January 18, 2025
Hiburan

Berlari di Pagi Hari Dengan NESCAFɮTarik Mana Mana

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua pengalaman saya bersama NESCAFÉ®Tarik Mana Mana. 

Untuk makluman semua, saya bersama rakan-rakan telah menyertai program ala explorace yang dianjurkan oleh pihak Nescafe. Fuh! Dah lama rasanya tidak menyertai event yang berlari-lari macam ini. Memang teruja la. tambahan pula yang sertai event ini adalah dalam kalangan rakan-rakan blogger terdekat juga. Memang meriah la dengan gelak tawa, usik mengusik di antara kami.

nescafe-tarik

Tempat berkumpul untuk program ini adalah di Central Market. Sejujurnya ini adalah kali kedua saya datang ke sini. Pertama kali adalah bulan lepas. Itupun saya bawa kenalan travel saya dari China melawat ke sini. Kali kedua adalah untuk event ini. Excited!

nescafe-tarik-2

Sebenarnya jarang untuk saya persiapkan diri awal-awal pagi sebegini di hujung minggu. Biasanya event hujung minggu akan saya sertai lewat tengahari, kerana pagi tersebut pastinya akan dipenuhi dengan aktiviti tidur..hahaha. Namun hari itu tak pasti saya kenapa saya berasa teruja untuk sertainya. Lepas subuh terus bergerak ke lokasi. sebab takut tersesat. Bagi saya, ketepatan masa adalah diutamakan. Time is gold..

Setibanya saya di sana, kami dikehendaki untuk mendaftarkan diri di kaunter. Seusai pendaftaran kami dibekalkan dengan baju dan juga topi setiap seorang. Wah! Cukup teruja terima topi tersebut. Tapi warnanya cukup menyerlah, ibarat persiapan untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan pula. Rupa-rupanya warna topi inilah yang menentukan kumpulan kami.

Cik Vanessa Lim, Senior Brand Manager NESCAFÉ
Cik Vanessa Lim, Senior Brand Manager NESCAFÉ

Acara dimulakan dengan perlepasan oleh Cik Vanessa Lim dari Nescafe. Check point utama saya adalah di UTC Pudu. Di sini kami dikehendaki untuk mencari orang awam untuk menerima Nescafe Tarik dari kami dan memuat naik gambar mereka bersama Nescafe Tarik di media sosial. memang mencabar bagi saya untuk task sebegini kerana memang kelemahan saya untuk memujuk orang.

Saya bersama seorang orang awam untuk menerima Nescafe Tarik
Saya bersama seorang orang awam untuk menerima Nescafe Tarik

Bayangkan terpaksa bertemu orang asing dan meminta mereka menerima barangan daripada kita. Saya sendiri pun kalau ada orang yang mendekati saya akan saya tolak mentah-mentah. hahaha. Akhirnya saya sendiri yang terpaksa mendekati orang. Namun syukur ada jua yang baik hati dan sudi memberikan kerjasama. Mencabar weh!

Seterusnya kami ke Petaling Street. Di sini kami bertemu pula dengan 2 pasukan lain. Terpaksalah kami menunggu lama. Di sini kami dikehendaki untuk membuat tarian singa. Weh! Teruja aku weh. Memang impian saya untuk bermain tarian singa ini. Dong dong chang, dong dong chang. Biasanya kita mendengar rentak ini pada Tahun Baru Cina sahaja. Tapi kali ini kami kena buat sendiri!

Check point seterusnya kami dikehendaki untuk berposing seperti gaya iklan Nescafe. Yang ini senang sahajalah bagi kami kerana berposing sakan itu tabiat sesiapa sahaja kan. Seterusnya kami dikehendaki ke tugu jam di tengah Central Market tersebut. Di sini kami dikehendaki membuat gaya dengan menggunakan produk Nescafe Tarik. Pelbagai gaya yang saya lakukan di bawah terik mentari tersebut. Baring, guling, pusing dan pelbagai lagi gaya bebas yang kami lakukan.

Akhir sekali kumpulan kami ke stesen LRT Masjid Jamek untuk cabaran membuat video pepatung atau dikenali sebagai mannequin challenge. Wah! Kemain lagi semua ahli kumpulan saya bergaya sakan dengan Nescafe Tarik dan prop yang diberikan. Dan ternyata kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang membuat cabaran itu. Dalam erti kata lain, kami kumpulan tercorot!

Mannequin challenge
Mannequin challenge

Beranggapan kalau dah kalah, kita buat jelah macam orang kalah. Jadi, kumpulan kami mengambil peluang untuk bersiar-siar disekitar Central Market tanpa terus ke hentian terakhir. Hati geram dan kecewa sebenarnya. Jalan pun melenggang ala-ala Kak Limah pulang dari pasar sahaja dengan hati yang berduka lara.

Akhirnya kami tiba juga di perhentian terakhir. Semua kumpulan sedang menunggu ketibaan kami. Apa lagi, lambaian ala-ala ratu cantik diberikan kepada mereka yang menunggu. bhahahaha. Terasa kejam pula berbuat sebegini. Namun perjuangan tetap diteruskan.

Hentian penamat adalah di Merchant’s Lane. Di sini kami dijamu dengan makanan tengahari. Maka, keputusan explorace diumumkan. Memandangkan saya dah sasar yang kumpulan kami kalah, jadi saya buat tak tahu sahaja. Memang provok sahajalah kumpulan lain. hahahaha. Memang itu pun yang saya buat dalam perlumbaan ini. Lagipun semua peserta ini kawan-kawan saya. Memang best usik mengusik mereka.

Masaya telah tiba, setelah keputusan nombor 3 diumumkan, panjang pulak celoteh pengacara ini sewaktu nak umumkan tempat kedua. Ceit! saya pun lagilah provok kekawan yang lain, sekali kumpulan Biru diumumkan sebagai pemenang tempatk dua. Kumpulan saya!

We are the winner!
We are the winner!

Terpegun dan termenung seketika. Did they said my group? Are you sure? Prank? Salah sebut. All those word come out from my mind. Selama ini saya dok provok dan juga mengusik kumpulan lain, kali ini saya pula yang kena. sebenarnya kemenangan saya ini lebih kepada malu daripada nak bergembira. hahahaha. Itulah lain kali jangan usik orang lebih-lebih. Kan tak pepasal kumpulan sendiri yang kena.

Apapun satu pengalaman indah dapat saya kutip dari program ini. Lots of moral value that I gain from this program. Jangan mudah putus asa dan jangan ejek orang 😛

nescafe-tarik-2

Jangan ingat Nescafe Tarik ada di kedai amak sahaja, kerana Nescafe Tarik Ada Mana Mana!

Apapun terima kasih Nescafe Tarik kerana memberikan tenaga untuk menghilangkan dahaga dikala panas sepanjang program ini. Jangan ingat Nescafe Tarik ada di kedai mamak sahaja, kerana Nescafe Tarik Ada Mana Mana!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Berlari di Pagi Hari Dengan NESCAFÉ®Tarik Mana Mana

  • Wow, awak ni team naib juara tu eh?
    Mesti malu kan sampai paling last.
    Tapi lagi malu team yang duk ejek, pastu kalah. Kakakakakaka

    Good job team Biru

    Reply
  • Seronok juga dapat join aktiviti macam ni yer…. Dapat timba pengalaman bertemu dengan orang ramai…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *