Power Rangers Menyelamatkan Genting Highlands
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan keterujaan saya dalam menonton persembahan hebat Power Rangers di Genting Highland baru baru ini. Woooow!
Untuk makluman semua, saya merupakan peminat setia Power Rangers. Mana tidaknya kalau dulu hari Sabtu jam 5.30 petang memang akan terpacak depan TV sebab itu adalah masa untuk tayangan cerita Power Rangers ini di tv tempatan. Menarik ooi. Tambah tambah lagi kalau tengok dengan sepupu sepapat. Memang kecoh ibarat kami yang bertarung dalam cerita tersebut.
Lagi best bila bab chop chop nak kaler ape. Ramai yang pilih merah la sebab tu ketua. Kalau ada hitam dan gold itu lain pula. Kan Power Rangers ni banyak jenis. Jadi kali ni, Power Rangers yang datang ke Genting Highlands ada 2 jenis dan salah satunya Dino Charges.
Produksi ni merupakan pertama kalinya diadakan di Asia Tenggara dan menelan kos jutaan Ringgit. Jadi boleh bayangkan tak betapa fantastiknya persembahan yang bakal mereka persembahkan. Overwhelming kami yang kat dalam dewan tu bersorak sekali. Memori zaman kanak-kanak la katakan.
Persembahan langsung kali ini adalah berkenaan Power Rangers Mighty Morphin yang bertugas untuk menyelamatkan bumi daripada gangguan penjahat. Konfirm la kan kalau ada hero mesti ada penjahat kan. Penjahat kali ini adalah Poisandra.
Memandangkan kuasa yang ada pada Power Rangers Mighty Morphin ini tidak begitu kuat untuk melawan Poisandra , maka muncul la bantuan daripada Power Rangers Dino Charge. Mereka bersatu tenaga melawan Poisandra. Nak cerita semua pun rasa macam tak best pulak kan? Korang kena tengok la sendiri plot mereka bagaiamana. Memang menyeronokkan. Percayalah cakap saya yang ktia dewasa ni lagi kuat bersorak dari kanak.
Tiket untuk persembahan ini bermula daripada RM 68 sehingga RM108 untuk VIP. Memang menarik weh bila Power Rangers dan penjahat tu datang tempat kita. Rasa memang teruja nak gigit penjahat tu. Harga diskaun sebanyak 10% untuk pemegang kad Genting Rewards.
Selain itu juga, diadakan fans meet bersama Power rangers di Time Square stage, Power Rangers Activation Booth, kawasan Genting International Showroom dan juga Genting Grand Lobby pada pukul 12 tengahari dan 7.30 malam.
Bukan itu sahaja, ada juga jualan merchendise istimewa Power Rangers seperti t-shirt dan figurin. Bagi yang menonton pula, diadakan sesi bergambar sebelum dan selepas show untuk anda membawa pulang kenang-kenangan. Saya pasti sampai ke tua anak anda akan mengingati moment moment manis mereka di sini.
Power Rangers, I love you. You are my childhood heros!
Dan selain dari pertunjukkan Power Rangers, anda juga boleh turut serta dalam pameran Ice Age, Spacetastic Adventure with Ice Age: Collision Course. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda. Buat peminat Ice Age, memang sesuai la aktiviti ini untuk anda. Ada pameran, sesi bergambar, aktiviti menarik pun ada. Siap menguji pengetahuan am anda lagi..huhu
Dan yang paling penting, anda boleh menang sehingga RM3000 dengan menyertai peraduan yang dijalankan oleh pihak mereka. Wah!
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi 03-27181118.
bila tengok power rangers, teringat masa zaman muda2 dulu..
Saya pun., Tapi sekarang pun masih ada rasanya di TV
saya suka warna merah, red ranger 🙂
Mesti sebab dia ketua kan? hehehe