambah?

Bak kata orang, kalau pergi ke tempat orang tu, hormatilah dan belajarlah tentang budaya setempat. Jangan kau main redah buat ikut suka. Terima kasih!

Semoga bermanfaat.

Share kepada rakan-rakan anda. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Tips Pertama Kali Ke China Secara Solo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge