November 10, 2024
HiburanTravel

Ice Age Adventure di Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sekalian. Pada entri kali ini ingin saya kongsikan pengalaman dengan anda semua mengenai Ice Age Adventure di Genting Highland. Saya dan kawan-kawan blogger yang lain telah ke sana pada 20 September yang lepas. Ohooi!

Baiklah perjalanan ke Genting Higland hanyalah 45 minit sahaja dari pusat bandar Kuala Lumpur. Jadi ianya memang salah satu destinasi tempat sejuk untuk anda lawati jika anda ingin menenangkan fikiran dikala sibuk bekerja. Pada kali ini, tarikan terbaru yang ada di sini adalah Ice Age Adventure. Ianya mula berada di Genting pada 1 September yang lepas.

Saya dan kawan blogger yang tidak sabar untuk meneroka
Saya dan kawan blogger yang tidak sabar untuk meneroka

Berada di Genting International Convention Centre Meeting Room 7-12, ianya memang menarik untuk dikunjungi oleh kanak-kanak dan keluarga. Mula dibuka pada pukul 10pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran RM20 seorang. Ianya sememangnya berbaloi untuk anda semua.

Ice Age Adventure mempunyai 3 zon iaitu Ice Age Theatre, Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik. Di zon Ice Age Theatre kita akan dihiburkan dengan tayangan filem-filem pendek Ice Age. Dan sesiapa yang dapat menjawab soalan yang diberikan akan mendapat hadiah istimewa dari pihak Genting.

Semua tekun mendengar soalan…

Ice Age Playground pula terdapat pelbagai replika 3D yang dapat kita bergambar. Beraksilah dengan pelbagai gaya dan abadikan ia sebagai kenang-kenangan anda..

Ini adalah sesi yang paling menarik. Dapat berjumpa dengan 3 maskot dari filem Ice Age sendiri iaitu Sid, Scrat dan Diego. Kita obleh menari, bermain dan selfie dengan mereka.

Selain 3 zon tersebut, terdapat banyak lagi aktiviti lain, antaranya kumpul chop untuk penanda buku, buat topeng, mewarna dan banyak lagi. Dan yang paling best dapat aiskrim free dari Nestle 🙂

 

Buat anda yang berminatu ntuk mengunjungi bolehlah menghubungi pihak Genting di talian 03-61011118 ataupun layari laman web www.rwgenting.com

Selamat bergembira!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Ice Age Adventure di Genting Highland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *