Zarina Zainuddin Sebagai Ikon Bagi Variation Zone Festival.

Zarina Zainuddin Sebagai Ikon Bagi Variation Zone Festival | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Variation Zone Festival.

Untuk makluman umum, Variation Zone Festival ini bakal diadakan di The Strand Kota Damansara. Ianya bakal diadakan pada 13-17 Disember ini bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam. Pelbagai akvititi menarik bakal diadakan sepanjang festival ini berlangsung.

Kenapa dinamakan Variation Zone Festival?

Secara harfiahnya, makna variation dalam bahasa melayu adalah variasi ataupun kepelbagaian. Bertepatan dengan konsep festival ini yang bakal menyajikan pelbagai variasi acara yang bakal dilaksanakan.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada festival ini adalah :

  • Promosi jualan hujung tahun
  • Aktiviti gunting rambut perdana
  • Longest Slime Created
  • Pameran kereta dan auto
  • Persembahan kebudayaan dan pentas
  • pertandingan fotografi Variation
  • pertandingan memasak
  • pertandingan spelling bee
  • Battle of Buskers
  • Gerai Vapers
  • Dan pelabagai lagi

Menarik bukan aktiviti yang dijalankan pada festival ini? Sebenarnya ada aktiviti lain lagi yang akan berlangsung dalam festival ini. Yang pasti, terdapat banyak penglibatan artis dalam festival ini. Menariknya, artis yang terlibat dalam festival ini akan berada di booth mereka sepanjang aktivti berlangsung. Bukannya sekadar muncul sekejap cuma.

Antara artis yang terlibat dalam festival kali ini.

Ini pasti memberikan pengalaman berbeza kepada peminat dan artis tersebut. Ini lebih memberi peluang kepada mereka untuk mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat dan membeli pelbagai barangan yang dijual pada festival ini.

Festival ini juga dinamakan Variation kerana ianya melibatkan semua golongan masyarakat dalam festival. Tidak hanya memfokuskan kepada golongan dewasa sahaja., kanak-kanak juga pasti teruja dengan pelbagai aktivit yang dirancang. Antaranya adalah seperti pertandingan spelling bee, bercerita, mewarna dan pelbagai lagi. Ianya pasti menjadi festival yang sesuai untuk seisi keluarga.

Aktiviti bercerita oleh kank-kanak juga bakal dijalankan

Zarina Zainuddin sebagai Ikon Variation Zone Festival

Bersempena dengan penganjuran festival ini, telah dilantik seorang ikon bagi menjayakan lagi festival ini. Ikon yang dilantik adalah cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Selebriti yang dimaksudkan adalah aktor Zarina Zainuddin.

Menurut pihak penganjur, pemilihan Zarina Zainuddin sebagai ikon festival ini adalah kerana beliau merupakan seorang wanita yang sangat bersemangat dan berjuang menjalani kerjaya seni sebagai pelakon, dan pada masa yang sama membesarkan dua anak istimewa di samping berjaya dalam bidang keusahawanan.

Pemilihan beliau selaras dengan objektif penganjur dalam memberikan motivasi kepada masyarakat untuk berjaya dalam bidang keusahawanan. Semangatnya itu mampu menjadi pemdorong kepada usahawan, terutama usahawan wanita untuk berjaya dalam bidang keusahawanan sekaligus tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Jadi pemilihan Zarina Zainuddin sebagai ikon bagi festival ini amatlah tepat. Jadi buat anda yang ingin turut serta dalam menjayakan festival ini bolehlah berkunjung ke Variation Zone Festival ini mengikut ketetapan di bawah:

Variation Zone Festival

The Strand Kota Damansara

13- 17 Disember 2017

10 pagi- 10 malam

Untuk tambahan makluman, festival ini bakal dirasmikan oleh Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebanyak 150 booth bakal berada di festival ini dengan pelbagai jualan dari niche yang berbeza.

Jom sama-sama meriahkan majlis ini.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Zarina Zainuddin Sebagai Ikon Bagi Variation Zone Festival.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge