Tiada Gas? Guna Sahaja Aplikasi GrabGas

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan satu teknik atau tips yang pastinya berguna untuk kita semua.

Mana tidaknya, saya pasti semua isi rumah menggunakan gas untuk memasak. Kecualilah kalau rumah bujang, yang itu saya tidak pasti. Namun yang pasti, setiap rumah wajib ada gas memasak bukan? Rumah saya turut ada. Bila menggunakan gas memasak dalam tong ini, pastinya ada masa ia akan kehabisan jua.

Ini la masalah yang saya yakin menghantui kita semua. Bila dah habis ini la yang menyusahkan. Nak angkut lagi, nak mencari kedai lagi. Kat bandar ni serius memang susah nak cari. Kalau saya yang berada di taman perumahan ini maunya kena pusing ke taman lain untuk mendapatkan bekalan tong gas yang baru.

grabgas 3

Itu belum lagi kira yang duduk rumah flat atau kondo. nak mengangkut tong gas itu turun naik memang memenatkan. Nak tak nak memang kena buat juga. Kalau tidak memang tak berasap la dapur kita kan? Tambah lagi bulan puasa ini, memang tak larat la nak buat semua tu.

Jadi kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua satu cara untuk memudahkan urusan pembelian tong gas anda yang baru. Cara tersebut ialah dengan menggunakan aplikasi GrabGas. Tak pernah dengar tentang GrabGas?

Mari sini baca penulisan saya ini. memang saya tulis khas untuk memahamkan anda apa itu Grabgas ini. GrabGas ini adalah satu aplikasi yang dibina untuk memudahkan urusan pembelian/pertukaran gas anda. Bila gas di rumah anda habis, pesan sahaja melalui aplikasi GrabGas ini. Mudah kan? Pergi sahaja ke www.grabgas.com

grabgas

Tak payah sibuk-sibuk mencari tempat penjualan, bawak tong gas turun naik tangga, telefon pembekal dan sebagainya. Hanya masukkan input-input yang diperlukan di GrabGas.com ini dan siap! Nanti sahaja gas anda akan sampai ke depan pintu rumah anda.

grabgas 1 grabgas 2

Buat masa sekarang, hanya dua jenis gas sahaja yang disediakan iaitu gas Petronas dan juga Petron. Ianya seberat 14kg ataupun 12kg. Jadi buatlah pilihan anda.

Untuk membuat tempahan ataupun maklumat lanjut bolehlah ke

Laman web: http://www.grabgas.com/

Facebook: https://www.facebook.com/grabgas

Semoga info ini dapat membantu meringankan tugasan anda di rumah..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Tiada Gas? Guna Sahaja Aplikasi GrabGas

  • June 16, 2016 at 8:28 am
    Permalink

    Menarik aplikasi Grabgas ni… Lepas ni senang lah nak beli tong gas atau nak tujar tong gas bila dah habis… 😉

    Reply
  • June 16, 2016 at 8:58 am
    Permalink

    bagus kalau kawasan yang diliputinya luas..

    Reply
    • June 19, 2016 at 3:49 am
      Permalink

      Mereka masih dalam fasa awal. Mungkin selepas ini akan diperluaskan servis mereka 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *