Hari Keluarga PERSIS 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Alhamdulillah berjaya juga aku mengemaskini blog aku ini. hari ini penulisan aku cuma untuk berkongsikan sedikit aktiviti yang aku lakukan pada hujung minggu lepas.
Pada minggu lepas telah berlangsungnnya program Hari Keluarga ataupun dalam bahasa Inggerisnya Family Day untuk kelab aku iaitu Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS). Memang meriah walaupun setiap dari kami mempunyai komitmen lain..
Memang pengalaman yang TIDAK dapat dilupakan. Dari yang muda sampailah yang paling dewasa sibuk dengan kerenah masing-masing. Memang agak happening jugak la. Sampai aku pun naik pening. Pelbagai aktiviti yang berlangsung. Aku ni memang pantang sket jumpa air, terus terasa nak terjun jer. Apepun terdapat sedikit ralat sebab aku tak boleh nak bermain panas sangat. Kulit aku mudah merengsa bila di bawah matahari. Bukan nak cakap aku ni Putera Lilin, namun itulah hakikatnya.
Apepun, bab mandi dalam kolam tu yang paling best..haha3. Kalau kat kampung konform time panas-panas aku berenang kat dalam sungai sambil cari udang.. Tu rutin aku bila di kampung. Memang best. Tapi bila berada di universiti ni semuanya agak terbatas la. Apepun kali ni pertama kali jumpa kolam ni terus la naik semangat. Lama tak berendam la katakan.
Ayuh, rasanya sudah panjang penulisan aku kali nih. Jom kita layan entri bergambar pula…
Aku paling suka part nih, mandi kolaaaaammmm.. Yeah! Bagai platipus berjumpa air.. Memang tak dapat dipisahkan.
Banyak lagi sebenarnya gambar yang ingin aku kongsikan, tapi masa tidak mengizinkan untuk aku upload banyak-banyak..hehe3
Semoga lain kali kita akan berjumpa lagi..
AM: Semoga pertemuan dengan anda semua membuahkan kenangan yang terindah dalam hidup aku.
cbelaa herbalife..;p
Amboi!! Tak habis-habis promote kat aku
sila baca balik ayat kamu yer…
satu pengalaman yang dapat dilupakan….sgt2 xleh blah…pg family day yg best alih2 snang jer lpe….
Haiyoooo!! Silap daa.. Sentap tuan Presiden kita..hohoho
macam best jek tempat tu?
Memang best.. Jemput la datang ek..
Laaa…. apsal gambar gadis dan awek takde yang jelas…. ejas sore boh ….
Semua ni limited edition boh.. Sabik tu takleh nok tunjuk..hehe3
Pingback: Hari Keluarga PERSIS UMP 2014 - amirnawawi