Cara Check Status Imigresen Untuk Keluar Ke Luar Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara-cara untuk check status anda di jabatan Imigeresen Malaysia.
Semua sedia maklum yang tak semua dapat keluar negara jika ada sekatan di pihak Imigeresen. Tak usah la anda menangis keluar airmata darah sekalipun, sekat tetap sekat. Jika nama anda dalam sekatan Jabatan Imigresen, maka jangan anda mimpi untuk keluar negara.
Saya pernah terjadi sekatan ini apabila pihak PTPTN telah menyenaraihitamkan saya kerana tidak membayar pinjaman. Padahal saya masih menyambung pengajian ketika itu. Bayar tetap bayar ya! Tak bayar memang tetap kena sekat.
Jadi berikut adalah cara untuk anda memeriksa status diri anda tersebut.
Pergi ke link ini.
Tekan Sini
Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang ‘Semak’.
Jika keputusan seperti di bawah, maka anda bebas untuk keluar negara.
Jika keputusan selain dari di atas, maka silalah pergi ke Jabatan Imigresen terdekat dengan secepatnya. Saya dahulu pernah keputusan semakan. ‘Sila ke Jabatan Imigeresen yang terdekat’.
Itu maksudnya saya disekat la tu. Untuk tahu butiran lanjut kena tanya pihak Imigresen samaada anda disekat disebabkan apa. Saya dahulu sebab PTPTN.
Jadi sebelum keluar negera tu, semaklah apa yang patut dahulu. Jangan dah kat airport baru nak cek itu ini.
AM: Beringat sebelum kena. Aku dah pernah kena. Serik!
Pingback: Dari Penang ke Phuket Dengan Star Cruises - AMIRNAWAWI