February 7, 2025
Hal-hal Semasa

Kempen #givealittle Oleh #Ambank

Kempen #GiveALittle oleh #Ambank

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai kempen yang tengah berlangsung oleh Ambank iaitu kempen #GiveALittle.

Kempen ini telah berlangsung dari 13 November yang lepas sehingga 30 November untuk fasa satu. Cukup mudah bagi anda yang ingin menyertainya. Hanya kongsikan cara anda untuk memberi sumbangan kembali kepada masyarakat, tak kira lah dalam apa jua cara sekalipun. Yang pasti ianya memberi impak kecil atau besar kepada masyarakat sekeliling anda.

Berikut saya kongsikan kepada anda cara untuk menyertai kempen ini.

1. Layari laman web www.givealittle.my

Muka hadapan laman web www.givealittle.my
Muka hadapan laman web www.givealittle.my

2. Pergi ke bahagian ‘Share An Idea’

Penyertaan boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, Pastikan hashtag #Ambank dan #GiveALittle disertakan
Penyertaan boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, Pastikan hashtag #Ambank dan #GiveALittle disertakan
Penyertaan dalam Bahasa Inggeris
Penyertaan dalam Bahasa Inggeris

Dibahagian inilah anda perlu menulis apa jua idea yang anda ada untuk menjadikan Malaysia ini adalah tempat yang terindah dan terbaik untuk kita diami.

3. Selesai! Anda boleh juga kongsikan kempen ini di facebook mahupun twitter.

Hanya tekan butang share seperti di bawah

Pilihan platform media sosial  untuk berkongsi idea anda.
Pilihan platform media sosial untuk berkongsi idea anda.
Ambank6
Perkongsian di Facebook
Ambank8
Perkongsian di twitter

Oh! Lupa untuk saya nyatakan yang hadiahnya adalah RM250 untuk 100 orang penyumbang idea yang terbaik! Seratus orang. Cukup lumayan. Jom kongsikan idea anda secepat mungkin.

Mungkin kita tidak punya wang berjuta, namun kudrat yang kita ada mungkin dapat menolong mereka yang memerlukan.

AM: Saya sudah menyumbang idea, anda pula bagaimana?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Kempen #givealittle Oleh #Ambank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *