Barangan Tupperware - amirnawawi

«

»

Jul 21

Barangan Tupperware

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Sehat2 ker hari nih. Alhamdulillah syukur kita masih bernafas lagi pada hari nih. Aku xde nak cakap apaper hari nih just nak kongsi sket ler tentang barangan tupperware nih. Alaa mesti semua dah tahu kan. meh aku story sket ler kat korang..

Tupperware nih barangan plastic ler..Takkan tak tu kot..he3. After 2 month in Tupperware byk la jugak jualan yang berjaya aku buat..Not only me but with my sister..he3.. Orang pompuan la yang eksited lelebih pasal nih kan.. Barangan tupperware ni aku akui bukannya murah tapi xlah mahal sangat. Memang berbaloi untuk dimiliki. Tahan lasak woo.. Tebal bukan kemain lagik tau. Memang kalau nak pecah sesajer tu memang payah la.Kena hentak nga tukul besi pom belum tentu pecah…(hik3 terlebih sudah).

After 2 month jualan ngan kekawan rapat jer, kami mampu beli beli barangan koleksi peribadi nga harga lebih murah tau. Dah banyak la jugak yang kami dah kumpul kt umah nih.. Aku xla eksited sngt pasal kumpul banrangan nih. Aku eksited nak jul jer. Nak convince orang suruh beli..he3. Apepom bila tengok semalam, koleksi kami dah mencecah 2 kotak lebih dah. Dah banyak dah tuh.. berbaloi2 beb.

Tu pom xguna sesangat. jadi hiasan jer kt dalam stor.Siap dalam plastik lagi. Lagipom barangan tupperware nih dah banyak dah kat dapur. Mehla aku snap sedikit gambar untuk korang tengok..

Antara barangan koleksi..he3

Tu antara kolesi peribadi yang masih belum guna lagik. Untuk jugak tupperware nih ek. Xmudah pecah dan kalau gaduh suami isteri yang jenis suka baling barang tuh pom ok gak. Tak rugi la kan..he3.. Lagipom kalau ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pada barangan tupperware pom still leh tukar tau.. hu3..kiranya ada warranty la..

Jomla tengok gambar2 yang aku snap nih.. Aku pakai kamera laptop jer.. kamera aku jatuh lam LRT hari tuh.. Rosak..ngah suvey kamera baru nih.

He3.. tapi antara koleksi yang aku paling suka ialah yang kt bawah nih. memang cantik ler. sekali nga packing dia. Sesuai sangat ngan nak sambut raya nih.. Memang sesuai untuk buat tempat letak kuih raya tuh. Jamin xkan masuk angin punyer la. Semua orang tau dahkan yang bila biskut diletak lam bekas tupperware nih xmudah lemau kan? Kalau nak tahu lebih lanjut tuh kena la beli erk..

Lawa kan? Terbitan khas untuk bulan lepas..

Ok, tu antara satu. jom tgk ape ade kat dalam tuh. Menarik nih..

Hah, warna warni beb. Amacam? berkenan dihati ker? Sebenarnya korang pom boleh miliki gak barangan kat atas  nih dengan harga istimewa tau., Kalau nak mesej la aku ek.. kalau tak pom just tinggalkan komen untuk aku hubungi, Ni terhad yer. Harga Rm47 including postage fee.. memang sesuai kalau nak dijadikan hadiah majlis orang kahwin. Buat letak biskut raya pom ok jugak nih. Almaklumlah raya dah nak dekat dan mesti banyak majlis kahwin kan.. he3. Ok antara satu lagi yang feverat aku ialah yang bawah nih. Bungkusan comel beb..Kiut miut gituh.

Lawa bukan? isi dia pom lawa jugak. Boleh la nak kasi hadiah kt member nak kawin ker? Harga? Wait and see yer..he3. Ok lah teman2 sekalian, actually aku and my sis akan buka website khas untuk jualan kami. Ini menunjukkan keseriousan kami dalam bidang nih. Harap sokongan korang erk. Tapi semperna dengan bulan Ramadhan dan pembukaan website kami yang baru tuh, saya akan mengadakan kontest MyLaTupper Berhari Raya. Khas untuk korang. Banyak hadiah nak bagi tau. Memang semuanya menarik. Kalau bagi kaum ibu2 mesti semangat la nak join kan. Banyak jugak akan kami bagi kepada anda semua..Antara hadianhya ialah.:

Yehaa!! 2 set Barangan Tupperware nih.. Alaaa yang aku minat tu lah..yang kat atas tadi tuh.. Bukan tu jer tau. Ade banyak lagi.. Ada barangan-barangan dapur yang lain. Set bayi pom ade jugak..(InsyaAllah).Dan tak lupa jugak beg cetakan edisi terhad tupperware untuk korang menangi. Mesti sempoi la kan. Beg nih untuk sesiapa yang beli barangan Rm800 ke atas kalau xsilap. But saya nak kasi jugak kat anda semua.. Hanya untuk anda. Harap2 lah website tuh berjaya siap secepat mungkin erk.. Mungkin sebelum raya kot. Dalam pembikinan lagik. Apepom untuk korang yang nak sertai kontest nih boleh la ushar2 blog aku nih selalu erk.

Sekarang nih tengah bisy urusakan tempahan daripada teman2 kakak saya untuk persiapan Ramadhan. Lebih 20 item been sold this week. Thanks for support.. Apepom bila kontest nih dijalankan korang semua boleh ler ambik bahagian sekali erk. Kepada Madammondoq, CikLilyPutih dan Puan TetikusRusak tu jgn la lupa join plak..ho3..

AM: Kalau sape2 nak tempah barangan or nak tanya pasal Tuperware tu boleh la tanya aku erk.. Nak jadi ahli ker apepom lah. Jangan segan silu hubungi aku.. Aku bukan sombong cuma lambat hangat jer..he3

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Skip to comment form

  1. hazman aka species1980

    Hahahaha…. amir …aku tak dapat TUPPERWARE nie pun tak kisah….janji dapat TIKET PANGGUNG WAYANG GAMBAR ( PAWAGAM ) tue….

  2. madammondoq

    adoii.. rajinnya ko meniaga tupperware ni dik?? akak pun member gak.. tapi tak berjalan pun.. huhu.. masuk kerana terpaksa.. haha.. bila contest nak start ni?? si tetikusrusak tu sure suka punya ni!!

  3. juanita

    patut la macam dengar kene panggil.
    Hhuhu..wahh barang dia lagik byk darii I….(wat gaya ala2 cik emma)

    Ha bila contest tu. Adakah seperti ini juga..
    http://www.tetikusrusak.net/kisah-aku-tupperware/

  4. Cik Lily Putih

    meestilah nak join tupperware tu kan.. bukan tipuware hehehehe… mesti mesti.. jangan takut okeh… k lily sapu semua hahahahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge