Sertai Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017 Untuk Merebut Lebih 2000 Peluang Pekerjaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017.
Semua sedia maklum, pada waktu yang serba mencabar ini, peluang pekerjaan memang sukar untuk didapati. Ditambah pula dengan banyak syarikat yang menamatkan perkhidmatan para pekerja mereka oleh kerana keadaan kewangan syarikat yang serba mencabar.
Dianggarkan lebih 100,000 siswazah tidak bekerja pada waktu sekarang. Ini amatlah menyedihkan kerana peluang pekerjaan yang semakin berkurang pada waktu mencabar seperti sekarang. Jadi, setiap orang mestilah merebut segala peluang yang ada untuk mendapatkan pekerjaan.
Baiklah sebelum kita pergi dengan panjang lebar lagi, ayuh kita ketahui sedikit sebanyak mengenai PERKESO ini. Untuk makluman semua, PERKESO adalah singkatan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial. PERKESO merupakan sebuah jabatan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
Berbalik kepada Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017, karnival ini bakal menyediakan sebanyak 2000 peluang pekerjaan. Ianya tidak tertumpu kepada satu sektor sahaja. Pelbagai syarikat bakal mengambil bahagian dengan pelbagai pilihan jawatan dari pelbagai sektor.
Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017 ini.
Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017
Tempat: Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Tarikh: 9 Oktober 2017
Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang
Karnival ini adalah terbuka untuk semua. Jadi jangan bimbang kerana tiada bayaran yang dikenakan oleh pihak penganjur. Tidak seperti berita yang tular sebelum ini mengenai penganjuran karnival kerjaya di utara semenanjung Malaysia itu. Karnival ini sepenuhnya dianjurkan oleh agensi kerajaan.
Berikut adalah antara syarikat yang bakal mengambil bahagian di dalam karnival ini.
Untuk maklumat lain, insan yang kelebihan upaya (OKU) amatlah digalakkan untuk menyertai karnival ini. Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kedua kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan tatkala musibah yang menimpa mereka sebelumnya.
Program yang dinamakan Return to Work merupakan inisiatif yang dibuat oleh PERKESO untuk golongan OKU ini. Bagi mereka, setiap insan berhak mendapat peluang yang saama dalam bidang pekerjaan tanpa perlu membezakan mereka. Setiap pekerjaan yang dicadangkan akan mengambil kira tahap kesesuaian mereka. Jadi jangan bimbang dan khawatir dengan pekara ini. Everyone deserve a second chance.
Seperti saudara Mohd Zaki bin Hassan ini, beliau telah mengalami kemalangan sewaktu berumur 30 tahun. Bahagian pehanya telah mengalami kepatahan yang teruk sehingga menyukarkan beliau bergerak. Lagi menambah deritanya, beliau telah kehilangan isteri setahun selepas itu. Beliau juga merupakan seorang bapa tunggal dengan 3 orang anak.
Dengan menyertai program Return to Work, pihak PERKESO yang diketuai oleh Encik Ooi Han Siang selaku pengurus kes telah membantu mengenalpasti pekerjaan yangh sesuai untuk Zaki berdasarkan kemampuanya. Sekarang Zaki telah bekerja di bahagian makanan dan minuman di salah sebuah hotel di utara tanah air.
Banyak lagi kisah lain yang akan membuka mata anda golongan OKU ini di bawah PERKESO. Jadi rebutlah peluang anda untuk bersama PERKESO di bawah program Return to Work ini demi membantu meneruskan kelangsungan hidup anda.
Seperti mana temuduga pekerjaan yang lain, para pencari kerja hendaklah datang dengan berpakaian kemas dan bersesuaian mengikut pekerjaan yang ingin dimohon. Jangan dilupa juga dengan membawa resume, dan dokumen yang berkenaan yang difikirkan perlu seperti sijil dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut mengenai program Return to Work, hubungi
03-426 45594 / 5373
017 – 369 0128
012 – 607 6763
Facebook : Return to Work Perkeso
Twitter : Return to Work Perkeso