October 7, 2024
Hal-hal Semasa

Jualan 72 Jam Mood Republik di PWTC Bermula Hari Ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya nak kongsikan berita gempak dengan anda semua. Almaklumlah raya pun dh nak dekat. jadi kenalah buat persiapan kan?

Untuk makluman semua, Mood Republik di PWTC ini bermula hari ini, 24 Jun sehingga hari Isnin nanti iaitu 27 Jun. Terdapat lebih 600 jenama besar tanah air yang menyertai festival pada kali ini. Dan dijangkakan lebih 1 juta pengunjung bakal berkunjung sepanjang 4 hari penganjurannya.

mood republik

Festival Mood Republik merupakan satu-satunya temasya yang mengumpulkan nama-nama besar dan ekslusif dalam 1 bumbung. Antara jenama besar yang menyertai pameran pada kali ini adalah:

?ROSSA PERFUME LIVE ROSSA
?AIDIJUMA .
?ALTELIA AMANI RTW ( HQ ) .
NAELOFAR HIJAB ( HQ ) LIVE NEELOFA .
?JUBAH SOUQ ( HQ )
?EMMA MAEMBONG BUBBLE SOAP ( HQ ) LIVE EMMA MAEMBONG
CREACION ( HQ ) LIVE DATO SITI NURHALIZA
PRECIOUS PERFUME LIVE ROZITA CHE WAN
?ZAPATOS MEN’s SHOES LOVE ZAIN SAIDIN
?SUGARSCARF ( HQ )
?FYNN JAMAL RTW ( HQ ) LIVE FYNN JAMAL
ANZEL HAIR ( HQ ) LIVE ANZALNA NASIR
?DHANIA ( HQ )LIVE DIDIE ALIAS cum MC OF THE YEAR
?WA CLOTHING ( HQ )LIVE WAWA ZAINAL & AERIL ZAFRIL
SCHAWLARA ( HQ ) LIVE AWAL ASHARI & SCHA AL YAHYA & LARA ALANA IMAAN BOUTIQUE ( HQ )
?PALING COMEL ( HQ )LIVE SITI NORDIANA MINIMALACE ( HQ ) .
?TUDUNGPEOPLE ( HQ ) .
?MF SHAWLS LIVE MIRA FILZAH
?COOKIES LIVE SAHARUL RIDZWAN
IZZUEXCLUSIVE LIVE IZZUE ISLAM
?RARA COOKIES LIVE ERRA FAZIRA .
?CAKENIS LIVE HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN
BY REMY ISHAK LIVE REMY ISHAK
?ALFIO RALDO ( HQ )
?HOUSE OF DRE ( HQ )LIVE AYDA JEBAT BOKITTA HIJAB ( HQ )
?AMJIFA EXCLUSIVE ( HQ )LIVE AMAR BAHARIM
?TUDUNG RUFFLE ( HQ )
✨HIJAB REVIVAL ( HQ ) LIVE AMEERA ZAINI
?FURBY & SUGAR FOR MEN ( HQ )
?BY FATIN SUHANA
?JELITASARA(HQ)
✨GAYEKINISHA
?DEWI SOFIEA
✨LOSRAVELDA
?ANGGUN ZARA .
?TELEKUNG SITI KHADIJAH
?RAYYANHAYA
?JANNAH NOE .
✨BMO .
?MODVIER

Dan ramai lagi para usahawan tempatan yang menyertainya. Wah! Dan yang paling utama kesemuanya adalah usahawan bumiputera tempatan.

Buat kali pertama dalam sejarah, Mood Republik membuat kejutan dengan menampilkan artis popular luar negara iaitu Rossa yang turut menghiburkan pengunjung serta membuat jualan di boothnya Rossa perfume.

mood republik 2

Bukan itu sahaja, RM50,000 wang tunai bakal menghujani lobi PWTC pada pembukaan festival dan bersedia untuuk direbut pengunjung sebagai tanda terima kasih Mood Republik kepada pengunjung setia. Bukan itu sahaja, lebih 100,000 goodies bag disediakan kepada para pengunjung yang pertama hadir ke festival ini. Wah! Makin meriah la jawabnya.

mood

Mood Festival ini bakal berlangsung di Dewan Tun Razak 1 & 2 PWTC. Lokasi ini dipilih untuk memudahkan para pengunjung menghadiri festival ini kerana venue berdekatan dengan stesen LRT disamping akses kemudahan awam lain yang baik.

Jadi jom kita sama-sama memeriahkan lagi festival Mood Republik pada kali ini. Bawa duit banyak-banyak k!

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Jualan 72 Jam Mood Republik di PWTC Bermula Hari Ini!

  • Nampak best ni!.. Macam-macam ada dijual dekat Festival Mood Republik…. Cuma macam tak kesampaian jer nak ke sana… huhuhu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *