Juruterbang Wanita AirAsia
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya berkongsi dengan anda semua mengenai biodata juruterbang wanita yang sedang viral di laman sosial ketika kini.
Semua sudah sedia maklum juruterbang atau nama Inggerisnya pilot merupakan pekerjaan didominasi oleh kaum lelaki. Namun jangan salah sangka pula kerana terdapat juga kaum wanita yang memikul tanggungjawab mengendalikan kapal terbang beribu kaki diudara.
Saya sebenarnya tidak begitu arif dan mengetahui akan juruterbang wanita ini. Namun apabila ternampak gambar beliau di laman sosial, terus menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai wanita ini.
Jika sebelum ini, blog saya ini mendapat trafik ribuan dari pelusuk Malaysia untuk mengetahui tentang pramugari dan pramugara AirAsia, namun kali ini ingin saya kongsikan tentang pilot wanita AirAsia ini.
Nama: Noor Hafizah Bt Mohd Idrus
Tarikh lahir: 21 September 1984
Umur: 30 Tahun
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Taiping. Sekolah Kebangsaan Tun Razak, Kolej Tunku Kurshiah. Kolej Matrikulasi Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia, Akademi Penerbangan Malaysia
Jawatan: Senior First Officer, AirAsia X
Pernah baca tentang juruterbang pertama wanita di Indonesia. Apa entah nama dia. Baca ketika dalam penerbangan  ke Surabaya tajaan AirAsia tempoh hari. 🙂
Saya sendiri pernah menjadi Pramugara AirAsia untuk sehari. Namun belum berpeluang menjadi Pilot lagi 🙂

AM: Bangga juga dengan pencapaian wanita di Malaysia kini. Oh! Dah kawin ke belum ni?
Wahh..laju aje hang ye. Haha..
Tak silap member kawe di kolej ibrahim yaakob UKM ni..kalau xsilap lah
Boleh buat motivasi untuk naik kapalterbang Air Asia
Keren,,siapa lagi yang mau nyusul
pernah la sekali tu dari Sarawak, tengok pilotnya sekali pompuan daa…memang hot gitu.aumm
wow..awesome. Girl Power!!