Membeli Belah di Lulu Hypermarket & Department Store Kuala Lumpur
Membeli Belah di Lulu Hypermarket & Department Store Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman saya membeli belah di Lulu Hypermarket & Department Store (Lulu) di ibukota Kuala Lumpur.
Sebenarnya saya tidak pernah sampai ke Lulu ini namun hujung minggu lepas saya telah ke sana untuk menyaksikan percubaan pihak Lulu untuk memecahkan rekod pembuatan kek buah yang terpanjang di Malaysia. Saya cukup teruja dengan majlis tersebut. Tapi apa yang lebih menerujakan saya adalah untuk melihat sendiri apa yang ada di Lulu ini.
Untuk makluman anda semua, Lulu Hypermarket ini beroperasi di Capsquare KL. Hanya bersebelahan dengan Wisma Jakel. Jadi sememangnya tempat tersebut cukup strategik untuk dikunjungi oleh semua. Selain terdapat pelbagai pilihan barangan untuk dimiliki, ianya juga mesra pengunjung dengan pelbagai kemudahan yang ada untuk anda.
Terdapat pelbagai seksyen yang ada di dalam bahagian Lulu Hypermarket ini. Jadi jom ikut saya untuk melihat sendiri apa yang ada di sini ya.
Ruangan Bakeri.
Untuk ruangan bakeri ini berada di aras lantai. Apa yang lebih menarik mengenai ruangan bakeri ini adalah ianya juga menyajikan masakan dan kuih muih tradisi dari negara arab dengan harga yang cukup murah. Dan diberitahu juga, baker ataupun pembuat bakeri ini didatangkan khas dari tanah arab itu sendiri. Wah! Authentic la rasa yang disediakan itu.
Ruangan Kekacang dan Coklat (Roastery)
Sesiapa yang pergi ke negara arab pastinya akan terbiasa dengan pemandangan sebegini. Ruangan kedai yang dipenuhi oleh kekacang dan gula-gula yang penuh segenap ruang. Kekacang pula terdapat dengan pelbagai pilihan untuk anda pilih, timbang dan bayar. Katanya ini adalah antara pasaraya yang menyediakan perkhidmatan sebegini seumpamanya.
Ruangan Makanan Laut
Yang ini ibarat pasar segar untuk semua. Mana tidaknya terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang dijual di sini. Dari ikan, sotong, udang, ketam segar dijual di sini. pastinya lebih pilihan untuk anda semua. Ikan yu juga ada di sini! pertama kali saya melihat sendiri ikan yu dijual dipasaraya. Menarik!
Ruangan Jeruk dan Makanan Tersedia (prep food)
Kat sini satu lagi tempat pilihan makcik-makcik bawang yang utama. Mahunya berteriak makcik-makcik bila lihat pelbagai bahan masakan yang utama di dapur disediakan di sini. Memudahkan urusana mereka. Terdapat pelbagai makanan yang telah siap disediakan di sini. Antaranya sambal belacan, sambal limau, kimchi, bawang putih cincang, buah zaitun jeruk, dan banyak lagi la. Anda kena datang sendiri untuk melihat kemeriahan barangan jualan di bahagian ini.
Erk? Lupa untuk saya bagitahu yang ruangan ini ada juga menjual keju secara timbang. Dan harga dia cukup berbaloi! Saya beli cheddar dan morezella cheese kat sini! Memang borong habis. Serius saya cakap ianya cukup murah.
Ruangan Makanan Sihat.
Dibahagian ini terdapat jualan barangan makanan sihat seperti salad dan minuman detox. Selain itu juga terdapat jus buah-buahan segar yangt dijual di sini. Apa yang lebih menarik, harganya cukup berpatutan. Ya! jus buah yang anda biasa minum di kedai yang seumpamanya yang harga berpuluh ringgit tu, kat sini hanya RM4 lebih sahaja. Cukup berbaloi-baloi.
Ruangan Pakaian.
Seterusnya bila selesai di aras lantai. Kami ke aras 1 dan 2 untuk melihat lebih lanjut apa yang ada di sini. Di aras ini terdapat seksyen penjualan pakaian wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Apa yang saya boleh katakan pada hari tersebut adalah rambang mata. Banyak pakaian yang dijual pada potongan harga 50%. Sekali imbas dah macam jualan sempena hari raya pula.
Dari pakaian kanak-kanak hinggalah yang dewasa, pelbagai pilihan boleh dipilih. Tak lupa juga pakaian tradisi dari India iaitu sari. Jom saya bawa anda ke ruangan ekslusif untuk pembelian sari. Seksyen ini menjual pelbagai jenis sari pada harga yang boleh dipilih mengikut keinginan anda. Ruangan ini dinamakan Lulu Celebrate.
Apa yang boleh saya katakan adalah ianya cukup cantik dan sesuai untuk si pemakainya. Saya kalau ada isteri, saya pun nak beli kain sari kat sini. Cantik sangat!
Seterusnya saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kemeriahan percubaan memecahkan rekod kek buah terpanjang seperti yang saya ceritakan di perenggan atas sana. Sebenarnya percubaan ini adalah sempena dengan sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2017 ini.
Kek buah ini telah dicipta sepanjang 120m dengan pelbagai jenis buah-buahan digunakan dalam pembuatannya. Sebelum ini rekod untuk kek buah terpanjang ini adalah sepanjang 90m. Pegawai dari Malaysia Book of Records telah hadir dan mengiktiraf percubaan pihak Lulu ini.
Setelah diukur dan diambil kira semua ukuran, kek yang dihasilkan oleh pihak Lulu adalah sepanjang 123m sekaligus menobatkan Lulu pemegang rekod terbaru bagi kek buah terpanjang di Malaysia.
Apa yang lebih menarik mengenai program ini adalah, kek yang telah dibuat tadi telah diberikan kepada orang ramai yang berkunjung ke Lulu ini. Orang ramai yang menerima kek ini disarankan untuk membuat derma untuk disalurkan kepada Rumah Amal Cheshire Selangor. Keseluruhan derma akan diterima oleh rumah kebajikan terbabit.
Apapun, setelah berkunjung ke sini, saya amatlah teruja dengan segala promosi dan jualan yang dilakukan oleh pihak Lulu Hypermarket ini. Untuk anda yang ingin berkunjung ke sini bolehlah merujuk maklumat di bawah.: