December 9, 2024
Food

Bufet Ramadan Terbaik di Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya berkongsi dengan anda semua Bufet Ramadan Terbaik di Putrajaya.

Jika sebelum ini kita saksikan pelbagai jenis makanan disajikan di bufet Ramadan yang lain, namun kali ini sedikit berbeza dengan yang lainnya. Lokasi yang ingin saya bawakan kepada anda kali ini adalah di Dewan Seri Endon Puspanita Puri Presint 10 Putrajaya. Terdapat pelbagai menu menarik yang pastinya membuatkan airliur anda meleleh nanti yang disediakan oleh Azam Pandan Sdn Bhd.

dewan seri endon

‘Garden & lake BBQ’, ‘ Authentic Malay Buffet’, .dan Warong Concept’

Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan di bufet Ramadan ini. Lebih dari 200 menu termasuk 36 jenis yang berkonsepkan warung. Kalau anda pergi ke sini memang meriah. Penuh segenap ruang anda akan dapati warung makanan yang ala-ala bazar Ramadan. Tapi kat sini anda boleh ambik je seberapa banyak makanan dari ‘bazar’ ini kerana semuanya telah termasuk dalam pakej.

bufet bufet 2

Saya sendiri telah merasa makanan yang disediakan, dan apa yang boleh saya katakan makanannya superb! Memang berbaloi kalau datang bufet Ramadan kat sini. Mana tidaknya harga murah dari hotel namun sajiannya setaraf dengan hotel-hotel terkemuka. Antara menu yang akan anda nikmati adalah,

Kambing bakar, kambing kuzi, BBQ, ketam bakar, sate, ikan bakar, ayam percik, ayam golek madu, gulai kawah, bubur lambuk, cendol, behon sup utara, kari asam pedas kepala ikan, nasi mandy, kambing golek dan banyak lagi.

Tu belum masuk makanan yang ada tersedia di warung warung di sekitar dewan. Mau pening kepala kalian nak pilih makanan. Antara makanan yang tersedia adalah:

Sup tulang, soto, sup kambing, salad, pasta, lasagna ayam, roti john, goreng cempedak, goreng pisang, masak lemak salai, ikan keli berlada, telur itik masak lemak dengan belimbing buluh, masak lemak nenas, ikan masin, asam rebus keladi, siput masak lemak, ikan kembung rebus dengan air asam, ayam kuzi, daging masak merah, pucuk manis dengan keledek, roti jala kari ayam, kailan ikan masin dan banyak lagi!

Saya nak tulis satu-satu memang tak boleh sebab banyak sangat. Jadi kalau anda nak rasa sendiri, kenalah datang ke bufet Ramadan ni ya.

Jom kita saksikan sendiri kemeriahan makanan yang ada dalam bentuk gambar pula. Jom jamu mata anda dahulu.

udang masak merah sup sup spegeti nasi mandy lamb kabsah satey satey ayam terbaik ketam bakar daging rendang daging kicap bufet ramadan putrajaya 3 ayam masak merah bakso ayam kurma ayam goreng crispy ayam golek

Amacam? Menarik bukan? Tu belum tengok lagi yang lain lain. Terdapat beratus-ratus lagi menu lain yang tak sempat saya tangkap gambar. Terlampau gelojoh nak berbuka katanya. Namun apa yang saya boleh katakan, memang ini menu Melayu asli!

Jom kita saksikan seleksi pencuci mulut yang boleh anda nikmati di sini.

apam balik bufet putrajaya bufet ramadan putrajaya 2 bufet ramadan putrajaya kek fondant

Dengan hanya RM72 untuk dewasa dan RM36 untuk kanak-kanak sememangnya berbaloi baloi untuk dinikmati weh. Serius wa tak tipu sama lu. sampaikan saya dok berborak dengan kawan-kawan, betulkah harga mereka semurah ini dengan seleksi yang disediakan ini.

Jadi untuk anda semua yang ingin merasai sendiri keenakan dan kemeriahan warung-warung bolehlah berkunjung ke Dewan Seri Endon Puspanita Puri ini. Kawasannya pun luas dan selesa. Surau dan parking turut disediakan. Tak usah bimbang akan pekara itu.

dewan seri endon 3 dewan seri endon 2

Berikut adalah maklumat yang anda perlukan:

Bufet Ramadan De’ Seri Endon

(F&B diuruskan oleh Azam Pandan Sdn Bhd)

Puspanitapuri Putrajaya 

Persiaran Seri Perdana,

Presint 10 Putrajaya

6 Jun-2 Julai 2016

RM72 (Dewasa), RM36 (Kanak-kanak)

Untuk tempahan hubungi:

03 78400516/78430617

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Bufet Ramadan Terbaik di Putrajaya

  • Wah ! Ada buffet ramadhan rupanya kat puspanita ni.. Aduiik… Baru tau..

    Reply
    • Ya. Meriah dengan pelbagai pilihan makanan. Dan harga pun memang murah banding tempat lain sepertinya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *