Blogger Berbayar dan Tidak Dibayar?
Blogger Berbayar dan Tidak Dibayar
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Hari ini bukan topik umum tapi hanya berkisar mengenai alam blogging yang makin meluas ini. Mana tidaknya sampaikan blog yang ada di Malaysia ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Ada yang buat blog sekadar untuk suka-suka, ada yang untuk berniaga dan ada jugak yang jadikan sebagai sumber pendapatan. Namun disebalik kerancakan arena blogging ini, tidak kurang juga isu yang timbul iaitu blogger dibayar atau tidak dibayar untuk menghadiri event.
Persoalan ini menarik untuk dikupas oleh semua blogger. Tepu dada, tanya diri. Bagi anda, anda pergi tak event yang tidak berbayar?
Ayuh dengar pendangan peribadi saya pula. Bagi saya saya tak kisah berbayar atau tidak. Namun tengoklah berdasarkan kesesuain. Kalau setakat event main pecah-pecah belon tu saya kena pergi, memang takde maknanya saya nak kena sampai ke sana kan. Kalau event yang tidak berbayar sekalipun, kalau kena dengan caranya memang saya akan pergi. Kalau event tu ramai blogger yang saya kenal pergi, memang saya akan pergi. Masa ini la untuk meluaskan networking kita.
Banyak juga rasanya dulu saya sertai event yang tidak berbayar ini. Namun sebelum pergi saya akan pastikan ianya berbaloi. Duit tambang LRT, Â bas tu kena kira jugak weh. (Ops, saya tak pakai kereta lagi, tol dan minyak tidak dikira..hehe).
Kadang-kadang ada juga event yang tidak berbayar berbaloi untuk kita hadiri seperti FAM Trip. Walaupun tidak berbayar tetapi segala kos untuk kita ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Seperti saya ke event Genting. Total kos kalau pergi sendiri more than RM200 but kalau pergi dengan jemputan mereka 0 sen. Walaupun mereka tak bayar kita namun treatment mereka itu berbaloi. Sebab itu saya jarang lepaskan jemputan dari pihak Genting. Sama juga seperti trip saya ke Surabaya tempoh hari
Ya, saya akui semua sekarang perlukan duit, namun ada kalanya pengalaman tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Oh!
Jom kita ikuti perbincangan hangat blogger mengenai hal ini di facebook. Blogger otai Broframestone ada menanyaan soalan ini di fb beliau,
Jadi apa pendapat anda pula? Anda pergi ke tidak kalau event yang tidak berbayar? Jom kongsi pendapat.
“Biar minda bercabang, jangan mulut yang bercabang” – Nor Fanil
AM: Sudah 5 tahun berblog, namun lepas tahun ke 2 baru dapat event yang berbayar. Bukannya cepat!
oh,rancaknya isu ni,hehe.. semoga blogger dan penaja buka mata dengan hal ini. Macam aku,kalau time kerja ada event dan event tu berbayar dan berbaloi aku pergi,kalau tak..aku tak p..tapi kalau tak dibayar pun aku tengok event macamana,jarak tempat tu dengan rumah aku…tapi kalau weekend ,aku free..takde buat pape..aku pergi je even tak berbayar…release tension ,haha.. tapi tulah, berbalik pada niat mula-mula kita blogging, kalau ada rezeki adalah kan… yang penting tak lupa pada Dia yang memberi rezeki pada kita,sekian sahaja dari aku..
Panjangnyer komen awak. boleh dijadikan satu entri nih.. wakakaka
hargailah,hahahahahahaha
tujuan aku berblog adalah untuk berkongsi info dan cerita. Belum pernah ada pengalaman lagi untuk ikut event samada berbayar atau tidak. Target aku nak penganjur jemput aku sendiri untuk hadir event. Kalau tak, selagi tu aku tak pegi. Berlagak tak aku. Hahaha
Agak berlagak juga tu bro..hahaha.. just kidding.. Bro sibuk takpe la..
isu ni dah lama bagi syirah.tapi bergantugn atas individu pulak.
kalau rasa berbaloi,just go on.kalau rasa x berbaloi,duk rumah diam-diam.
just my 2cents 🙂
tapi honestly,as blogger WE HAVE BILLS TO PAY 🙂
Tu la. Kalau berbaloi pergi jer, kalau tak tidur kat rumah lagi best 🙂
Kalau free, saya pergi. Bukan free of charge, tapi free time, kalau ada masa lapang, saya pergi. He he.. Kena utamakan keluarga dulu. 🙂
Tu la. Masa kena pastikan betul-betul free. Kalau sibuk memang tak boleh la join apa-apa event sekalipun
Kalau aku, kalau boleh aku pergi, aku pergi. Aku baru nak aktif event2 ni. Tak macam kau. Maybe untuk kau payment perlu kot sbb kau dh establish diri kau kt orang. hmm. Aku pun tak tahu.
pergi event ni, dapat cool goodies pun takpe.
Good! See u next event. Kalau ada event apape jangan lupa jemput aku tau..
Okayyyssss! Yeayyy
Salam singgah, saya bukanlah blogger tegar, nak tercari-cari event blogger bagai. seronok berblogging dah cukup dan luaskan ilmu. studioous.blogspot.com
Setuju.. Memang itu yang paling penting. Seronok dengan apa yg kita lakukan
bab-bab event berbayar ni..gua NOOB sikit.
haha..
kalau dah segala makan minum free kira dah berbayar juga..seronok dapat pergi event kerana jumpa rakan-rakan blogger yang lain
Itu la.. tapi kadang-kadang makan pun tak berbaloi..
Pendapat setiap individu bisa berbeda-beda, selama tidak merugikan mari kita hargai.