May 1, 2024
Lain-Lain

ALPS Medical Centre, Pusat Perubatan Terulung Berkaitan Pengesanan Awal Kanser Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai ALPS Medical Centre.

Semua sedia maklum, bahawasanya zaman sekarang semua orang mementingkan penjagaan kesihatan. Tak kisahlah apa jua sekalipun, semuanya mahu dalam keadaan terbaik. Termasuklah juga dalam bidang kecantikan dan pencegahan penyakit. Oleh yang demikian, ALPS Medical Centre hadir bagi memenuhi kehendak pelanggan ini.

Untuk makluman semua, ALPS Medical Centre telah bertapak sebagai sebuah pusat perubatan butik yang bereputasi tinggi dan pilihan ramai di Malaysia serta rantau ini dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang penuaan yang sihat, perubatan plastik, rekonstruktif, kosmetik dan estetika terkini, serta perkhidmatan kesejahteraan pada kadar berpatutan.

Bertempat di Menara See Hoy Chan, ALPS Medical Centre ini cukup tersergam indah. Masuk sahaja ke dalam kawasan mereka, terasa seperti bukan tipikal pusat kesihatan kerana ianya cukup kondusif seperti berada di dalam hotel mewah.

Di sini juga terdapat staf dan kakitangan yang berkaliber dan mahir serta pakar dalam bidang masing-masing. Saya juga berpeluang utnuk melawat di sekitar kawasan ALPS Medical Centre ini. Ianya cukup luas dan setiap bahagian mempunyai fungsi yang tersendiri.

Pada hari tersebut juga, saya berpeluang untuk bertemu dengan
 Profesor Dato’ Sri SK Tham , iaitu pengasas kepada ALPS Medical Centre ini sendiri. DS SK Tham menerangkan kepada kami tentang khidmat yang disediakan oleh pihak mereka.


“Sebagai penyedia perkhidmatan yang terkenal dan pilihan di Malaysia serta rantau ini, ALPS terus mengambil langkah dalam memperkenalkan inovasi-inovasi baharu bersama penyediaan persekitaran rawatan yang terbaik bagi keselesaan pelanggan kami.
 
“Terbaharu, ALPS menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, khasnya pengesanan awal kanser bagi pelanggan seawal usia 30 tahun,” katanya.

Saya yang bukan dari bidang perubatan ini cukup teruja untuk mengetahui tentang maklumat baharu yang mereka kongsikan. Dr Benjamin George Jr selaku Senior Consultant Plastic Surgery juga memberikan sedikit penerangan dan juga maklumat mengenai servis yang dilaksanakan oleh beliau di sini. Cukup menarik dan memberi pengetahuan baru kepada saya mengenai bidang pembedahan plastik.

Selain perkhidmatan saringan kesihatan, ALPS juga merupakan pakar dalam bidang perkhidmatan aestetik seperti suntikan botox, chemical peel, Q-Switch Laser, Thermage, Cryolipolysis dan  injectable dermal fillers, manakala rawatan kosmetik yang disediakan termasuk liposuction, pembetulan kelopak mata, pemindahan lemak dan augmentasi bibir. Berikut adalah antara khidmat yang disediakan di ALPS medical Centre ini.

Ayuh kita saksikan sedikit sebanyak, suasana di dalam ALPS medical Centre ini. Pastinya ia cukup kondusif dan rasa seperti di dalam sebuah hotel mewah. peralatan yang digunakan di sini juga canggih dan terbaharu yang ada di pasaran. Ini adalah untuk keselesaan para pelanggan yang berkunjung ke sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai ALPS Medical Centre, anda boleh menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Telefon: 03-21616133 or 03-21638133
Email: @alpsmedical.com
Website www.alpsmedical.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “ALPS Medical Centre, Pusat Perubatan Terulung Berkaitan Pengesanan Awal Kanser Di Malaysia

  • Banyak juga kemudahan dan servis yang ada kat sini, antara tempat selesa jugaklah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *