November 11, 2024
Lain-Lain

3B- Blogger Bajet Bagus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Muahhh! Apa khabar kalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kembali kepada topik blogging. Kali ini mengenai blogger bajet bagus (3B)

Sebelum ini kita selalu dengar bajet hensem dan bajet cantik. Tapi kali ini bajet bagus. hahaha. Kena berhati-hati oo kalau nak ulas isu ini. Kan ada pula yang terasa. tapi kalau siapa yang makan cili, mesti dia yang terasa pedasnya kan?

Tapi sebenarnya tiada apa pun aku nak ulas mengenai isu ini. Pernah tak kita berasa ‘sesuatu’ dengan belogger lain, bila mereka dapat job ke, mereka pergi event gah ke, income berjuta ke. Mesti akan timbul perasaan dalam diri kalian yang dengki dan berkata bajet bagus sungguh blogger tu bla bla bla.

blogger bajet bagus
blogger bajet bagus

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Kalau takde tu maknanya Syaitan tak buat kerja la tu[/pullquote]

Pernah ke? Mesti pernah kan. Tak yah nak membohong. Sebenarnya mereka tu tak salah pun. Cer cek balik diri kita ni. Mungkin kita ada masalah. Dah kenapa kita nak pi label orang tu bajet bagus ke hape ke. Kau jeles pehal? Dah dia dapat semua tuh, mesti la dia dah bagus. Takyah nak label bajet bagus sangat dah kalau dia memang dah bagus. Tak gitu?

Perasaan negatif tu memang akan wujud dalam diri kita. Kalau takde tu maknanya Syaitan tak buat kerja la tu. Apapun biarlah jeles dan iri hati tu bertempat. Segala benda kau nak jeles ni pehal? Jom perbaiki diri kita tu dulu. Kau nak bajet bagus ni pehal? (Eh, aku pun ada jugak ke perasaan tu? wakaka)

AM: Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku merapu nih.

Jom belajar buat duit dengan affiliate.. Klik di sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “3B- Blogger Bajet Bagus

  • Saya ambil yang neutral malas nak ambil port hal remeh-temeh macam ini. Tidak kira dunia blogger, didalam pekerjaan, didalam kehidupan seharian memang ada mahkluk bersifat seperti ini. Malas nak membebel panjang nanti lebih kurang sama sahaja cuma berdoa agak kita semua bersikap positif dan meredah diri selalu. Peace Yo.

    Reply
    • Yeah! itu yang sebaiknya. Buat apa sibuk-sibuk hal orang kan.. Baik kita perbaiki diri dulu

      Reply
  • Biasalah..

    Orang kita ni..memang ramai yang kurang kasih sayang..

    Reply
  • Rasa iri dalam bentuk positif agar kita bisa berbuat lebih baik lagi, tak apa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *