REKA Mengadakan Bengkel Dengan Sokongan Dari RE: Telekom Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai bengkel yang akan diadakan oleh pihak REKA Inisiatif.
Untuk makluman semua, pada Sabtu yang lepas saya telah berpeluang untuk bersama dalam majlis yang telah dianjurkan oleh pihak Reka Inisiatif yang disokong oleh TM iaitu StartIoT.
Pada majlis tersebut, terdapat pelbagai pihak yang telah mengambil bahagian. saya sebagai seorang insan yang tidak berkecimpung dalam bidang IoT ini amatlah teruja untuk mendengar segala perkongsian yang diaampaikan oleh pihak mereka iaitu dari beberapa speaker yang memang pakar dalam bidang ini.
Berikut adalah antara speaker yang memberikan penerangan dan tajuk yang mereka sampaikan.


How to Start IoT

– IoT in Industry

-Importance of IoT in Education
Apa yang boleh saya rumuskan dalam persembahan mereka ini adalah kepentingan Internet of Thing ataupun Arena Peranti Berhubung ini dalam kehidupan manusia. Banyak inisiatif yang telah dilancarkan bagi memastikan kelangsungan proses mengimprovisasi IoT ini dalam masyarakat kita sekarang.
Banyak faedah yang bakal terhasil dengan penguasaan dalam bidang peranti berhubung ini. Segala benda yang menggunakan kuasa elektrik mampu dikawal secara jauh, Itulah kepentingan alatan sebegini dalam kehidupan kita. Ianya bakal menjadikan kehidupan lebih mudah dan tidak merumitkan.
Diberitahu juga melalui program ini, pihak mereka akan menganjurkan program yang dinamakan #StartIoT, pihak mereka akan mengajar dan mendidik peserta cara menggunakan arena peranti berhubung ini di dalam kelas khusus. Kelas ini bakal diadakan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.
Untuk peringkat permulaan ini, sebanyak 4 workshop akan diadakan sepanjang Oktober dan November ini untuk mengetahui pelbagai perkara berkenaan dengan IoT. Peserta yang ingin menyertainya perlu membayar yuran sebanyak RM500 untuk setiap workshop. Untuk setiap workshop ini bolehlah menghubungi mana-mana tempat yang menganjurkan workshop yang anda ingin sertai. Sebagai contoh, jika anda ingin sertai workshop pada 28 Oktober, bolehlah menghubungi pihak MaGiC Cyberjaya untuk pendaftaran.
Apa yang menariknya, dalam majlis tersebut juga, pihak REKA memperkenalkan RIG, iaitu sebuah board yang dicipta oleh pihak mereka. Board ini merupakan komponen asa bagi IoT. Ianya cukup membanggakan kerana board ini dicipta sepenuhnya oleh anak tempatan. Jadi buat anda yang ingin mendapatkan board ini juga boleh menghubungi pihak REKA sendiri.
Selain itu juga, diumumkan dalam majlis ini tentang hackathon yang bakal dilangsungkan oleh pihak REKA. ianya dirancang untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang IoT ini supaya dapat melahirkan ramai golongan yang profesional dalam bidang ini.

Saya yakin bahawasanya bidang IoT ini amatlah penting untuk diceburi oleh sesiapa sahaja dalam Malaysia supaya negara kita bakal berdiri setinggi dengan negara yang lain.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari mana-mana medium di bawah.
Awak tak minat ke nak belajar IoT ni bamir? boleh tutup lampu bilik kawal dr phone je hahahah