October 11, 2024
Lain-Lain

Hari Keluarga PERSIS UMP 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan sedikit pengalaman berhari keluarga.

Untuk makluman semua pada 29 November yang lalu saya bersama keluarga besar Pembimbing Rakan Siswa UMP (PERSIS UMP)  telah mengadakan Hari Keluarga 2014 di Pantai Balok Kuantan (hari Keluarga PERSIS 2012 di sini) . Bagi sesiapa yang masih belum mengetahui di mana lokasi Pantai Balok ini bolehlah google. 😛

Aktiviti berlangsung sehari penuh bermula dari 8 pagi sehingga 11 malam. terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dan semestinya main air! Oh sudah beberapa purnama aku tidak mandi pantai. Kali ini dapat juga mandi pantai walaupun mata terasa pedih dan perit kena air masin.

Perjalanan bermula pukul 8 pagi dan mengambil masa selama 1 jam dari Gambang ke sana. Tu naik bas. Kalau aku pergi ngan motor lagi lama kot sebab melencong tempat lain. Ini merupakan pertama kali ke pantai Balok ini. Tapi sebenarnya selalu je pergi Beserah nih. Rumah makcik saya simpang nak masuk Balok ni je. Cuma belum berkesempatan nak sampai ke Balok ni la.

Apepun pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah war games, main alih-alih belon( ape ke pelik beno nama game nih) , main saya suka awak, main air! hah itu yang paling penting.. Malam pula diserikan dengan jamuan barbekue dan persembahan. Memang terbaik walaupun hakikatnya penat baqhang main air nih.

Sebenarnya ini merupakan aktiviti terakhir yang dapat saya sertai bersama kelab PERSIS ini. Ini kerana semester ini merupakan semester terakhir pengajian saya di sini. Hanya berbaki 3 minggu sahaja lagi sebelum semuanya berakhir. Agak sedih sebenarnya namun hidup mesti diteruskan. Yeah!

Banyak sebenarnya pengalaman yang saya timba sepanjang berada dalam kelab ini. Mana tidaknya dalam kelab ini la saya pernah kena halau oleh Prof! Kau rasa? First time kot aku rasa malu macam tuh. Then dari situ aku built up my own confident level. Hah! sekarang I think much better. Bila berhadapan dengan orang orang besar ni aku dah tak gugup lagi dah.

Tu belum pengalaman pahit manis lagi. Nak cerita memang 40 entri pun tak habis. Dahla aku ni jenis malas menulis, kau nak suruh aku tulis pepanjang? Memang tak la kan. Betul lah orang kata, kita kena bergaul dan berpesatuan. Dari situ kita dapat belajar tentang erti kehidupan. Belajar berhadapan dengan perlbagai jenis ragam manusia.

Kau ingat kalangan blogger je perangai macam-macam, antara kami pun bermacam ragam hah. Sebab tu banyak kelab juga aku dah join dan aktif, namun akhir sekali kembali jugak kepada kelab ini.

DARI MANA KITA DATANG, DARI SITU KITA PULANG.

TERBANG TINGGI SI BURUNG HELANG, AKHIRNYA PULANG JUA KE SARANG.

TERIMA KASIH SEMUA. JUMPA LAGI DI LAIN KALI. MAAFKAN KALAU ADA SALAH DAN SILAP 🙂

Koleksi gambar

(Banyak muka aku la sebab blog aku 😛 )

10402763_784420251631437_468239686374377440_n
Yes! i’m the highest walaupun I’m the biggest. Kau rasa?
1461412_784537841619678_2026592627672974963_n
Pecahkan tembikai dan makan dengan sos cili, mayonis, garam dan black pepper.. bluekkk!
1604972_784538661619596_31273434330067506_n
Aktiviti makan eskem, thank you Puan Penasihat sebab belanja..
10155577_879420658749191_4844145855881411778_n
Dugong!
10177318_784536851619777_4356374293198657650_n
Why sooo serius?
10425494_784535224953273_3482976820149884891_n
Pembahagian kumpulan. Kami kumpulan arnab. No wonder la aku kiut macam arnab 🙂
10429222_784417138298415_6668898508730330304_n
War game preparation.
10502372_784421874964608_7852574453742219782_n
Game buat baju daripada kertas.. We win this game 😛
10502461_784534428286686_4133885943692801860_n
Game saya suka awak.. Awak suka saya tak?
10668843_879418252082765_4056357261875564559_o
Mesyuarat agung dugong-dugong sedunia

10805592_784534238286705_6836410660201734325_n 10806446_879418615416062_8497286181746438162_n

10456782_784418971631565_2831412224191537303_n
It’s a wrap guys. Thank you 🙂 See you soon

am: Sedih dan gembira bercampur baur nak mengakhiri zaman belajar ni. ermm

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Hari Keluarga PERSIS UMP 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *