October 11, 2024
Hal-hal Semasa

Seven Tea One di Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai teh dari Seven Tea One. Secara harfiahnya, sebutannya seperti Seventy One iaitu 71.

Untuk makluman semua, pada minggu lepas saya telah menghadiri satu majlis yang diadakan di Sunway Putra Hotel. Majlis ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan hebahan umum mengenai Seven Tea One, iaitu sebuah badan keusahawanan yang ditubuhkan bagi membantu para komuniti autistik untuk menjana pendapatan sendiri.

Untuk makluman semua, Seven Tea One ini dihasilkan oleh insan yang menghidap autistik. Suasana kerja yang kondusif  untuk memastikan mereka dapat menghasilkan teh dengan baik. Segala pembuatan teh ini dilakukan oleh mereka dalam keadaan terkawal.

Teh yang dihasilkan oleh Seven Tea One ini mengunakan bahan yang diperolehi dari dalam negara. Dari rempah ratus, herba dan bungaan terpilih didapati daripada kampung-kampung dan taman disekitar Lembah Klang. Secara tidak langsung ianya mampu memberikan pendapatan kepada insan yang terlibat sama dalam usaha ini.

Terdapat pelbagai jenis teh yang dihasilkan oleh pihak Seven Tea One iaitu Thai Basil Tea, Mint Telang Tea, Telang Flower Tea, Misai Kucing Tea dan banyak lagi. Yang pastinya ianya dihasilkan tanpa bahan pengawet dan bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan kita.

En Micheal Monks, GM Sunway Putra Hotel

Menurut En Micheal Monks, sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka, Sunway Putra Hotel membeli teh keluaran Seven Tea One ini dan akan memasukkan hidangan teh ini di dalam menu untuk dinikmati oleh pengunjung yang bertandang ke Atrium Lounge.

Saya sendiri pernah merasai teh keluaran Seven Tea One ini. Ianya cukup unik kerana terdapat rasa herba dan rempah ratus yang lain disamping rasa teh yang semulajadi.

Untuk anda yang ingin menikmati teh ini, bolehlah berkunjung ke Sunway Putra Hotel. Bolehlah pesan di Atrium Lounge dan nikmatilah teh dari Seven Tea One ini.

Sekian. Harap anda enjoy your drink and do charity 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Seven Tea One di Sunway Putra Hotel

  • ai mak seven tea menarik sekali promonya tahniah atas review terbaik ini

    Reply
  • teh yang memiliki khasiat tinggi… thanks for share..
    saya nak bagi info pada teman2 nih untuk hal ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *