October 7, 2024
Travel

#amirtravel: Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog yang setia sekalian. Syukur kerana sekali lagi kita bertemu untuk segmen #amirtravel. kali ini saya ingin berbawa anda semua ke sebuah resort yang berada di negeri kelantan.

Tok Aman Bali Beach Resort. Sekali dengan mungkin ada yang berpendapat ianya terletak di Bali Indonesia, namun jangan salah anggap kerana ianya terletak di Tok Bali Pasir Puteh Kelantan. Bersempadanan dengan Kuala Besut Terengganu.

Resort yang bertaraf 4 bintang ini sememangnya sesuai untuk percutian bersama keluarga ataupun untuk adakan seminar atau kursus. Memang kondusif dan mendamaikan. Bagi saya, ini adalah resort yang TERBAIK pernah saya inap.

Apepun ayuh kita lihat sedikit gambar panorama di sekitar kawasan resort ini,

Pintu masuk resort yang gah dan menarik
Bilik yang luas dan cukup selesa
Meja peribadi dan TV LCD juga turut tersedia di dalam bilik
Ruang seminar yang mampu memuatkan sehingga 300 peserta dalam satu-satu masa
Pemandangan di dalam resort
Saya juga sempat bergambar di dalam kawasan resort. Cantik bukan?

Memang menarik tempat ini. Sememagnnya tidak rugi kalau anda datang berkunjung ke sini. Cepat kosongkan jadual anda untuk datang kesini. Makanan yang dihidangkan juga memang menyelerakan dan akan diceritakan di lain kali untuk segmen #amirmakan pula.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi di

 

[notice]

 http://www.tokamanbali.com.my/

Tel : +609 – 691 8899 Fax: +609 – 691 8787

Tok Aman Bali Beach Resort Lot 6264(1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak 16700 Pasir Puteh, Kelantan

[/notice]

 

Penilaian Amir: 4.9/5 Bintang.

 

AM: Tak sangka negeri Kelantan mempunyai resort yang semewah ini. Jika diberi kesempatan, mungkin akan berkunjung lagi di lain hari.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “#amirtravel: Tok Aman Bali Beach Resort

  • paihujey

    amir..supo tok sami mu paka tuala gitu..haha

    Reply
    • haha3.. Aku pakai seluar 3 suku. Tak proper pulok ambik gambar gituh. tu cover pakai kain tuala tuh..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *