December 13, 2024
Lain-Lain

ShopBack Malaysia | Dapatkan Pulangan Semula Dengan Pembelian Dalam Talian

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. baiklah, dalam entri kali in isaya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai ShopBack Malaysia.

Saya yakin, mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih belum mengenali apa itu Shopback. Tapi macam pernah dengar bukan?

Kalau saya sebut Lazada, Zalora? Mesti anda semua tersenyum bila mendengar perkataan tersebut. Saya juga tidak terkecuali. Memang sesiapa sahaja yang pernah membuat pembelian dalam talian (online) pasti amat mengenali laman web tersebut.

Tapi tahukah anda, yang pembelian dalam laman web tersebut mampu memberikan anda pulangan kembali? Terkejut?  Ya! Saya tidak bohong. Sebab itulah munculnya ShopBack ini. Tapi apa itu ShopBack?

ShopBack Malaysia merupakan satu website dimana anda boleh mendapatkan cashback dengan hasil shopping online yang anda lakukan. Di website ShopBack ini terdapat pelbagai jenama hebat seperti HP, Kinokuniya, StreetDeal dan banyak lagi.

Selain itu juga, terdapat 9.9 Rewards Day untuk anda. Pelbagai tawaran pulangan terbaik untuk anda rebut.

ShopBack ini berpengkalan di Singapura dan telah mula beroperasi di Malaysia, Amerika Syarikat, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan. ShopBack adalah salah satu perintis seumpamanya di Asia Tenggara sejak September 2014 lagi.

Ianya akan memberikan pulangan berdasarkan pembelian anda di laman web tersebut. Jika sebelum ini, pembelian anda sekadar beli dan dapat barangan. Namubn kini anda mampu mendapatkan sedikit pulangan kembali. bagaimana tu?

Ok jom baca penerangan yang bakal saya kongsikan dengan anda semua ini.

  1. Buka laman ShopBack Malaysia.  bagi yang belum mempunyai akaun, Sign Up terlebih dahulu dan log masuk.
  2. Terdapat pelbagai laman membeli belah dipamerkan. Pilih sahaja laman yang anda inginkan.
  3. Mulakan pembelian seperti biasa. Dapatkan cashback dalam akaun ShopBack anda dalam masa 48 jam.
Antara kategori pembelian yang boleh anda pilih.
Masih kurang faham? Boleh saksikan video di bawah ini untuk lebih pemahaman anda bagaimana Shopback ini berfungsi.

Sudah faham bukan? Jika sebelum ini kita membeli belah tanpa mendapat habuan kembali, why not kali ini kita beli melalui platform ShopBack dan dapatkan sedikit habuan untuk diri kita kembali. Lebih berbaloi untuk duit anda bukan? Saya pun tidak terkecuali menjadi peminat Shopback ini.
Buat anda yang berminat untuk menggunakan ShopBack ini bolehlah tekan link yang diberikan ini, dan daftar!
Untuk maklumat lanjut mengenai ShopBack Malaysia boleh layari :
Website : www.shopback.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “ShopBack Malaysia | Dapatkan Pulangan Semula Dengan Pembelian Dalam Talian

  • Kiranya kita dapat rebate tunai tiap kali beli barang di dalam laman ni ya tuan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *