January 22, 2025
Lain-Lain

Kerjasama MasteryAsia dan Our Space bagi Mewujudkan Luxury Coworking Space di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pengoperasian ruangan kerja mewah ataupun ‘Luxury Coworking’ di Malaysia.

Semua sedia maklum bahawasanya pada zaman sekarang, ramai yang mengambil peluang untuk bekerja sendiri ataupun freelance. Tak kiralah apa juga kerja yang ditafsirkan sebagai freelance itu, pastinya ia akan memerlukan anda untuk menumpukan perhatian dalam pekerjaan tersebut.

Dari penjual insurans, pelukis plan, pereka grafik, pegawai pemasaran dan ramai lagi biasanya diklasifikasikan bawah freelance. Termasuklah saya yang sepenuh masa menulis blog ini! Bila bekerja secara freelance ini, masalah yang biasa dihadapi adalah tiada workstation ataupun ruangan kerja yang tetap.

Oleh yang demikian, MasteryAsia iaitu syarikat dari Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Our Space iaitu sebuah syarikat penyedia ruangan coworking global yang berpengkalan di United Arab Emirated. Kerjasama ini menyaksikan MasteryAsia bertindak selaku rakan kongsi pemasaran di dalam negara.

Untuk makluman, Our Space telah mula beroperasi di Marbella Sepanyol dan akan membuka pintunya di Dubai tidak lama lagi. Selain itu, ia akan meluaskan rangkaiannya ke Manchester, Leeds, Singapura, Kuala Lumpur, Miami dan Hong Kong tidak lama lagi. Dengan perancangan untuk membuka 50 ruangan coworking di 12 bandar utama di dunia dalam masa 5 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Our Space, Kevan Halliwell, perancangan dan pelaksanaan teliti telah dijalankan untuk memastikan Our Space sebagai peneraju dalam industri coworking space ini. Lokasi telah dirancang secara teliti di Asia, Eropah, Amerika Utara dan juga Timur Tengah untuk mewujudkan  Our Space di sana dalam masa 5 tahun akan datang.

Ruangan coworking ini sememangnya menjadi satu cara kerja yang baru di dunia. Bilamana ramai yang memerlukan ruangan yang fleksibel untuk mereka melaksanakan kerja mereka. Bagi pemain dan penggiat industri kecil dan sederhana, ruangan sebegini amat diperlukan untuk memastikan pelaksanaan segala kerja mereka. Dari bertemu pelanggan hinggalah kepada proses dokumentasi.

Jika kita lihat hari ini, penuh ruangan restoran dan kedai makanan dijadikan ruangan pertemuan bersama pelanggan. Sebenarnya tempat sebegitu tidaklah sesuai untuk sebarang pertemuan bersama pelanggan apatah lagi untuk perbincangan secara terperinci.

Dengan haruk pikuk pelanggan kedai, pastinya membawakan suasana yang bising dan tidak kondusif. Dengan adanya ruangan coworking ini, ianya dapat menjadikan kualiti kerja lebih bagus kerana lebih terbuka dengan pelbagai ‘rakan sekerja’ anda dari pelbagai sektor dan harga yang berpatutan.

Iya lah, jika nak menyewa satu ruangan penuh, memang mustahil untuk menanggung segala kos pengoperasian dan kos overhead yang tinggi. Jadi dengan penyewaan ruangan coworking sebegini lebih praktikal.

Bekerja sendiri ini sememangnya membosankan. Tanpa ada kawan untuk berbual sememangnya akan menjadikan otak kita tepu. Tiada penambah baikan dan orang untuk kita berborak.  Di ruangan kongsi kerja ini pastinya tempat yang sesuai untuk kita bertukar buah fikiran.

Our Space juga memaklumkan bahawa ruangan yang mereka dirikan adalah bersifat semulajadi dengan dipenuhi tumbuh-tumbuhan, cahaya matahari dan juga udara yang segar. Menarik bukan?

Dengan penggunaan teknologi terkini pastinya menjadikan ruangan Our Space ini menarik untuk didiami. Mana tidaknya jika tumbuhan menghijau di depan mata dan cahaya matahari memancar ke dalam bangunan akan pasti membuatkan kita lebih bermaya dan positif.

Dikhabarkan terdapat linangan air yang bercucuran untuk mewujudkan suasana lebih nyaman. Anda dapat bayangkan tak bila mendegar deruan air diruangan kerja anda. Saya yakin satu suasana indah dapat dirasai.

Menurut pengasas Mastery Asia, KC See, beliau cukup bebangga kerana pihak Our Space memilih Kuala Lumpur sebagai salah sebuah destinasi perluasan cawangan syarikat mereka. MasteryAsia juga teruja untuk bersama-sama dalam pembesaran operasi Our Space ini di Malaysia.

Semoga pembukaan operasi Our Space Malaysia ini berkembang lebih pesat dan diterima baik oleh semua. Oleh yang demikian, bagi pihak yang berminat untuk berkerjasama dalam usaha ini bolehlah menghubungi pihak MasteryAsia selaku rakan kongsi Our Space di Malaysia.

Our Space

Laman web:    https://www.ourspace.work/

FB : https://www.facebook.com/pg/ourspace.work/

Instagram : https://www.instagram.com/ourspace.work/

Mastery Asia

Laman web: http://masteryasia.com/

FB : https://www.facebook.com/masteryasiaofficial/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Kerjasama MasteryAsia dan Our Space bagi Mewujudkan Luxury Coworking Space di Malaysia

  • Brilliant idea! Sekarang ramai yang buat kerja freelance or secara remote. Nak sewa office, monthly bayar mahal pula. With this kind of initiative, at least we can save up more. Thanks kongsi Abe Mir!

    Reply
  • Sekarang ni ramai yang kerja dari rumah

    Kalau rasa rindu nak masuk pejabat dan ambil suasana

    boleh sekali sekala masuk sini

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *