Friends of KPDNKK, Daftarlah Sebagai Ahli Untuk Manfaat dan Kebaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai Friends of KPDNKK.

Apa itu KPDNKK. Untuk makluman semua, KPDNKK adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Jadi, Friends of KPDNKK adalah rakan kepada kementerian inilah. Dalam kata mudah yang lain, anda adalah kelab peminat dan mata-mata kepada kementerian ini.

Mungkin semua sedia maklum bahawasanya ramai diantara peniaga yang mengambil kesempatan kepada pengguna. Kita seringkali mendengar keluhan para pembeli mengenai peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa mengikut harga yang telah ditetapkan. Kita tidak tahu di saluran mana yang ingin kita salurkan aduan. Ramai yang marahkan KPDNKK jika hal sebegini berlaku.

Namun tahukah anda yang anda boleh jadi penyampai maklumat kepada KPDNKK sendiri tanpa perlu menunggu KPDNKK untuk datang mengenalpasti masalah? Anda perlu membuat aduan sendiri kepada KPDNKK dan pihak KPDNKK akan mengambil tindakan kepada pihak terbabit setelah segala siasatan dibuat dan terbukti bersalah. Dalam erti kata lain, anda menjadi mata-mata kepada pihak KPDNKK.

Bila kita semua memainkan peranan masing-masing, maka tiada lagi peniaga yang mengambil kesempatan kepada pengguna. Nah! Sebab itu la tertubuhnya Friends of KPDNKK ini. Anda boleh menjadi menyumbang kepada aduan dan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pengguna di dalam negara ini. Don’t wait and see, lets do our part as citizen for a better Malaysia.

Tugas-tugas Friends of KPDNKK

Bagi anda yang masih tertanya tanya, apa lagi tugas sebenar Friends of KPDNKK ini? Ada pakaian seragam tersendiri ke?

Untuk makluman anda, Friends of KPDNKK ini bukanlah anggota badan beruniform yang perlu ada uniform seperti RELA dan sebagainya itu. Ini hanyalah kelab biasa yang bertujuan untuk membantu pihak KPDNKK dalam beberapa isu yang dikira perlu. Berikut adalah anda tugas Friends of KPDNKK ini.

  1. Anda boleh memantau trend harga dan isu kepenggunaan dikawasan tempat anda
  2. Menyebarkan maklumat pengguna kepada penduduk dikawasan tempat tinggal
  3. Menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar
  4. Turut serta dalam mengendalikan program / aktiviti kepenggunaan

Nampak? Mudah sahaja bukan tugasnya. Jangan jadi rakyat yang hanya berpeluk tubuh, jom bersama-sama menyumbang kepada negara. Dan ini adalah salah satu cara kita untuk menyumbang kembali kepada negara. Terbaik bukan?

Faedah Friends of KPDNKK

Rakyat Malaysia saya yakin ramai yang inginkan faedah apabila melakukan sesuatu. Itu tidak dapat dinafikan. Oleh yang demikian, bagi ahli Friends of KPDNKK, terdapat pelbagai faedah yang diperolehi apabila menyertai menjadi ahli. Antara faedah yang bakal diperolehi adalah:

  • Dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan perlindungan pengguna bagi kesejahteraan masyarakat
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran
  • Berkhidmat kepada masyarakat pengguna dengan memberi informasi dan maklumat melalui aktiviti pemantauan
  • Maklumat yang diberikan dapat membantu KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat
  • Diberi peluang untk menyertai seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh KPDNKK
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan penguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran

Kad Friends of KPDNKK

Untuk makluman semua, apabila anda mendaftar sebagai ahli Friends of KPDNKK, anda akan diberikan satu kad sebagai tanda pengenalan diri anda. Kad ini bukan hanya berfungsi sebagai kad pengenalan ahli, namun terdapat juga kegunaan lain bagi kad ini iaitu:

– Kad Diskaun
– Kad Loyalti
– Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK

Menarik bukan? Apa yang paling saya berkenan adalah sebagai kad diskaun. Diskaun bakal anda perolehi apa bila anda menggunakan kad ini di premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.

Terbaik bukan? jadi untuk anda yang ingin menyertai sebagai ahli Friends of KPDNKK ini bolehlah mendaftar sebagai Friends of KPDNKK [DISINI] dan anda akan menjadi mata dan telinga kepada pihak KPDNKK dalam membantu pihak ini memantau harga barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran.

“Saya dah menjadi ahli atau belum?”

Untuk makluman semua, saya merupakan Exco Kelab Pengguna Siswa sewaktu di zaman universiti dahulu. Sebuah kelab di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada waktu itu di bawah menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, saya telah menjelajah ke seluruh pelusuk daerah Bera untuk bersama-sama mempromosikan kad ini dan KPDNKK. Seronok juga masuk bersama orang asli di daerah Bera dan kawasan pendalaman di sini.

Jika diadakan karnival ataupun jerayawara pihak KPDNKK, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli di sana. Dan lebih menarik, anda boleh mendapatkan terus kad ini. Siap dalam beberapa minit sahaja. Ini pengalaman saya sendiri. Sewaktu di universiti, saya juga menjadi mata dan telinga kepada pihak KPDNKK bagi daerah Kuantan. Memang menarik bila difikirkan kembali mengenai pengalaman ini.

Apapun, satu pengalaman yang bermakna untuk anda menyertai sebagai ahli Friends of KPDNKK ini. Apapun jom kita semua mendaftar sebagai ahli dan lakukan tanggungjawab kita sebagai warga Malaysia yang prihatin.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPDNKK bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Friends of KPDNKK, Daftarlah Sebagai Ahli Untuk Manfaat dan Kebaikan

  • September 23, 2017 at 11:47 pm
    Permalink

    hope dengan ada inisiatif ni , hak pengguna terjaga dan setiap masalah dapat diselesaikan dengan telus dan cepat

    Reply
    • October 10, 2017 at 12:43 am
      Permalink

      InsyaAllah hendaknya. Kita juga perlulah memainkan peranan dalam menjadikan pelaksanaan lebih berjaya.

      Reply
  • September 24, 2017 at 12:04 am
    Permalink

    terima kasih atas perkongsian. Actually dulu tak amik port pasal KPDNKK. huhuhu tapi banyak manfaat juga mereka ni kpd pengguna kan.

    Reply
    • October 10, 2017 at 12:42 am
      Permalink

      Ya. memang banyak manfaat. harap Cik Atiqah boleh turut serta

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge