#amirtravel: Melawat ke Desa Dairy Farm Mesilau Kundasang Sabah
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Apa khabar anda di sana? Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman melawat Desa Dairy Farm di kaki Gunung Kinabalu.
Untuk makluman semua, Dairy Farm ini berada di Kundasang Sabah iaitu tempat yang beriklim sejuk. Sejujrnya walaupun matahari berada atas kepala, namun hangatnya matahari itu masih tak dapat memadamkan kesejukkan di kaki gunung ini.
Kawan saya kata yang kalau berada di sini, tak mandi pun tak apa. Apepun kawasan sini persis kawasan di australia. Dengan lembu susunya yang berwarna hitam putih itu menjadikan ianya seperti di sana. Mungkin sesiapa yang berkeinginan untuk ke autralia tu bolehlah datang Kundasang ni dulu.hehe
Apepun jom tengok gambar yang berjaya di ambil semasa di sana.



Mungkin akan berkunjung lagi ke sini untuk membeli susu segar. Tempoh hari walaupun bulan puasa, terpaksa beratur agak panjang kerana kebanjiran pelancong dari luar negara yang datang bertandang. 🙂
AM: Macamana? Tak teringin untuk pergi ke sini? Jom cuti-cuti dalam Malaysia.
Bestnya dapat duduk dekat Kundasang. .. waktu tengahari pun boleh pakai baju sejuk. ..
Betul tu bro. Memang sejuk
gua dah pergi dah dulu. hoho..
Semasa dok UMS kan..haha
Macam kat New Zealand!
ya,, Macam sana
belum pernah sampai lagi, tapi kalau saya tgk anak di Sandakan boleh terbang singgah di Kundasang……hehe
Anak buat apa kt Sandakan kak? belajar ker?