September 12, 2024
Travel

7 Tempat Menarik Di Palembang Indonesia

Palembang indonesiaAssalamualaikum dan slaam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai tempat-tempat yang menarik di Palembang Indonesia. Jika mahu melihat tempat menarik di Surabaya dan Jawa Timur boleh ke link ini.

Semua rakan facebook dan instagram saya di @amir_nawawi sudah sedia maklum akan trip saya ini. Trip pantas yang telah saya lalui dan pengalamannya memang mengujakan! Siapa kata trip murah tak menarik. Lagi menarik kalau kita meneroka sendiri. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Percaya tau tidak, tiket penerbangan berserta hotel 3 bintang selama 4 hari 3 malam ini hanya RM199? Ya! Tiket termasuk hotel 3 bintang untuk 3 malam hanya bawah RM200. Lagipun trip ini hanya sebulan sahaja dirancang dan akhirnya menjadi. Nasib baik kawan saya, Atikah pantas dan cepat dalam membuat carian di AirAsiaGo.

Hotel penginapan kami selama 4 hari 3 malam di sini
Hotel penginapan kami selama 4 hari 3 malam di sini

Perjalanan dari KLIA2 ke Palembang hanya 1 jam 15 minit. No wonder la pakejnya pun murah. Sesampainya di Bandara Palembang, kami dibawa oleh saudara Feri Rahman, teman Couch Surfing di sana.

Wah! Terbaik layanannya. Orangnya pun peramah. Semoga si Feri ini bila datang Malaysia kasitau kami ya, we gonna serve you the best as we can. Rasa segan pula bila dia layan kami kat sana.

Bersama Saudara Feri Rahman, host kami di Palembang
Kami bersama Saudara Feri Rahman, host kami di Palembang

Ok, cukup bercerita mengenai itu. Kami dibawa oleh Feri untuk berjalan-jalan sekitar Palembang. Terdapat banyak tempat yang dibawa beliau untuk ditunjukkan kepada kami. And guess what, selama satu hari suntuk tu, boleh dikatakan kesemua tempat yang menarik di Palembang ini berjaya kami terjahi.

Sebab itu kata Feri yang trip kami 4 hari ini sebenarnya cukup panjang. 3 hari pun sebenarnya dah cukup untuk meneroka Palembang ini. Melainkan kalau hendak menjelajah ke seluruh Sumatera itu boleh la melancong lebih lama lagi.

Untuk entri kali ini, saya ingin ceritakan secara umum dahulu tempat-tempat yang wajib anda kunjungi. Untuk lebih lanjut mengenai satu-satu tempat, saya akan berkongsi di lain hari pula ya.

Berikut antara tempat menarik yang perlu dikunjungi bila bertandang ke Palembang ini:

1.Restoren Murtabak HAR
Restoren Murtabak HAR yang asli
Restoren Murtabak HAR yang asli

Restoren ini adalah salah satu restoran yang terkenal di sini. Terdapat banyak restoran yang menjual murtabak HAR, namun hanya 1 kedai sahaja yang asli punya murtabak HAR. Murtabak ini sama seperti roti canai kita. Alaa roti canai telur. Jangan fikir murtabak di sini sama macam murtabak kita yang penuh dengan intinya tu.

Inilah murtabak tersebut. macam roti canai telur kita kan?
Inilah murtabak tersebut. macam roti canai telur kita kan?
2.Stadium Gelora Sriwijaya

Stadium gelora sriwijaya

Stadium ini merupakan stadium terbesar di sini. Selain itu juga terdapat pelbagai renovasi dilakukan terhadap stadium ini kerana ianya merupakan venue utama untuk sukan besar pada tahun hadapan. Sukan Asia 2018. Tapi ini merupakan antara venue utama selain Jakarta sebagai venue utama untuk mengelakkan kesesakan. Pembinaan LRT juga rancak dilakukan bagi persediaan acara sukan ini.

3. Bait Al-quran al Akhbar (Al-quran Gergasi)

quran gergasi

ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi jika berkunjung ke Palembang ini. Ini adalah salah satu tarikan walaupun dikhabarkan oleh Feri yang tempat ini bukan lagi dalam kawasan Palembang. Tapi kalau dah datang Palembang tu boleh aje datang ke sini. Takde la jauh sangat pun.

quran rasaksa

Anda boleh lihat sendiri al-Quran yang dipahat pada kayu yang sememangnya amat besar sekali. Lagi besar dari saya. No wonder la ianya digelarkan Al-Quran terbesar di dunia.

Anda boleh baca sejarah Quran Al-Akbar ini
Anda boleh baca sejarah Quran Al-Akbar ini
4. AMPERA dan kawasan sekitarnya.
Inilah AMPERA
Inilah AMPERA

Haaah, ini satu lagi mercu tanda di Palembang ini. Satu jambatan yang menghubungkan 2 kawasan hulu dan hilir ini. Memang kalau sebut Palembang sahaja akan ada la jambatan ini sebagai simbolik bagi tempat ini. Key chain Palembang pun ada jambatan ini..

Antara gerai yang ada di sini.
Antara gerai yang ada di sini.

Kalau datang waktu malam memang meriah la. Macam downtown kita. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Nak main fun fair mini pun ada. Nak makan pun banyak gerai lokal yang ada. Restoren francais seperti KFC, JCO, Chatime dan banyak lagi juga ada di kawasan ini. Tapi datang jejauh takkan makan KFC kot?

Kami makan dulu yuk!
Kami makan dulu yuk! Mee tektek..
5. Muzium Sultan Mahmud Badaruddin 11

Muzium Sultan Mahmud badaruddin

Haaa, kat sini wajib datang kalau korang ini peminat sejarah. Tapi kalau saya memang tingtong sikit kalau nak belajar sejarah ni. Tapi serius memang banyak cerita pasal asal usul Palembang ini. Cerita Parameswara pun ada kot! Sebab sini asal usul beliau. Kalau nak tahu lebih lanjut datang la sini. Bayaran masuk lebih kurang RM6 untuk bukan warganegara.

6. MONPERA (Monumen Peringatan Rakyat)

MOnpera

Ini satu lagi mercutanda ataupun tempat yang wajib untuk anda bergambar. Sebenarnya tugu ini dibina untuk memperingatkan rakyat Palembang ini akan jerih perih warga mereka terdahulu membebaskan tanah air mereka dari penjajahan. Jadi dibinanya monumen ini biar rakyat Palembang ini lihat dan bersyukur atas kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

7. Pulau Kemaro

pulau kemaro

ini adalah pulau di tengah-tengah Sungai Musi. Saya pun hairan macamana ada pulau di sungai? Ermmm, tapi ada la alkisahnya cerita dongeng dulu-dulu tentang wujudnya pulau ini. Nak saya cerita? Nanti la kalau rajin. Tapi ini adalah tempat wajib untuk dikunjungi. Kiranya ini pulau pedagang Cina dulu yang datang Palembang. Banyak monumen yang ada di sini berkonsepkan Cina. Seperti pagoda, rumah ibadat dan banyak lagi. Tambang bot ke sini lebih kurang RM40++. Pandai la anda tawar menawar dengan pemandu bot. Biasanya tak kurang dari IRP 100,000. Kami kena RM45 haritu.

Selain itu juga, terdapat pelbagai lagi tempat menarik yang kena anda kunjungi. Nak lebih menarik kena la bergaul dengan penduduk setempat baru la rasa macam lokal kan? Kami juga dibawa ke gerai-gerai pempek untuk merasai juadah terkenal di sini. Pempek ini adalah makanan terkenal Palembang. Penduduk Indonesia sendiri pun bila sebut Palembang mereka akan kaitkan dengan pempek.

Ini pempek ye kekawan. Banyak jenis dan nama juga berlainan. Saya suka pempek kapal selam sebab ada telur kat dalam.
Ini pempek ye kekawan. Banyak jenis dan nama juga berlainan. Saya suka pempek kapal selam sebab ada telur kat dalam.

Pempek ini merupakan makanan yang berasaskan ikan. Macam bebola ikan kita kat sini. Ada yang macam keropok lekor pun ada. Tapi sedap bila dicicah bersama sos atau lebih dikenali sebagai cuko di sini. Kalau nak bawa balik ke Malaysia, di airport pun ada jual. Boleh packing cecantik.

Ok, itu sahaja dulu perkongsian rinagkas untuk tempat menarik di Palembang ini. Untuk kupasan satu-satu tempat itu akan saya kupaskan di lain hari ya! Selamat berlibur teman-teman semua. 🙂

Terima kasih teman-teman dari Palembang atas layanan anda kepada kami. See you in Malaysia ya :)
Terima kasih teman-teman dari Palembang atas layanan anda kepada kami. See you in Malaysia ya 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

9 thoughts on “7 Tempat Menarik Di Palembang Indonesia

  • Bait Al-quran al Akhbar (Al-quran Gergasi)…. Rasa teringin sangat nak tengok dengan mata kepala sendiri….

    Reply
  • norsidah

    Salam, boleh bagi cadangan transport. kami first time ke sana dan tak pasti bagaimana untuk dapatkan transport. Going on friday 9th dec

    Reply
    • transport boleh guna bas transMusi.. uber dan grab maybe ada juga..
      will be there on this coming ramadan

      Reply
  • info menarik.. akan kesana ramadan nanti. ada kontak kenalan di sana gak?

    Reply
  • NOOR

    saya juga sudah bbrp kali kesana membawa grup, selain bukitingi indonesia,, aceh juga palembang. memang palembang agk menarik utk dilawati walaupun tempat lawatan tak lah sebanyk di tempat lain..tapi kira oklah..not bad.baru2 ini jg sy baru balik dr pelembang. quran gergasi jg menaiki bot utk ke pulau kemaro jg sgt menarik. tapi sy kalau kesana pasti akn bw tamu sy utk message (urut) hmm murah dan tidak kesal. kebanyak urut kaki 2 jam.. best.. kami juga sempat memasuki kawasan sekitar slh satu university terbaik indonesia uni sriwijaya. dan menaiki monpera di dlmnya.. hingga menaiki sampai kebumbungnya..kena lah try mkn pempeknya.. kerna itulah kulinary istimewa palembang. sapa nk try ikut trip saya bolehla call@ whatsapp sy 018 6600401. sy tinggal di kl

    Reply
  • aunty siti

    maaf tuan…kami bercadang hendak ke palembang cuti deepavali nov nanti. boleh tolong bagi contact nombor agen kat sana. atau boleh bg cadangan menginap di mna.. kami 3 beranak sahaja.
    terima kasih.

    Reply
    • Wassalam. Tak ada la dekat sangat. Namun sekarang dah ada LRT. mungkin lebih memudahkan perjalanan di sana. Boleh guna Grab juga

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *