Sebulan Sebuah Buku..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Akhirnya dapat juga aku mengemaskini kembali blog aku yang sudah lama tidak berupdate ini. Bukan malas nak kemaskini tapi terpaksa mengalah dengan laptop aku yang diserang virus.

Lupakan saja kisah itu. Ayuh, hari ini aku nak bercerita mengenai koleksi buku aku sekarang. Alhamdulillah walaupun cukup sibuk sekarang, tapi aku masih lagi berkesempatan untuk membeli buku yang ada dipasaran. Memang wajib bagi aku untuk membeli sebiji buku sebulan sebagai santapan minda untuk aku. Beli buku, bukan PINJAM buku. Sebenarnya aku tidak suka pinjam barang nih. More better if the books is mine..

Jom tengok apakah koleksi buku yang aku beli untuk sepanjang tahun ini. Sudah 5 biji buku aku beli. Memang menarik semuanya. Buku-buku yang aku beli mestilah lain dari buku pelajaran. Buku pelajaran tu memang la kena beli. Ni kiranya buku-buku agama dan juga buku motivasi la.
image

Setakat ni 5 buku yang aku kumpul untuk tahun ini, ini memandangkan sekarang baru bulan 5 kan..hehe.
image

Apepun buku yang terbaru aku beli ialah Ahli Sihir Ke Tali Gantung karya Dr Mahyuddin Ismail. Sebenarnya beliau ni adalah pensyarah aku. Dulu bila dengar undang-undang sihir ni aku gelak jer memanjang. Macam tak logik je nak dilaksanakan di Malaysia. Tapi selepas baca sedikit buku ini aku dapat sedikit pemahaman mengenai hal ini. Aku baru baca separuh, mungkin lepas exam ni aku akan baca sampai habis. Jangan lupa baca review mengenai buku ini di blog ini selepas aku habis baca ya. Memang menarik.
image

Apepun, terima kasih kepada tuan pengarang buku kerana sudi menandatangani buku ini untuk saya. 😛
image

Mungkin ramai yang kata bahawa sebulan sebuah buku ni terlampau sedikit, tapi bagi aku biarlah sedikit asalkan konsisten. betul tak? Tapi buku pelajaran wajib seperti Thermodynamic, Fluid Mechanic tu memang aku wajib baca la.hehe3. Ini untuk ilmu tambahan je.

AM: Berharap agar sebulan sebuah buku ini akan terlaksana oleh aku sampai bila-bila. Untuk santapan rohani dan juga emosi.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Sebulan Sebuah Buku..

  • May 19, 2012 at 12:27 am
    Permalink

    Waaahh..bagus2. Teruskan minat anda mmbaca buku. Buku-buku y saya beli guna baucer dulu pun belum terhabis lagi bca..huhu..

    Reply
  • June 1, 2012 at 3:43 pm
    Permalink

    wah,rajin bro membaca…syabas…membaca jambatan ilmu..tak gitu?

    Reply
  • June 4, 2012 at 1:27 am
    Permalink

    Nampak macam buku “aku kau dan komik”.
    Semua buku yg aku beli “aku kau dan macam2” ni tak best.
    Rasa rugi ja lpas beli , x lawak x best .

    Nnti try beli buku Hulagu Khan atau Bilal Bin Rabah.
    Buku paling best aku penah baca

    Reply
    • June 4, 2012 at 6:35 pm
      Permalink

      Wokeh. Komik tu boleh tahan jugak la. Tapi untuk kanak-kanak tu boleh la.
      Nanti aku try ushya buku tuh. Aku biasa beli buku tentang Muhammad Al Fateh jer.
      Nanti try baca pula buku tuh

      Reply
  • January 19, 2013 at 8:28 pm
    Permalink

    hebat,
    saya pun nak tiru jugak…
    buku yang sudah dibaca ada review tak?

    Reply
    • January 20, 2013 at 7:44 am
      Permalink

      Ada juga yang review dan ada yg tak sempat. hehe3.
      Jemput la buat gak. Membaca jambatan ilmu 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *