MRI Jalur Lebar Digital Pertama di DEMC Specialist Hospital
MRI Jalur Lebar Digital Pertama di DEMC Specialist Hospital | Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai MRI jalur lebar digital yang pertama di hospital swasta Malaysia.
Sebelum saya berbicara dengan lebih dalam, mesti ada di antara anda yang masih keliru, apa itu MRI. Untuk makluman semua, MRI adalah ringkasan kepada Magnetic Resonance Imaging. Dalam erti kata mudah bagi kita yang tidak biasa dengan terma perubatan, MRI adalah mesin imbasan untuk mendapatkan gambaran jelas apa yang ada di dalam badan kita. Faham?
Sebenarnya saya juga baru mengetahui mengenai terma-terma ini pada majlis penerangan yang telah diadakan oleh pihak DEMC Specialist Hospital dengan kerjasama Philips Healthcare. Majlis yang diberi nama GP Talks: Towards First Time Right Imaging (General Practitioners Talk) ini telah diadakan di Hotel Holiday Inn Glenmari. Ianya telah dihadiri oleh para doktor dan juga pihak yang terlibat dalam bidang pengendalian MRI ini.
Untuk majlis pada kali ini, terdapat 2 orang panel penceramah iaitu Dr Stephane Breil, PhD in NMR Spectroscopy dari Paul Sabater University, France dan Encik Wan Mohd Fuad, Senior Manager Cardiac Angiographer, Diagonstic Imaging Department di DEMC. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberikan penjelasan dan maklumat mengenai mesin MRI jalur lebar digital yang pertama di DEMC ini.
Jadi apa yang lebihnya mesin MRI jalur lebar digital ini berbanding mesin MRI lain yang berada di pasaran?
Berdasarkan penerangan yang telah diberikan, mesin MRI jalur lebar digital ini mampu memberikan imej yang lebih jelas di samping masa yang diambil juga lebih cepat. Selain itu, ianya memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna kerana ianya boleh diset mengikut mood yang diiginkan,
Semua sedia maklum bahawasanya masa yang diambil untuk membuat imbasan badan kita agak lama dan boleh mendatangkan kebosanan dan menyebabkan kita cederung untuk bergerak-gerak sepanjang proses tersebut. Bilamana badan kita begerak, imej yang terhasil mungkin akan terjejas dan menyebabkan ianya tidak jelas.
Dengan adanya elemen hiburan sebegini, ianya mampu untuk memberikan kita lebih fokus semasa sesi imbasan terutamanya bagi pengguna kanak-kanak.
Selain itu juga, mesin ini dibina dengan besar dan mampu untuk memuatkan pesakit yang berkapasiti besar. Jadi tiada masalah untuk membuat imbasan badan bagi yang berbadan besar dengan menggunakan mesin MRI terbaru ini.
DEMC -Darul Ehsan Medical Centre
Baiklah saya ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai DEMC ini. Untuk makluman smeua, DEMC terletak di Shah Alam Selangor. Ianya sebelum ini berada di atas tanah berkeluasan 2 ekar yang dahulunya dikenali sebagai Primary Maternity and Medical Centre (PMMC) seterusnya bertukar kepada Pusat Perubatan Darul Ehsan yang dikenali sebagai DEMC pada hari ini.
Di sini ditawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program saringan dan mempunyai reputasi sebagai salah sebuah pusat perubatan yang ekslusif untuk seisi keluarga.
DEMC juga berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan memberikan sepenuhnya komitmen tanpa kompromi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan mereka.
Dahulunya DEMC berada di Seksyen 9 Shah Alam, namun sekarang dengan penambahan katil dan kepakaran, ianya telah mula beroperasi di tempat baharu iaitu di Seksyen 14.
Di sini, terdapat 130 katil dengan bangunan 9 tingkat yang menawarkan pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan profesional.
Berikut antara mesin yang terdapat di sini yang digunakan untuk rawatan dan perkhidmatan mereka terhadap pesakit.
Berdasarkan kepakaran dan servis yang diberikan, tidak mustahil DEMC menjadi tumpuan seluruh warga Malaysia untuk mendapatkan rawatan terbaik di sini.
Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan DEMC bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
No. 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14 Shah Alam Selangor
Tel: +60355151888
Faks: +0355151811/12
Website: www.demc.com.my
Gambar kredit kepada: Eazy Izzuddin
Canggih betul teknologi perubatan sekarang
semua serba laju dan mewah
malangnya tak semua orang mampu
hospital swasta memang serba canggih dan mewah
macam duduk hotel masa sakit
Kemudahan macam ini memerlukan belanja yang besar
sebab tu hospital kerajaan pun makin banyak di swastakan
Teknologi semakin canggih dan terbaik…
Syukur dilahirkan di Malaysia kerana kepesatan teknologi dan kesejahteraan hidup.
DEMC memang terbaik pengurusan dan juga rawatan perubatan, saya pernah dapatkan history report untuk client saya di hospital ini, memang terbaik servis.