Kisah MADA di HPPNK 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai MADA.

Banyak sebenarnya saya ingin kongsikan mengenai MADA ini, namun di entri kali ini saya ingin kongsikan perihal MADA di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 dan maklumat umum mengenai MADA.

Perihal MADA

Untuk anda yang masih belum mengetahui apa itu MADA, MADA merupakan singkatan kepada Muda Agriculture Development Authority (MADA) atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. MADA ialah salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Buat warga Kedah, saya pasti nama MADA tidak asing lagi bagi mereka.

MADA ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama zaman dulu-dulu. MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk berpuluh ribu keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.

OK. Itu adalah sedikit sebanyak mengenai MADA. Baiklah kita akan bercakap seterusnya mengenai MADA di HPPNK 2017 yang lepas di MAEPS Serdang. Perlbagai acara telah dilaksanakan oleh MADA semperna dengan penganjuran HPPNK2017 tersebut.

Antaranya ialah Chillax TN50, Agro Race, EOW MADA dan Pameran AgroTrip MADA. Pengajuran program sebegini adalah untuk memberikan maklumat kepada pengujung di samping mendapat maklumbalas daripada masyarakat untuk mencapai aspirasi negara.

Chillax TN50

Program Chillax TN50 ini adalah program besar yang dilaksanakan oleh pihak MADA pada HPPNK2017 yang lepas. Ia telah diadakan di pentas utama dengan penglibatan ramai golongan belia dalam menjana idea bagi aspirasi TN50. Golongan belia yang hadir dalam program ini diberi maklumat dan bertukar pandangan dan buah fikiran terutamanya aspek keselamatan makanan negara (food security) bersama belia dalam menjamin masa depan negara

Para peserta dalam program ini saling bertukar idea dan pandangan dalam membangunkan industri makanan negara pada masa hadapan. Ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam mendapat maklum balas golongan belia bagi menjadikan sektor makanan negara lebih berjaya di masa akan datang.

Dalam program ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi MADA iaitu  Dato’ Wira Othman Aziz. Beliau juga menyampaikan pesanan berharga kepada para belia iaitu “Modal yang paling mustahak dalam sesuatu bisnes ialah USAHA & KESUNGGUHAN.

EOW MADA

Selain daripada bual bicara yang dijalankan, pada HPPNK2017 kali ini juga dibawakan EOW ataupun Extention on Wheels pihak MADA di Laman Tiba MAEPS. EOT ini merupakan sebuah lori yang telah diubah suai bagi memudahkan pihak MADA dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasar di wilayah Muda.

Lori ini dilengkapi dengan pelbagai maklumat yang berguna untuk golongan sasar pada setiap jelajah mereka. Lori yang boleh diubah suai sebagai pentas ini juga mudah untuk digunakan dalam mendekati rakyat seperti bagi mengadakah ceramah dan penyampaian umum kepada golongan sasar.

Berbalik kepada program EOW di HPNK2017 ini, terdapat program untuk para pengunjung iaitu para pengunjung dikehendaki menulis apa jua cadangan untuk TN50 dan berpeluang untuk membuat pusingan roda. Hadiah menarik akan dimenangi oleh sesiapa yang membuat cadangan TN50 ini. Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencuba membuang pusingan roda ini.

Program AGRO RACE

Program AGRO RACE ini dijalankan pada sebelah petang yang disertai oleh  peserta Agro Youth dari NAFAS, MAEPS Mardi Serdang. Dalam program ini terdapat pelbagai check point yang perlu ditempuhi oleh para peserta. Pada setiap check point, para peserta akan didedahkan mengenai ilmu keusahawanan terutamanya dalam bidang agropreneur.

Pameran AgroTourism MADA

Selain aktiviti di atas, pihak MADA juga tidak terkecuali dalam membawakan pelbagai pameran dan aktiviti menarik untuk dijalankan di dalam dewan pameran. Bertempat di Dewan A, terdapat gerai yang mempamerkan produk jualan oleh usahawan yang dibimbing oleh pihak MADA.

Ada produk yang memang terkenal di negeri Kedah iaitu air nira, ikan pekasam, kopi, ubi kayu nyior dan banyak lagi. Memang menarik. Yang pasti, barangan yang dijual adalah asli dari Kedah baqhang.

Saya dan kawan-kawan juga sempat merasai sendiri air nira yang dibawakan dari Kedah ini. Fuh! memang menyegarkan. Dan dimaklumkan juga, pemilik perusahaan ini juga telah lama bergiat aktif di bawah bimbingan MADA.

Air nira dibawakan khas dari Kedah

Selain itu diberitakan juga beliau telah mengusahakan inap desa (homestay) di tempat kediamannya di Kedah. Ternyata MADA telah banyak membantu warga Kedah dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Sedap!

MADA Rice Training Centre

Melihat kepentingan industri makanan negara pada masa hadapan, pihak MADA mewujudkan MADA Rice Training Centre. Tujuan penubuhan pusat pengajian ini adalah bagi melahirkan golongan yang berkemahiran dalam bidang ini. Dengan adanya pusat pendidikan sebegini, diharapkan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang makanan ini bagi menjadikan negara kita sebagai negara yang mampu menghasilkan produk makanan yang mencukupi dan dapat dieksport dengan banyak ke luar negara.

MADA Rice Training Centre ini merupakan instiusi pendidikan yang mendapat pengiktirafan badan yang berwajib di Malaysia. Para pelajar yang telah selesai mengikuti kursus ini akan diberikan sijil SKM Tahap 3. Untuk mengikuti kursus ini, para pelajar mestilah berwarganegara Malaysia.

Selain itu juga, pusat pengajian ini dilatih oleh tenaga pengajar yang berpengalaman seperti para pegawai yang telah bersara dan tenaga mahir yang lain. Kursus yang diberikan adalah selama 8 bulan dan permohonan bagi kursus ini dibuka sekitar bulan Julai hingga September setiap tahun.

Ruangan belajar yang kondusif dengan 35 hingga 50 orang bagi setiap pengambilan. Dan diberitahu setakat tahun ini, seramai 200 orang yang telah tamat belajar di MADA Rice Training Centre ini. Satu pencapaian yang membanggakan yang telah dilaksanakan oleh MADA Rice Training Centre.

Sesungguhnhya, MADA merupakan salah satu agensi kerajaan yang mempunyai visi dan misi yang baik bagi merealisasikan impian negara dalam mencapai aspirasi TN50 pada masa akan datang.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Kisah MADA di HPPNK 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge