October 4, 2024
Travel

Dari Penang ke Phuket Dengan Star Cruises

Dari Penang ke Phuket Dengan Star Cruises | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman saya menaiki kapal persiaran ataupun cruise  Star Cruises dari Pulau Pinang Malaysia ke Phuket Thailand.

Untuk makluman semua, ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki kapal besar sebegini. Jika sebelum ini saya telah ke Thailand melalui jalan darat ( Bukit Kayu Hitam), jalan udara (Suvarnabhumi), keretapi (Padang Besar) bahkan saya pernah ke Thailand menggunakan sampan di Sungai Golok. Kali ini menggunakan cruise, jadi pengalaman ini amat bermakna buat saya.

Jom kita berkenalan terlebih dahulu dengan kapal besar yang saya naiki pada kali ini. Kapal besar ini adalah Star Cruises, yang terkenal dengan jolokan kapal cruise  paling popular di Asia. Pada kali ini mereka menawarkan pakej percutian 3 hari 2 malam ke Phuket dari Pulau Pinang. Trip ini berlangsung setiap hari Rabu dengan tambahan hari Jumaat untuk trip kedua setiap minggu.

Jika sebelum ini saya telah ke Thailand melalui jalan darat ( Bukit Kayu Hitam), jalan udara (Suvarnabhumi), keretapi (Padang Besar) bahkan saya pernah ke Thailand menggunakan sampan di Sungai Golok. Kali ini menggunakan cruise, jadi pengalaman ini amat bermakna buat saya.

Kapal persiaran yang setinggi 10 tingkat ini beroperasi di Penang International Cruise Terminal (PICT) menawarkan pelbagai lagi destinasi menarik untuk anda kunjungi. Namun pada kali ini saya ingin fokuskan mengenai pengalaman saya menaiki cruise ini ke Phuket Thailand.

Untuk anda yang pertama kali menaiki kapal persiaran seperti saya, pastikan anda buat persiapan yang betul agar tiada masalah yang berlaku. Yang paling utama adalah masalah disenarai hitam oleh pihak imigresen oleh sebab pelbagai. Untuk pastikan anda tidak ditahan disaat akhir, pastikan anda periksa status anda di sini.

Seterusnya pastikan pasport anda masih aktif sekurangnya 6 bulan selepas tarikh perjalanan. Ini adalah prosedur biasa untuk keluar negara.

Di PICT, kami ceria menunggu untuk memasuki ke dalam kapal. Seawal jam 5.30 petang kami telah dibenarkan untuk memasukki kapal. Sebelum memasuki kapal, prosedur yang biasa dilaksanakan oleh peguatkuasa Malaysia iaitu pemeriksaan imigresen dan juga kastam.

Di dalam kapal juga terdapat pemeriksaan bagasi seperti mana yang dilaksanakan di lapangan terbang. Ini adalah SOP biasa untuk memastikan keselamatan semua. Kad akses akan diberikan kepada anda. Pastikan ada simpan kad tersebut baik-baik kerana kad tersebut banyak kegunaannya. Alpa sesaat akan membuatkan anda merana.

Setelah itu saya pun mendaftar masuk ke bilik kami. Saya sebilik bersama blogger Eazy Izzuddin. Oh! Kami pada kali ini diberi bilik yang agak selesa di tingkat 6. Wah! Bilik cukup kondusif seperti di hotel. Cuma kali ini pada skala yang lebih kecil.

SuperStar Cruise Libra

SuperStar Cruise Libra

SuperStar Cruise Libra

Di dalam bilik terdapat televisyen, tandas dan bilik mandi, katil, meja, almari dan meja solek. Di dalam bilik juga dibekalkan jaket keselamatan jika berlaku kecemasan. Selesa sangat!

Pada waktu malam pertama tersebut, kami dialukan dengan santapan malam yang cukup meriah. Banyak makanan enak disediakan oleh krew kapal untuk para pengunjung. Memang kenyang la perut kami.

Pada pukul 9 malam pun kapal mula bergerak. Terasa bayu-bayu angin yang bertiup disekeliling dek tingkat 9. Pastikan anda mencari kawasan yang sesuai untuk lepak-lepak bersama kawan-kawan anda. Memang best sangat.

Keesokan harinya kami bersiap sedia untuk keluar ke pelabuhan di Phuket. Di sini kami dipindahkan menggunakan kapal yang lebih kecil kerana kapal kami yang besar tidak sesuai untuk berlabuh ke tepi pelabuhan. Di sini kad akses tadi amat penting kerana tiada pasport diperlukan. Kerana pas tadi bertindak sebagai pasport.

Seharian di Phuket memang menarik. Betul lah cakap orang, suasananya sama sahaja seperti Malaysia cuma percakapan sahaja yang terlihat sedikit berbeza. Berkongsi sejarah dan budaya yang sama.

Setelah itu kami kembali semula ke pelabuhan unutk kembali ke dalam kapal. Malam tersebut berlaku sesi makan malam perpisahan. Cukup meriah dan riuh dengan kesemua krew kapal turut serta menari di tepi kolam renang di dek 9 ini.

Dari kapten, krew pembersihan, krew dapur dan pelbagai lagi juga turut sama beraksi. Saya dan kawan-kawan juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti ini.

Untuk trip kami pada kali ini, ianya bertemakan pisang. Jadi kami semua berpakaian serba kuning untuk sesuaikan dengan tema. Ada kawan yang sudah mula mabuk laut. Namun kemeriahan aktiviti membuatkan mereka tetap kuat untuk turut serta.

Oh! Lupa untuk saya maklumkan yang bagi yang tidak biasa dengan laut, mungkin anda akan mengalami mabuk laut, namun semua itu tidaklah teruk kerana ini adalah kapal besar, jadi alunan ombak itu tidaklah kuat sangat.

Pada hari terakhir, kami menghabiskan masa dengan bernang-renang di kolam renang di dek 9 ini. Di sini terdapat 2 kolam renang yang cukup besar. Ada juga jakuzi di tingkat ini. Nikmatilah pengalaman yang indah di tengah laut dengan berendam di kolam ini.

Pakej 3D2N ke Phuket bersama SuperStar Libra bertolak dari Pulau Pinang setiap hari Rabu dan Jumaat bermula 4 Ogos 2017. harga promosi sekarang adalah bermula dari RM 699 seorang untuk perlepasan hari Rabu, dan bermula harga RM 899 seorang untuk perlepasan hari Jumaat. Perkenalan pakej 3D2N ini kesinambungan pakej sedia ada 4D3N ke Phuket dan Krabi yang sedia ada yang berlepas pada setiap hari Ahad. Hah untuk pakej 4D3N ke Phuket dan Krabi pun ada promo sekarang hanya RM1050 seorang. Apa lagi? Jom booking sekarang percutian bersama Star Cruise!
p/s: Untuk dapatkan lebih penjimatan jangan lupa kunjungi mana-mana karnival atau fair perlancongan yang dianjurkan di dalam negara. Cari kaunter Star Cruise ini untuk berbaloi baloi.
Selamat tinggal Star Cruise. Nanti kita jumpa lagi

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Dari Penang ke Phuket Dengan Star Cruises

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *