#Perihal Lelaki- Deodorant
Deodorant dan Lelaki
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman. Baiklah pada kali ini kita kembali lagi dalam segmen #Perihal Lelaki. Untuk membaca entri lain berkaitan perihal lelaki bolehlah klik di sini.
Pada entri kali ini ingin saya kongsikan tentang deodorant dan juga lelaki. Deodorant atau nama kampungnya ialah ubat ketiak. Semua jantina saya pasti akan menggunakan deodorant ini setiap kali selepas mandi. Jika tidak memakai deodorant ini pastinya akan menyebabkan diri tidak selesa.
Jom kita saksikan beberapa situasi yang akan terjadi sekiranya anda tidak memakan deodorantv semasa kelaur rumah.
1. Ketiak berpeluh dan kesan peluh terjadi pada baju.
Saya pasti setiap kita akan berpeluh sekiranya banyak melakukan aktviti yang lasak dan berat. Berjalan jauh juga mengeluarkan peluh! Jadi pastikan kita menggunakan deodorant sebelum keluar untuk mengelakkan pekara sebegini dari berlaku. Amatlah tidak molek sekiranya kita mengangkat lengan dan tiba-tiba tompokan kesan peluh kelihatan.
2. Bau busuk/masam/tengik akan dikeluarkan.
Pernah naik LRT pada waktu puncak dan penuh warga asing? Anda faham apa yang saya maksudkan bila waktu sesak sebegini. Pelbagai bau yang akan mudah dihidu oleh kita dalam situasi sebegini. Untuk mengelakkan dari pekara sebegini berlaku pada  diri anda, ambillah secolek deodorant untuk memastikan diri kita kekal segar dan wangi.
Saya pasti kepelbagaian jenis deodorant yang ada dipasaran sekarang memudahkan kita untuk memilih jenis deodorant yang sesuai untuk diri kita. ada deodorant yang jenis roll, stick, dan spray. Pilihlah yang sesuai dengan diri anda. harganya saya yakin mampu dimilikki semua.
Jangan jadikan orang disekeliling kita mangsa bau badan kita. Perihatinlah terhadap orang lain!
AM: Hanya menggunakan deodorant  yang jenis stick. Kulit saya merengsa jika gunakan yang jenis spray dan roll
Betul tu… kalau sehari tak pakai deodorant ni rasa macam tak selesa jer..
Sebab kita berada di Malaysia. cepat berpeluh dengan iklim sebegini
Memang wajib untuk lelaki wangi. Tidak kiralah mengunakan deodorant atau minyak wangi. Saya suka deodorant yang tidak melekit dan sentiasa kering.
Saya pun. Yang jenis cecair ni agak merimaskan..
Typo tu buat aku nak tergelak..hahahaha.. selamat ke makan deodorant? hahaha.. sorry bro gurau, jgn marah.. ^___^
Suka deodorant yang tak bg kesan pada lengan baju.. kalau tak lengan baju boleh tinggall kesan kuning atau putih.
Malunyer! hahaha.. Typo di mana-mana..
Tak pakai deodorent. Pakai bedak talkum je.
Hang takpe pakai bedak pun sebab dah ada bini..
Aoakah tidak membuat ketiak berwarna hitam?