Index Hubungan Prudential – Bahagiakah Anda?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang Index Hubungan Prudential.
Sebelum saya bercerita lebih lanjut, anda boleh saksikan dahulu video di bawah untuk pemahaman awal anda.
OK, sudah tonton video di atas, mari saya terangkan apa itu Index Hubungan Prudential ini. Indeks Hubungan Prudential (PRI) adalah kajian untuk mengetahui apakah perkara yang penting dalam hubungan peribadi di seluruh Asia.
Kenapa perlu buat kajian bagai ini semua? Penting ke?
Penting awak semua. Ini adalah satu kajian untuk mendapatkan maklumbalas soal selidik tentang kebahagian kita dalam perhubungan di negara ini. Berdasarkan kepentingan hubungan kepada kebahagian seseorang, kesejahteraan dan panjang umurnya, PRI menawarkan pemahaman dan maklumat mendalam tentang hubungan: bagaimana menjadikannya lebih kukuh, baik dan memberi lebih kepuasan.
Jadi bahagiakah kita di Malaysia ini?
Itu persoalan pertama yang akan muncul dalam benak fikiran kita semua. Indeks Hubungan Prudential 2017 bagi Malaysia adalah 68/100. Ini bermakna, secara puratanya hubungan asas manusia memenuhi 68% daripada keperluan yang mereka ingini. Sebaliknya, keputusan ini mendedahkan bahawa terdapat “jurang hubungan” sebanyak 32% di Malaysia. Skor bagi 2017 menunjukkan kejatuhan 3 mata daripada skor Malaysia pada 2016 (68/100).
Tahun lepas, kita memperolehi skor sebanyak 71/100. Namun untuk kali ini, kita turun 3 mata kepada 68/100. Penurunan ini meletakkan kita di tangga yang ke 6 daripada negara Asia yang menyertai soal selidik ini.
Indeks Perhubungan Prudential 2017
Jadi dalam laporan yang dikeluarkan oleh pihak Prudential ini, banyak benda yang disentuh dalam mewujudkan hasil dapatan laporan ini. Namun kali ini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai teknologi dan juga pengurusan kewangan.
Baiklah untuk teknologi, saya yakin kita semua sedar yang sekarang nak atau tidak, kita terpaksa mengikut apa jua perkembangan teknologi untuk memastikan kita seiring dengan peredaran zaman.
” Ala, zaman dahulu boleh saja hidup walaupun teknologi tidak seperti sekarang.”
Ya, saya akui orang zaman dahulu hidup sahaja walaupun takpa teknologi yang maju, namun itu dahulu. Sekarang dan dahulu juga jauh berbeza. Teknologilah yang menjadikan hidup kita lebih senang dan menjadikan apa jua pekerjaan kita lebih mudah.
Namun tahukah anda yang telefon yang mendekatkan hubungan yang jauh ini juga mampu menjauhkan orang yang dekat dengan anda?
Sebagai contoh penciptaan telefon. semua tahu bahawasanya dengan telefonlah kita mampu menghubungi orang yang jauh beribu batu dengan mudahnya. Namun tahukah anda yang telefon yang mendekatkan hubungan yang jauh ini juga mampu menjauhkan orang yang dekat dengan anda?
Menurut laporan ini 62% lelaki dan 50% wanita berkata mereka lebih banyak menghabiskan waktu daripada pasangan mereka untuk melihat telefon. Dengan perlakuan ini akan menjadikan mereka jauh dengan pasangan mereka walaupun ianya berada dekat di sisi.
Di dapatan lain kajian juga menyatakan 56% percaya waktu yang dihabiskan di telefon bimbit memberi kesan negatif terhadap hubungan sesama keluarga. Sekarang teknologi juga boleh menjadi musuh dalam perhubungan. Lebih separuh daripada responden menyatakan demikian.
Saya juga tidak terkecuali. Bilamana saya bersama rakan saya bila di kedai makan, apabila telefon mengeluarkan notifikasi, saya lebih cenderung untuk melihat telefon saya berbanding kawan sendiri yang ada di depan mata! Ya, ini adalah pengaruh teknologi yang memang menyakitkan. Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti hidup kita sekarang.
Oleh yang demikian 84% daripada rakyat Malaysia bersetuju bahawa sesetengah keluarga menghabiskan terlalu banyak masa di telefon daripada berbual sesama sendiri – dengan bahagian paling besar berpendapat sedemikian daripada kesemua sembilan negara yang dikaji pada 2017. 85% berpendapat bahawa waktu makan akan menjadi lebih baik jika semua orang mematikan telefon mereka.
Setuju?
Saya sendiri memang bersetuju. Semoga dengan ini dapat memastikan komunikasi 2 hala yang jelas dengan insan yang ada di depan kita berbanding telefon! Hargailah apa yang ada di depan mata kita.
Baiklah berikut adalah persetujuan kesan teknologi kepada kehidupan kita mengikut pendapat rakyat Malaysia.
Pengurusan Kewangan
Untuk pengurusan kewangan ini, semua kita tahu bahawasanya zaman sekarang memerlukan pengurusan kewangan yang teliti bagi memastikan ianya sustain untuk hari-hari yang seterusnya. Ramai orang di Malaysia ini yang hanya gaji cukup untuk dapatkan gaji yang terusnya. Maksudnya, cukup untuk makan sehari-hari sahaja tanpa ada untuk simpanan.
Saya juga tidak terkecuali. Mana tidaknya, dapat sahaja gaji bulan ini, dah mula fikir bila nak dapat gaji bulan depan. Itulah pentingnya pengurusan kewangan ini. Supaya tidak sesak di tengah bulan. Dah yang paling penting, dapat menabung untuk kegunaan masa hadapan!
Tapi itulah, zaman sekarang memang menjadi satu keperluan untuk mempunyai pendapatan yang kukuh untuk meneruskan hidup sehari-hari. Tak kata kat orang lain, saya sendiri juga melalui hari-hari sukar.
Menurut dapatan kajian PRI, berbanding dengan negara Asia lain, pasangan di Malaysia adalah secara relatifnya tidak akan berkongsi tanggungjawab kewangan sesama sendiri. 32% daripada pasangan di Malaysia mengumpul sumber kewangan mereka – bahagian kedua paling rendah dalam kalangan 9 negara yang dikaji selepas Singapura. 17% tidak mengumpul apa-apa sumber secara bersama dan mengasingkan urusan kewangan mereka.
Namun yang paling utama bila bercakap tentang pengurusan kewangan ini adalah, cukupkah duit yang kita simpan untuk hari tua kita?
Cukupkan duit yang kita ada untuk bersara?
59% berkata mereka bimbang tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan, dan 25% bimbang menjadi beban kepada keluarga mereka. Bercakap soal wang, memang patut untuk dirasaukan.
Berikut adalah matlamat utama kewangan bagi warga Malaysia yang mengambil bahagian.
Jadi cukupkah duit anda sekarang untuk bersara? Saya masih belum mencukupi. Jauh dari cukup!
Secara ringkasnya, berikut adalah Index Perhubungan Prudential.
Untuk anda yang ingin mendapatkan laporan penuh mengenai kajian Index Perhubungan Prudential 2017 ini bolehlah tekan di pautan di bawah.
Index Perhubungan Prudential 2017
Soalan terakhir saya untuk anda semua pula,
Bahagiakah Anda?
Semoga berjumpa lagi!
” Ala, zaman dahulu boleh saja hidup walaupun teknologi tidak seperti sekarang.”
I agree.. 😀
Ya. Zaman sekarang aje yang lain.
Bahaya benar kita semua dengan telefon dari dekat boleh jadi jauh, berberapa tahun lepas masa tengah demam coc, Ada juga dengar sampai jadi perbalahan laki Bini disebab kan game coc ini.
Ya. Anak boleh hilang dengan ketagih teknologi ni
Agree 100%. It does affecting our relationship. Semoga kita tidak jauh dari anak2.
Ya. Moga keluarga kita close and nice to each other
Setuju. Skrg mmg banyak habiskan masa dgn telefon. Kalau gathering pon handphone jugak yg dicapai. Sedih ! Tp itulah realiti
Ya. Seluami isteri pun tak terkecuali. Ish! Apa nak jadi dengan komuniti kita sekarang.
Lepas ni kalau makan, phone kena letak tepi.
Haha gadget2 ni memang tak dinafikan sebenarnya boleh menjarakkan hubungan. Selalu klu balik kg, perasan yg mak ayah mcm tak suka klu anak2 duk hadap gadget je. Dorang org tua terasa mcm x dilayan. Sebab tu smpai skrg mmg tak pasang wifi kat kg. Takut menjadi2 pulak situasi tu klu pasang wifi.
Itu la. Balik kampung tapi masing-masing menghadap phone. Terasa jarak jugak la komuniti kita sekarang
Hahahha skrg telefon dan manusia xdpt dipisahkan… even anak2 kecik dah pandai…
Sebab itu kita sebagai orang dewasa kena control benda ni
Sekarang zaman teknologi dan gadget sampai kita pun selalu leka menggunakannya
Setuju. Sampai tak ingat family pun ada
Setuju dgn pendapat ini telefon memisahkan keakraban keluarga sbb masing masing sebuk menatap telefon di tangan esp anak-anak skg..
Kan kak. Sebab teknologi ni lah byk keluarga yg makin menjauh
Kita pun da jadi mcm robot kan sebenarnya