Negara-negara Yang Saya Lawati Sepanjang 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi beberapa tempat menarik yang telah saya kunjungi sepanjang tahun 2017.
Ya! Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas. Semoga tahun 2018 ini memberikan lebih banyak kenangan yang manis dalam hidup kita semua. Setelah 2017 berakhir, ayuh recap semula destinasi menarik yang telah saya kunjungi sepanjang tahun lepas.
Ya lah kalau tak tulis macam ini, saya sendiri berkemungkinan akan lupa. Jadi alang-alang untuk mengingatkan diri sendiri, alangkah baiknya kalau saya berkongsi dengan anda semua bukan?
Sepanjang tahun 2017, tak banyak negara yang saya kunjungi. Hanyalah beberapa negara tetangga sahaja. Belum berpeluang untuk pergi jauh. Lagipula ada beberapa faktor yang menghalang untuk saya merantau jauh. Antara negara yang telah saya kunjungi adalah seperti biasa Indonesia, Thailand dan juga China.
1.Indonesia
Untuk permulaan awal tahun 2017, saya bersama rakan-rakan telah berkunjung ke negara seberang iaitu Indonesia. Lebih tepat lagi Bali. Berkunjung buat kali pertama ke Bali memberi saya perspektif yang berbeza mengenai negara Indonesia. Keberagaman mereka terserlah bila saya berkunjung ke sini. Dengan populasi yang lebih 90% beragama Hindu memberikan keragaman yang lain dalam penduduk Bali ini.
Apapun berkunjung ke Bali memang menarik dengan pelbagai destinasi menarik untuk anda terjahi. Memang instagramable!
2. Thailand
Negeri yang bersempadanan dengan negara kita ini memang mudah untuk kita terjahi. Apapun tahun ini saya telah berkunjung ke negara ini menggunakan 3 jenis pengangkutan iaitu melalui air, darat dan udara. Nampak banyak kali bukan?
Saya telah ke Bangkok menggunakan laluan udara dan mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Manakala melalui darat dan keretapi pula saya ke Hatyai. Laluan air pula, saya menggunakan kapal persiaran (cruise) ke Phuket Thailand! Ya! Cukup pengalaman!
Apapun negara jiran ini memang menarik untuk dilawati dengan pelbagai makanan menarik yang kena dengan selera saya. Cari sahaja yang halal dan makan. Gemuk? Tak payah la fikirkan tentang itu.
3. China
Ini adalah trip saya yang pertama ke negara tembok besar ini. Lagi menggembirakan adalah bila ke sini seorang diri. Dapat rancang perjalanan sendiri. Dari menempah penerbangan hinggalah memohon visa.
Saya telah berkunjung ke China bahagian tengah iaitu Xi’an di Wilayah Shaanxi. Lebih memberikan nostalgia adalah dengan kepelbagaian makanan yang terdapat disini. Lebih-lebih lagi kat sini banyak orang Islam. Jadi tak hairanlah kalau banyak yang saya makan. Porsi mereka juga besar. Memang sesuai untuk sesiapa yang kaki makan berperut besar.
Itu sahaja perkongsian ringkas mengenai trip saya di luar Malaysia. Di dalam Malaysia banyak lagi la. Dari Perlis sampai ke Sabah semua negeri telah saya lawati sepanjang 2017 ini (kecuali Sarawak).
Dalam perjalanan saya tahun 2-17 ini memberikan lebih persepektif yang berbeza tentang kehidupan ini. Tentang keragaman bahasa, budaya dan adat resam. Perbezaan tidak menjadikan kita jauh, malahan lebih mendekatkan lagi.
Saya lebih terfikir apabila melihat orang lain yang sewarna kulit dan mirip dengan saya namun tidak mempunyai satu akidah yang sama (Bali, Indonesia) , di suatu tempat lain pula saya lihat mereka yang jauh dari saya namun berkongsi akidah yang sama (Xi’an China) . Allahu! Itulah lebih memberi ragam dalam kehidupan kita di dunia ini.
Di lain entri saya akan kongsikan pula tempat menarik di dalam negara yang telah saya kunjungi yang tidak kurang hebatnya.
Salam sayang dari saya dan salam 2018!
Hebat abam ni. Kita belum mampu nak ke Xian lagi.
Pergi la kak. Murah sahaja sekarang. Kos kat sana pun tak tinggi
Tahniah dapat melawat 2 negara dalam masa 1 tahun..
3 negara bang.. huhuhu.
Untung la buleh jale ghato-gheti.
Demo meme hebak! Kawe salute!
Hari tu la. Lonih takleh dah. Duit tak banyak..hahaha
i am from indonesia… kenapa tak bilang kalau datang ke indonesia.. q ajak traveling lain tempat.. bali udah terlalu mainstream… hehe…
Juni indonesia bahagian mana?
Nak tanya adik Amir ada contact yang boleh saya gunakan servisnya untuk menjadi tour guide di Palembang? Kak akan ke sana dari 17-20 Feb ini. I’m a solo traveller.
Maaf kak. Saya pun pergi on the spot juga tempoh hari. Sekadar guna khidmat kawan-kawan kat sana sahaja.
Terima kasih ya, Amir. Kak dah dapat contact di sana. Have a good day!
Pingback: Tempat Makan Halal di Seluruh Thailand - AMIRNAWAWI