Surabaya, Kota Kedua Terbesar Di Indonesia Menarik untuk Dilawati
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai tempat-tempat menarik di Surabaya Indonesia. Saya pasti anda semua akan terpesona dengan segala tempat menarik yang akan saya ceritakan kepada anda.
Untuk makluman semua, Surabaya merupakan kota kedua terbesar di Indonesia berdasarkan populasi penduduknya. Kota yang pertama semestinya Jakarta yang menjadi ibu negara Indonesia itu sendiri. Perjalanan ke Surabaya hanya mengambil masa 2 jam 30 minit dari klia2. Dengan menggunakan perkhidmatan AirAsia Indonesia, penerbangan yang lancar lagi selamat akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda yang serba moden dan baru siap dibina. Penerbangan AirAsia Indonesia dari klia2 adalah sebanyak 7 kali sehari.
Ok cukup sekadar itu maklumat am mengenai Surabaya dan AirAsia, sekarang ayuh kita menyelusuri tempat-tempat menarik di Surabaya yang patut anda lawati. Saya serius ni, tempat ini memang wajib anda lawati jika bertandang ke Surabaya ini.
1. House of Sempoerna
Berada di ‘Surabaya Lama’, bangunan kolonial British ini telah dibina pada tahun 1862 dan sekarang telah diwartakan sebagai tempat bersejarah. Dahulunya tempat ini dijadikan rumah anak-anak yatim, namun pada tahun 1932, Liem Seeng Tee, pengasas Sempoerna telah membelinya untuk dijadikan tempat pembuatan rokok Sempoerna yang utama.
Sekarang bangunan ini masuih lagi digunakan untuk dijadikan tempat pembuatan rokok jenama Dji Sam Soe. Semperna sambutan ulangtahun ke 90 Semporna pada 2003, bangunan ini telah dibuka untuk dikunjungan oleh orang ramai.
2. Masjid Cheng Ho.
Pengaruh senibina Cina pada masjid ini jelas kelihatan. Sememangnya sesuai namanya dengan laksamana terkenal berbangsa Cina iaitu Laksamana Cheng Ho. Dengan pelbagai bentuk senibina seakan pagoda disertakan pada bentuk masjid ini. Berdasarkan penerangan dari tourist guide, masjid ini dibina semperna kerjasama dan perpaduan erat antara kaum Cina dan rakyat tempatan di sini.
Pandaan Jawa Timur..
3.Candi Singosari
Destinasi seterusnya bila berada di Malang ialah Candi Singosari. Untuk makluman semua, candi Hindu-Buddha ini dibina pada tahun 1351. Senibina yang menarik mengingatkan saya kepada Candi Borobudur di Bali. Dan berdasarkan apa yang diceritakan, candi ini dibina tanpa menggunakan simen dan hanya menggunakan batu yang dipahat satu persatu. Menarik bukan?
4. Tugu Monument
Tugu ini dibina ditengah-tengah kota Malang. Berhadapan dengan ibupejabat daerah Malang. Tugu ini dibina berbentuk buluh iaitu senjata yang seakan lembing yang digunakan pada zaman dahulu untuk menentang kedatang penjajah di kota ini. Para penduduk tempatan berusaha sedaya upaya melawan penjajahan di kota ini demi mencapai kemerdekaan rakyat Indonesia. Semperna dengan itu, tugu ini dibina demi memperingati jasa mereka semua dalam proses kemerdekaan Indonesia sekarang.
5. Airterjun Coban Rondo
Airterjun Coban Rondo ini berada di daerah Malang. Perjalanan yang memakan masa 3 jam dari Surabaya sememangnya berbaloi apabila sampainya di sini. Tempatnya yang dingin menyapa pipi apabila turunnya kami dari van. Suhu yang mencecah 20 darjah celcius boleh menjadi lebih sejuk dari itu di sini. Itu belum menyentuh airnya lagi! Seakan beku tangan ini menyentuhnya. Perjalan sekitar 5 minit sahaja dari tempat letak kereta ke airterjun ini memudahkan perjalanan kami. Sungguh mempesonakan!
6. Kebun Epal di Batu Malang
Siapa sangka di Batu Malang ini juga ada kebun epal! Sejujurnya ini adalah pertama kali saya melihat pohon epal. Saya ingatkan pohonya seakan pohon strawberi, namun rupanya seperti pohon rambutan. Tinggi melambai. Oh! ini pertama kali saya memetiknya sendiri juga. Memang sedap dimakan segar-segar setelah dipetik. Dan untuk makluman semua, epal di Malang ini amat berbeza seperti epal yang ada dipasaran Malaysia. Biasanya epal di Malaysia, yang merah adalah yang manis dan yang hijau adalah yang masam. Namun disini terbalik, yang hijau adalah yang manis dan yang merah adalah yang masam. Anda patut mencubanya juga!
7. Taman Tema Selecta
Hanya beberapa minit dari kebun epal di atas, salah satu lagi tarikan di Batu Malang adalah taman tema Selecta mereka. Pelbagai tarikan yang ada di sini seperti kolam renang, variasi bunga dan juga aktiviti lasak seperti flying fox dan berkuda.
8. Jawa Timur Park (Jatim 2)
Jujur untuk saya katakan, anda PATUT DATANG KE SINI! Inilah sebenar-benarnya pengalaman berada di zoo yang terbaik pernah saya alami. Dapat melihat haiwan dengan sedekat mungkin. Mungkin sebelum ini kita telah biasa pergi ke zoo, namun jarak antara kita dengan haiwan teramatlah jauh. Tapi di Zoo Secret batu ini anda dapat melihat haiwan-haiwan ini depan mata. Serius untuk saya katakan ini adalah tempat yang paling membuatkan saya teruja semasa lawatan ini. Saya pasti kembali lagi ke sini bila berkunjung ke Surabaya. dengan hanya lebih kurang RM18 (Rp 70,000) untuk hari bekerja dan RM26 (100,000) untuk hujung minggu. Saya pasti harganya amatlah berbaloi untuk masuk ke zoo dan juga muzium haiwan ini. Segala haiwan yang ada dalam muzium ini semuanya asli dan didawet mengikut bentuknya yang seakan betul-betul hidup.
9. Restoren Warung Bambu
Apabila pertama kali datang ke sini saya sudah terpesona dengan senibina tempat ini. Dengan hanya menggunakan buluh, ia menjadikan tempat ini seakan-akan berada di desa pula. Dikelilingi oleh kolam-kolam ikan sememangnya nyaman dan mempesonakan. Ikan-ikan yang ada pula besar-besar dan kita juga boleh hulurkan kaki ke dalam kolam. Sangat geli namun best bila kaki kita terkena ikan-ikan yang besar ini. Dengan sajian masakan Indonesia asli pastinya menggamit selera semua pengunjung yang datang ke sini.
10. Gunung Bromo
Ini merupakan destinasi terakhir saya di sini. Sememangnya penuh pengalaman baru saya timba semasa berada di sini. Seawal jam 3 pagi kami bangun dari tempat penginapan untuk melihat matahari terbit di puncak gunung. Sungguh indah dan berbaloi untuk bangun awal pagi!
Seterusnya kami di bawa ke Gunung Bromo dan tibanya di kaki gunung saya menaiki kuda hingga ke tangga. Yes this is my first time riding a horse. Memang berdebar tapi keep calm and just do it. Seronok! Pertama kali dan sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan sama sekali. Terima kasih Randdy kerana sudi ditunggangi oleh saya.
Sememangnya pengalaman berada 5 hari 4 malam di Surabaya memang tidak dapat dilupakan. Saya syorkan kepada semua yang ingin liburan di Indonesia untuk berkunjung ke Surabaya ini. Terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Dan pastinya AirAsia indonesia menyediakan penerbangan kerap ke sini iaitu sebanyak 7 kali SEHARI! Banyangkan betapa meriahnya tempat ini sehinggakan penerbangan dari klia2 sebanyak 7 kali sehari. Penerbangan pertama ke sini adalah pukul 7.20 pagi dan penerbangan terakhir adalah 10.25 malam.
Jadikan Surabaya satu lagi destinasi pilihan yang patut ada dalam list tempat untuk anda lawati. Sekian! Jumpa lagi di lain entri.
surabaya ni tak penah gi lagi. hoho..
teringin gak nak pergi jalan sana nanti.
tinggi betul air terjun tu, Masjid Cheng Ho tu ada kena mengena dengan Laksaman Cheng Ho agaknya…
Macam mana dengan Zoo Surabaya orang cakap best juga, siap ada penguin. Betul ek?
Pingback: Blogger Berbayar dan Tidak Dibayar? - amirnawawi
Boleh tak bagi no contact travel agent tuk melawat surabaya ni. Saya akan melawat surabay pd feb 2015. Tiket da beli. Around dlm 25org. Nak pakej hotel, pegankutan & makan lah. Boleh hantar quatation kt email sy. aiyem87@yahoo.com
Semoga berkesempatan untuk dbisa berkunjung kembali ke rusabaya.
Pingback: Juruterbang Wanita AirAsia - amirnawawi
nice sharing…memg dah masuk list berkunjung ke bromo… ^^
saya setuju… batu secret zoo dan musium nya memang best…. zoonya tersusun dengan teratur hingga kita pasti akan melewati kesemua haiwan yang ada tanpa ada ketinggalan… informatif… bersih…. dan banyak haniwan yang jarang dijumpai…
petik epal pun pengalaman menarik….
tak berkesempatan nak citer kat blog saya… suka blog walking je… ^_^
saya asalnya ke jogjakarta, kemudian ke semarang, dari semarang naik kereta api ke malang… pengalaman yang sangat best!
Pingback: Bangunan Bersejarah Di Surabaya – Wedding Surabaya
Pingback: Tempat Wedding Di Surabaya - Info Paket Pernikahan
Pingback: Paket Pernikahan Di Hotel Surabaya - Info Paket Pernikahan
Pingback: 7 Tempat Menarik Di Palembang Indonesia - AMIRNAWAWI