#amirtravel: Kem Kepenggunaan GPS di Gunung Ledang Resort Tangkak Johor
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman dan dikasihi sekalian. Semoga semunya brada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman berkhemah ataupun berprogram di Hutan simpan Malaysia di Johor.
Untuk makluman semua, pada Jumaat lepas, saya dan rakan-rakan lain berpeluang untuk ke Gunung Ledang bagi mengikuti Kem Kepenggunaan gerakan Pengguna Siswa (GPS) anjuran Pejabat Pedagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang dengan kerjasama PPDNKK Johor. Penyertaan seramai 34 orang pelajar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan 21 orang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menambah pengetahuan peserta mengenai perihal kepenggunaan. Akta-akta, dan pelbagai lagi pekara baru yang dapat dipelajari.
Penginapan kami yang serba indah
Keindahan yang mendamaikan
Penghulu dan penghuluwati kami. terbaik!
Bermandi-manda di Kolam Puteri di atas Gunung Ledang
Ofcoz la kena bergambar dulu di kolam Puteri nih
Kepenatan teserlah selepas turun dari mendaki Gunung Ledang.
Berbelanja di Pekan Bukit Gambir. Diberikn wang oleh pihak  PPDNKK dan kami kena berbelanja mengikut jumlah wang yang diberikan. Korang nampak tak apa yang aku nampak lam gambar nih? Kongsikan apa yang korang nampak.
Majlis makan malam ditambah pula dengan persembahan setiap kumpulan. Menarik! (Ebby ngan Pinky)
Majlis penutup dihadiri oleh pengarah PPDNKK Pahang, Johor dan pegawai dari UMP bersama Penghulu kami.
Bergambar beramai-ramai.. Dipengakhiran program sudah.
erkkk? Motifff gambar nih? Timah gantung n Cik Jenab. Habis segala kamera orang dia bedal untuk ambik gambar sendiri.
A pic with thousand words..
Namun apa ekspetasi awal aku meleset. Aku ingatkan pergi camping dapat kurangkan berat badan dengan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan, rupanya makin naik berat badan aku setelah pulang dari sana. ternyata kami diberi makan dengan sempurna.. Ewahh!
Apapun pelbagai program dirangka untuk memastikan golongan sasar mendapat manfaat dari apa yang dianjurkan ini. Setelah perbincangan dengan pihak PPDNKK, banyak lagi program akan dilaksanakan pada waktu mendatang. InsyaAllah.. Teringin aku nak turut serta dalam operasi mereka. Mesti gempak kan ambush-ambush orang nih..(next program maybe)
AM: Banyak benda baru yang dipelajari.. amat berguna untuk hari mendatang.
Kredit gambar dari teman-teman GPS UMP dan UTM
Hohoho..mula-mula ingatkan sesat dalam hutan sebab kepenggunaan GPS. Semoga bro terus success
GPS tu Gerakan pengguna siswa bro..ekeke
dah lama saya tak pergi ke Air Terjun Gunung Ledang nih… walaupun tinggal di area Bukit Gambir tu jer… Berbelanja di Econsave Bukit Gambir ker?
Ha’ah.. Camna tahu ni? Mesti dah biasa shoping sini kan? hahaha
Cantinya kem ni… Dah lama tak pergi Gunung Ledang… Rasa rindu pula dekat Johor… Dulu masa belajar dkt Johor selama 6 tahun setengah, ada lah beberapa kali pergi ke Gunung Ledang… Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan…
Belajar UTM ke bro?
meriah nampak time mandi tuu, hehe.. tak pernah jejak lagi kat gunung ledang ni…
kena pergi bro.. Tapi pastikan bukan musim hujan. Sekarang ni musim hujan. Bimbang kepala air la
saya suka aktiviti dalam hutan begini.. tenang jer
Tu la.. Best pengalaman nih
wahh..best la korang kann.. hoho
dah lama tak mendaki gunung ledang, pernah naik sampai kat kolam puteri, memang best sangat……!
Cuba la. Sekrang lagi best mendaki 🙂