Movie Animation Park Studios (MAPS) Meraikan Anak-Anak Istimewa
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Movie Animation Park Studios (MAPS) dan anak-anak KIWANIS.
Untuk makluman semua, pada awal cuti sekolah akhir tahun yang lepas, MAPS telah mengadakan sambutan bersama anak-anak yatim dan anak istimewa sehari di MAPS. Seramai 520 penyertaan untuk program pada kali ini.
Untuk makluman semua, program ini merupakan program tanggungjawab sosial (CSR) MAPS dengan kerjasama pihak KIWANIS Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang berbeza kepada anak-anak ini dengan pengalaman bermain di dalam taman tema MAPS ini.
Semua sudah sedia makulm bahawasanya MAPS ini menampilkan pelbagai tarikan untuk dinikmati oleh para pengunjung tidak kita usia. Kanak-kanak dan para penjangga juga tidak berkecuali mampu bergembira jika berada di dalam ini. Ini kerana sepanjang pembukaannya selama 4 bulan, seramai 150,000 pengunjung telah datang ke sini.
Di sini terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk anda kunjungi iaitu seperti Boboiboy, Stunt Legends, The Smurf dan banyak lagi. Jadi ianya memang sesuai untuk semua.

Setelah penat belajar, masa cuti sekolah sebeginilah sesuai untuk anak-anak kita menghilangkan penat belajar dengan bergembira dengan permainan yang disediakan . Masa cuti sebeginilah untuk mereka tenangkan fikiran sebelum kembali belajar pada tahun hadapan.
Tidak hanya di sini, namun sebenarnya majlis satu hari bersama KIWANIS ini juga dilangsungkan di banyak negara oleh 600,000 Kiwanians.
“Pada hari ini, kita bersama-sama melaksanakan projek yang mampu memberikan manfaat kepada ratusan malahan ribuan anak-anak. Semoga dengan kerjasama erat yang diberikan oleh pihak MAPS, kita dapat menyaksikan anak-anak ini bergembira dan memberikan pengalaman indah dalam hidup mereka”, Jeffrey Hanifiah, Ketua Pegawai Pemasaran MAPS.

Menurut Gabenor KIWANIS, Dr Mario del Castillio pula, ” Apa yang boleh kita berikan kepada anak-anak kita adalah kenangan indah dalam hidup mereka, contohnya zaman kecil mereka, bagaimana mereka menghadapinya. Dengan ini mereka akan mengingati dan tahu bahawa mereka ini disayangi, dijaga dan dilindungi.”
Tidak hanya dengan ini, sebelum ini juga pihak MAPS juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti CSR yang lain seperti lawatan ke wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun bersama Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim, Majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak istimewa Sekolah Semangat Maju Ipoh, dan Majlis Sehari Bersama Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.
Buat anda yang ingin datang ke MAPS Perak, amatlah digalakan kerana tempat ini amat sesuai untuk seisi keluarga di samping tempat yang kondusif untuk pelbagai peringkat usia.
Jom ke MAPS!
Menarik taman tema macam ni. nanti nak kesana lagilah
satu lagi destinasi masuk dalam list…macm menarik je tempat ni
Ya. Anda kena pergi bersama keluarga. memang menarik