Alasan Pabila Lewat ke Kelas atau Kuliah

Ape khabar semua hari ni? Moga-moga sihat sejahtera ya semuanya. Hari ni aku rasa cam ringan plak jari jemari aku ni nak menulis entry pasal alasan pabila lewat masuk kelas. Ni bukan ape, aku just nak kongsi la sikit ngan korang semua pengalaman aku ni kat semasa belajar.. he3.. Kadang2 aku dengar banyak alasan yang mengarut diberikan oleh pelajar-pelajar ni bila mereka masuk kelas lambat. Beribu satu alasan yang bagi. Kat bawah ni antara alasan yang boleh korang praktikkan ek:

 

Alasan oh Alasan

1) Saya dah datang awal Prof, tapi  time nak keluar rumah tu rasa cam nak ‘melabur’ la plak. Saya kalau tak ‘melabur’ terus boleh menyebabkan saya jadi sawan tau. Ni mesti kes makan nasi lemak kat Warung Pak Jabit la semalam ni. Sampai cirit birit saya dibuatnnya. Sebab tu saya lambat sampai ni. Kalau tak sebabkab melabur tu, dah lama saya sampai.

2) Saya lewat ni bukan ape Dr, tadi traffic jam teruk betul kat depan jalan besar  tu. Ade eksiden. Motor ngan Treller. Kesian kat penunggang motor tu. Hancur habis motor dia, dahla motor tu motor baru je beli.. Kesian 3X..

3) Err, sori Puan, saya datang lambat kelas hari ni sebab masa nak keluar bilik tadi ada anak kucing berak depan pintu rumah. Saya tak sanggup ler nak biarkan najis tu ade kat situ. Kan tak pepasal satu rumah berbau wangi. Sebab tu la saya kena basuh dulu baru datang kelas ni.

4) Sori Miss saya lambat hari ni, biasa saya datang awal je tapi hari ni saya bangun lewat la Miss. Semalam saya dah kunci jam tapi tiba2 je jam saya xbunyi pagi ni. Tengok punyer tengok rupenyer bateri dah habis la Miss. Nasib baik saya dengar anjing menyalak kat belakang rumah, terus saya bangun..

5) Encik, maaf yer saya terlewat datang ni, saya dah bertolak awal dah datang kelas ni, tiba2 di pertengahan jalan, tayar motor saya pancit. Terpaksa la saya tukar tayar dulu. Kalau tidak, sayalah orang yang pertama sampai kt kelas ni..

6) Aduhai, saya betul2 nak mintak maaf nga Cik Lolita ni, saya datang lewat ni bukan nyer saje2 tau Cik, saya ade emergency tadi. Awek kepada kawan adik saya sakit, saya kena hantar dia pergi hospital la plak. Saya ni cukup prihatin kalau ada sape2 yang sakit ni. Tak sampai hati rasanya kalau tengok orang sakit ni.

7) Tuan Haji, maaf ler saya terlewat datang plak hari ni kelas, saya terlewat ni disebabkan saya xsedar la plak yang masa tu cepat berlalu. Saya tengah khusyuk baca Quran tadi, tak perasan la plak masa untuk kelas dah tiba. Maaf ya Tuan Haji. Saya janji yang saya tak akan datang lewat lagi.

8 ) Alahai cikgu, seribu kali maaf saya pinta ni, saya bukan sengaja terlewat ni, Ibu saya telefon tadi. Ada berita penting katanya. Datuk saya nak kawin lagi la cikgu. Saya terpaksa la dengar ape yang ibu saya nak cakapkan. Nak letak kan dia cakap kurang ajar plak kan. Saya tak sanggup la cikgu. Kena dengar la jugak ape yang ibu saya cakapkan sampai abis.

9) Ustaz, saya disini nak mintak maaf la sebab datang lewat ni, bukan disebabkan saya sengaja namun ada pekara yang tidak dapat dielakkan berlaku la ustaz. Semasa perjalanan tadi saya terlihat satu kejadian ragut la Ustaz, jadi saya kejar la peragut tu ustaz. Saya ni kan pelajar yang cakna. Syukur akhirnya peragut tu berjaya ditangkap, tapi bukan saya la yang tangkap..he3.. Sebab tu la saya lewat sampai ni ustaz.. Jangan marah yer..

 

Ha3.. tu la antara alasan yang biasa kita dengar pabila seseorang tu sampai lewat ke kelas. Padahal kelas tu dekat je nga bilik. Jalan kaki pom boleh. Pi tibai alasan jem, moto pancit la. Macam2 la alasan yang diberi. Alasan ini diberikan oleh diri sendirinya atau orang lain yang lakukannya.. He3.. Harap2 korang semua xguna la ye modal2 yang lapuk tu. He2 tapi masa aku belajar kt matrik dulu ade cikgu aku cakap yang boleh je nak datang kelas lewat asalkan jangan tak datang langsung. Kalau datang lewat tu dapat ler jugak ilmu daripada tak datang langusng tu kan..he3.. Apepom kita semua ada akal fikiran, fikirkan baik2 ya.

AM: Aku dulu pom kaki ponteng gak. Tapi sekrang dah bertaubat..ha3 Peace 8)

oh!!


Saper2 rase cam nak muka dia masuk paper Metro muka depan klik ler——> kt sini

Saper2 belum tgk lagi pocong mengganas kt KL klik sini——–> kt sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Alasan Pabila Lewat ke Kelas atau Kuliah

  • March 24, 2011 at 9:14 pm
    Permalink

    no 8 tu mcm koya sangat je….nebeng sgt alasan g2….koya terlajok…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge