Sup Terbaik di Bufet Ramadan Awana Genting Highlands
Sup Terbaik di Bufet Ramadan Awana Genting Highlands
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan tentang bufet Ramadan di Awana Hotel Genting Highlands. Oh ya! ini kali kedua saya bertandang ke sana.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihidangkan merangkumi masakan tempatan, barat, India dan pelbagai lagi yang pastinya menarik minat anda untuk menikmatinya. Mana tidaknya kalau semua masakan enak tersedia di depan mata, pastinya minda kita tidak mampu menahan godaan hebat ini.
Antara menu yang dihidangkan adalah penne blognaise, rendang paru, kari kepala ikan, ikan kukus, ayam goreng berempah, chickpea masala, sayur campur, dan juga kangkung belacan. Bukan itu sahaja, menu lain yang dihidang adalah lasagna, opor daging, jhigha marsala, puyuh goreng, ikan masam manis, sayur pakora, dan kailan ikan masin.
Salah satu antara makanan kesukaan saya bila ke sini adalah seleksi sup mereka. Ya! Saya merupakan peminat sup dan pergi sahaja ke mana-mana bufet makanan utama yang akan saya jamah adalah sup. Jadi sebut sahaja sup dimana yang best, saya pasti mengunjunginya.
Namun di Restoren Rajawali Awana ini sememangnya ohsem! supnya pekat dan segala perasanya memang umphh sekali untuk dimakan. Jadi tidak hairanlah jika setiap tahun saya menunggu untuk makan sup mereka di sini. yang paling menjadi kegemaran saya ialah sup urat keting! Tak pernah makan? Anda wajib cuba sendiri dan anda akan sedar akan keenakkannya. Dengar kata sup ini pernah masuk dalam salah satu stesen televisyen. No wonder la sedap!
Tidak hanya sup urat keting, terdapat seleksi lain yang boleh anda pilih, antaranya ialah perut, daging, paru dan ada juga sup gear box. Yang ni kena ambik sendiri dalam periuk sup tu ya. Psss ni tak ramai yang tahu. Terhad ni..hahaha. Seleksi sup pula ada 2 yang boleh anda pilih. Ada sup daging lembu biasa dan juga ada sup daging kambing. Jadi pilih sahaja yang mana kegemaran anda.
Banyak lagi sebenarnya menu utama yang disediakan di sini, namun nak cerita banyak pun tak guna kalau anda semua tak datang merasai sendiri. Selain itu juga banyak disediakan kuih muih untuk dinikmati. Dah macam syurga kuih pula kat sini. Meja besar itu penuh dengan kuih tradisional. Sebut sahaja, lopes, pulut, puding dan banyak lagi.
Pilihan air pula adalah air bandung, sirap selasih, teh lemon ais, teh tarik panas, air tongkat ali dan pelbagai kordial lain seperti tebu, laici dan sebagainya. Sedap weh. Minum sampai penuh perut.
Dibuka setiap hari sepanjang Ramadan bermula pukul 6 petang sehingga 9.30 malam, restoren Rajawali ini menawarkan pelabagai variasi makanaan pada harga hanya RM100 untuk dewasa, RM80 untuk warga emas dan RM50 untuk kanak-kanak. Yang penting Restoren Rajawali Awana ini disahkan halal oleh JAKIM.
Untuk sebarang maklumat lanjut beserta tempahan bolehlah menghubungi 03-27181118 ataupun layari ke www.rwgenting.com
AM: Direkemen untuk datang ke sini. 5 bintang!
sedap sup dia… urat keting tu lagi sedap sbb lembut…
Ya. Memang sedap. Rugi ooi kalau tak makan
Perghhh time tengah puasa ni tengok semua ni, tertelan air liur..
Telan airliur takpe, tak batal puasa..hehehe