Sembang Santai Bersama Menteri KPDNKK
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai apa perkongsian yang telah saya dapat sewaktu program Sembang Santai Bersama Menteri KPDNKK tempoh hari.
Untuk makluman smeua, pada zaman sekarang ini terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para penduduk Malaysia. Isu mendesak yang paling hangat adalah isu kenaikan harga barang. Permasalahan kenaikan harga barang ini semestinya melibatkan semua rakyat. Ada yang katakan ianya disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan ( GST).
Oleh yang demikian, kementerian yang bertanggungjawab dalam permasalahan rakyat tentang kenaikan harga barang keperluan harian ini adalah Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Malaysia. Menteri yang diberi tanggungjawab untuk memikul tugas ini adalah Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Melalui kementerian ini, YB Menteri dan kakitangan mereka mencari mekanisma terbaik dalam membantu rakyat bagi menghadapi permasalahan ini. Tak kiralah dari sudut mana pun. Bagi pengguna, pelbagai cara yang dicadangkan oleh pihak kementerian bagi membantu rakyat.
Ada yang bertanya, bagaimana jika terdapat peniaga yang tidak mengikuti harga yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian seperti harga barangan terkawal. Untuk makluman semua, terdapat 5 harga barang yang diberikan subsidi oleh kerajaan iaitu beras, gula, minyak masak, LPG, dan tepung. Oleh yang demikian, jika ada peniaga yang menjual melebihi pada harga yang sepatutnya bolehlah melaporkan pada pihak yang berwajib.
Macamana untuk melaporkannya?
Ez ADU KPDNKK
Gunakanlah aplikasi yang dibagunkan oleh pihak KPDNKK ini untuk anda memaklumkan permasalah anda secara pantas dan cepat. Aplikasi tersebut adalah Ez ADU.
Cukup senang, jadi gunakanlah kemudahan yang disediakan pihak KPDNKK ini dan jalankanlah tanggunjawab anda sebagai pengguna yang bijak.
Price Catcher
Selain itu juga, terdapat aplikasi Price Catcher untuk anda membandingkan harga barangan terdekat anda. Melalui aplikasi ini, ia akan menunjukkan harga barangan keperluan asas anda di beberapa tempat di sekitar kawasan anda. Jadi anda bolehlah tahu tempat yang menawarkan harga terendah untuk membeli belah.
Boleh lihat lebih lanjut mengenai Price Catcher ini di video yang disediakan di bawah.
Friends of KPDNKK
Tidak hanya dengan itu, anda boleh juga mendaftar sebagai ahli Friends of KPDNKK. Melalui pendaftaran ini, anda bolehlah menyumbang kepada negara dengan menjadi mata-mata dalam melaporkan peniaga yang tidak mengikut peraturan ini.
Tahukah anda yang anda boleh jadi penyampai maklumat kepada KPDNKK sendiri tanpa perlu menunggu KPDNKK untuk datang mengenalpasti masalah? Anda perlu membuat aduan sendiri kepada KPDNKK dan pihak KPDNKK akan mengambil tindakan kepada pihak terbabit setelah segala siasatan dibuat dan terbukti bersalah. Dalam erti kata lain, anda menjadi mata-mata kepada pihak KPDNKK.
Bila kita semua memainkan peranan masing-masing, maka tiada lagi peniaga yang mengambil kesempatan kepada pengguna. Nah! Sebab itu la tertubuhnya Friends of KPDNKK ini. Anda boleh menjadi menyumbang kepada aduan dan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pengguna di dalam negara ini. Don’t wait and see, lets do our part as citizen for a better Malaysia.
Untuk makluman lanjut, anda boleh membaca ditulisan saya yang sebelumnya di sini
Sebenarnya banyak lagi yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam membantu warga Malaysia dalam menghadapi hidup sehari-hari. Namun itulah, masih banyak juga diantara kita yang masih tidak faham. Itulah tugasan kita untuk memahamkan rakan yang lain dan juga membantu kerajaan dalam memenuhi hasrat murni ini.
Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai KPDNKK bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah.
besttnyaaa dapat face to face dengan mnteri…
Ya. Semoga dapat memberikan input yang berguna juga